Owen Teo Nafi Ditawar Beraksi Bersama China

Owen Teo Owen Teo Nafi Ditawar Beraksi Bersama China

Pemain muda berdarah kacukan China-Malaysia, Owen Teo menafikan dia telah mendapat tawaran untuk beraksi dengan skuad kebangsaan China. Owen Teo yang berasal dari Pulau Pinang baru-baru ini memuatnaik status di instastory seolah sedang mempertimbangkan mahu bermain dengan Harimau Malaya atau China jika diberi pilihan. Ini berikutan ada pihak dari negara tembok besar itu sedang memantau […]

Khalid Ali Tak Setuju Dengan FAM, Mahu Safee Sali Dipanggil

Khalid Ali

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mempunyai pandangan berbeza dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pemain yang akan dipanggil untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe baru-baru ini memberitahu beberapa pemain baru akan dipanggil untuk diuji dalam siri perlawanan persahabatan pada Oktober tatkala […]

Cheng Hoe : “Tiada Naturalisasi, Tiada Masalah”

TanChengHoe Cheng Hoe : "Tiada Naturalisasi, Tiada Masalah"

Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menangguhkan Program Naturalisasi skuad kebangsaan, diterima pengendalinya Tan Cheng Hoe dengan terbuka. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa memaklumkan bahawa Harimau Malaya akan kekal dengan tiga pemain naturalisasi sedia ada untuk menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sebarang penambahan pemain naturalisasi ke dalam […]

Harimau Malaya Kekal Bawah FAM, Tak Jadi Bagi Kepada TMJ

Hamidin dan Tunku Ismail Harimau Malaya Kekal Bawah FAM, Tak Jadi Bagi Kepada TMJ

Skuad Harimau Malaya akan kekal diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meskipun sebelum ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada menyatakan hasrat untuk mengambil alih pengurusan skuad itu. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail bagi membincangkan perkara itu sejurus pulang dari Dubai selepas berakhir pusingan kedua kelayakan Piala […]

“Ada hikmah tak dapat kejar impian sertai Juventus” – Argzim Redzovic

Argzim Redzovic

Tidak ramai peminat bola sepak tempatan mengenali siapa Argzim Redzovic sebelum ini walaupun sudah masuk tiga musim dia bermain di Liga Malaysia, mungkin kerana dia beraksi  Liga Perdana – bersama PDRM (2018/2019) dan Terengganu FC II (bermula 2020). Bekas pemain skuad Bawah 19 Tahun Montenegro berusia 27 tahun ini mula mencuri tumpuan selepas mempamer aksi […]

“Kalau bukan kerana abang” – Shahrul Saad

Shahrul Saad "Kalau bukan kerana abang" - Shahrul Saad

Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Shahrul Saad, tidak berselindung di dalam menyatakan berdirinya dia sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Liga Malaysia pada hari ini, adalah dengan menjadikan dua abangnya yang juga bekas pemain kebangsaan, Syamsul dan Shahrizal Saad sebagai role model. Bekas kapten Perak dan tonggak Harimau Malaya itu juga merupakan pemenang Anugerah Pertahanan […]

“Striker import berat, lembap boleh bagi main, striker tempatan tak dapat kepercayaan”

Safee Sali Azman Adnan "Striker import berat, lembap boleh bagi main, striker tempatan tak dapat kepercayaan"

Dua bekas penyerang kebangsaan berbeza zaman, Azman Adnan dan Safee Sali berkongsi pendapat mengenai ketandusan penyerang tempatan berkualiti dalam saingan Liga Malaysia. Azman Adnan merupakan penyerang kebanggaan negara pada tahun 90-an manakala Safee Sali pula menonjol sekitar tahun 2006 ke atas dengan pencapaian terbaik membantu skuad negara menjuarai Piala AFF 2010 dan muncul penjaring terbanyak […]

Zafuan berhijrah demi merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya

Gassama dan Zafuan Azeman berdamai

Demi mengejar impian menyarung jersi Harimau Malaya, bekas penyerang B-19 negara, Zafuan Azeman mengambil langkah berani meninggalkan pasukan Liga Super Penang FC dan menyertai Kelantan United yang beraksi di Liga Premier. Pemain berusia 22 tahun itu menganggap langkah tersebut tepat kerana dia tidak mendapat peluang secukupnya untuk beraksi bersama Penang FC setelah hanya membuat tiga […]

Tak bolehlah harapkan jurulatih semata-mata, nama pun pemain profesional

Azlan Johar Tak bolehlah harapkan jurulatih semata-mata, nama pun pemain profesional

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berpendapat pemain bolasepak profesional seharusnya bertanggungjawab ke atas kecergasan masing-masing. Baru-baru ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik Johor Darul Takzim) menyalahkan latihan intensiti rendah bersama Harimau Malaya adalah punca pemain tonggaknya, Safawi Rasid tidak dapat beraksi di tahap terbaik. Pemain itu gagal membawa impak dalam tiga perlawanan bersama Harimau Malaya […]

Safawi Rasid sebenarnya terlebih jalani latihan, tak cukup rehat

Safawi Rasid Safawi Rasid sebenarnya terlebih jalani latihan, tak cukup rehat

Prestasi merosot Safawi Rasid berkemungkinan berpunca daripada terlebih menjalani latihan sehingga memberi kesan kepada tubuh badan dan gangguan hormon, seterusnya menyebabkan dia gagal memberikan fokus dalam pertandingan sebenar. Demikian pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa dan menurutnya langkah terbaik untuk memulihkan semula prestasi Safawi Rasid adalah memberikan […]

JDT balas balik kenyataan Jamal Nasir, Zakaria Rahim

Safawi Rasid kena kerja keras singkirkan Arif Aiman 1 JDT balas balik kenyataan Jamal Nasir, Zakaria Rahim

Johor Darul Takzim (JDT) menyangkal kenyataan bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail dan juga pemerhati bolasepak, Zakaria Rahim bahawa kelab itu sepatutnya bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi Safawi Rasid. Sebelum ini Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa latihan yang tidak berintensiti tinggi bersama skuad kebangsaan ketika kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini […]

Pinjamkan Safawi Rasid ke Portimonense satu kesilapan, satu kerugian

Jamal Nasir tembak Tunku Ismail Pinjamkan Safawi Rasid ke Portimonense satu kesilapan, satu kerugian

Kemerosotan prestasi Safawi Rasid tidak wajar dikaitkan dengan penglibatannya dengan skuad kebangsaan, sebaliknya kerana dia tidak mendapat minit permainan kompetitif yang secukupnya sepanjang dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC. Itu pendapat bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail yang jelas tidak bersetuju dengan dakwaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa prestasi Safawi Rasid merudum kerana latihan […]

Kenapa salahkan TCH, latihan berintensiti tinggi adalah tanggungjawab kelab

Zakaria Rahim Kenapa salahkan TCH, latihan berintensiti tinggi adalah tanggungjawab kelab

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim tidak bersetuju dengan kritikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa pihak pengurusan skuad kebangsaan gagal menyediakan latihan berintensiti tinggi buat pemain negara ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini. Tunku Ismail menerusi instagram beliau menyelar pengurusan Harimau Malaya kerana berlatih di Dubai seolah-olah pergi bercuti, sehingga menyebabkan pemain-pemain […]

Kenapa pandang rendah pada pemain tempatan?

Azraai Khor 1 Kenapa pandang rendah pada pemain tempatan?

Dua jurulatih berpengalaman luas dalam arena bolasepak tanah air, Dollah Salleh dan Azraai Khor nampaknya berbeza pendapat mengenai potensi Harimau Malaya untuk pergi lebih jauh jika bersandarkan kepada kudrat pemain tempatan semata-mata. Dollah Salleh sebelum ini berkata semua pihak harus berpijak di bumi nyata bahawa pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan pemain naturalisasi yang mempunyai kelebihan daripada aspek […]

Khalid Jamlus kepada FAM : “Nak tunggu dan kaji apa lagi?”

Khalid Jamlus

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus berpendapat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak perlu membuang masa dan teragak-agak di dalam membuat keputusan menyerahkan pengurusan pasukan kebangsaan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pemenang kasut emas Liga Perdana Satu 2002 itu yakin Tunku Ismail adalah individu tepat untuk menyelamatkan Harimau Malaya berdasarkan pencapaian mengagumkannya bersama pasukan Johor Darul Takzim. […]

Khairulazhan : “Pemain depan saya membuatkan saya kelihatan bagus”

Khairul Azhan Selangor FC Khairulazhan : "Pemain depan saya membuatkan saya kelihatan bagus"

Walaupun aksinya ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Thailand dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mendapat pujian ramai, penjaga gol Khairulazhan Khalid tidak mahu terbuai sebaliknya menetapkan fokus meneruskan aksi cemerlangnya itu bersama Selangor FC. Khairulazhan juga memberikan kredit kepada rakan sepasukan terutama di benteng pertahanan yang menurutnya membantu untuk dia bermain dengan lebih […]

“Susah bersaing di pentas tertinggi kalau harap pemain tempatan semata-mata”

Guilherme De Paula naturalisasi "Susah bersaing di pentas tertinggi kalau harap pemain tempatan semata-mata"

Bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh berpendapat sukar untuk Harimau Malaya pergi jauh di pentas antarabangsa sekiranya mengharapkan kudrat pemain tempatan semata-mata. Jurulatih Sri Pahang FC itu berkata semua pihak harus berpijak di bumi nyata bahawa pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan pemain naturalisasi yang mempunyai kelebihan daripada aspek fizikal selain daripada kemahiran di atas padang. “Kalau tanya […]

FAM tak serius dapatkan Jaami Qureshi

Jaami Qureshi FAM tak serius dapatkan Jaami Qureshi

Tatkala penyokong-penyokong bolasepak tanah air optimis pasukan negara akan diperkuatkan kelibat pemain berdarah kacukan Jaami Qureshi di masa akan datang, kenyataan bapa pemain itu pula seolah memberi bayangan hasrat itu tidak akan menjadi kenyataan. Bapa Jaami Qureshi, Perviz Qureshi mendedahkan pemain itu mungkin akan memilih mewakili pasukan kebangsaan Iraq memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia tidak pernah […]

Safawi Rasid : “Maaf, perkara tersebut tidak akan berulang lagi”

Safawi Rasid dan Guilherme De Paula Safawi Rasid : "Maaf, perkara tersebut tidak akan berulang lagi"

Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid memohon maaf kepada penyokong bolasepak tanah air, yang terguris dan tersinggung dengan cara dia meraikan gol ketika menentang Thailand beberapa hari lalu. Pada perlawanan tersebut, Safawi Rasid meledak jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke-55, dan meraikan jaringan dengan lagak menyuruh ‘keyboard warriors’ ataupun penyokong-penyokong yang mengkritiknya supaya menutup […]

Nak turunkan siapa, itu hak dan tanggungjawab ketua jurulatih

Dollah Salleh Nak turunkan siapa, itu hak dan tanggungjawab ketua jurulatih

Tiada siapa yang mempunyai hak untuk mempertikaikan pemilihan pemain dibuat Tan Cheng Hoe untuk menggalas cabaran skuad kebangsaan di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir Rabu lalu. Ramai pemerhati dan penyokong berpendapat Tan Cheng Hoe bukan sahaja tersilap dalam membuat pilihan 26 pemain untuk dibawa ke Dubai, tetapi tidak membuat keputusan […]

Yusoff Mahadi : “TCH cuma tak capai sasaran peribadi jer, takdelah buruk sangat”

Tan Cheng Hoe ketua jurulatih Malaysia Yusoff Mahadi : "TCH cuma tak capai sasaran peribadi jer, takdelah buruk sangat"

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Wira Yusoff Mahadi berpendapat pencapaian Harimau Malaya di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tetap membanggakan meskipun ramai yang mengkritik prestasi pasukan dalam tiga aksi terakhir. Skuad negara menamatkan aksi Kumpulan G di tempat ketiga dengan 12 mata hasil empat kemenangan dan empat kekalahan, dan pada hakikatnya ia adalah […]

Irfan : “Bukan sebab persiapan singkat, tapi pemilihan pemain kurang tepat”

Irfan Zakaria Harimau Malaya Irfan : "Bukan sebab persiapan singkat, tapi pemilihan pemain kurang tepat"

Kemenangan ke atas Thailand membantu skuad negara menamatkan saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tempat ketiga Kumpulan G, seterusnya meraih tiket bermain di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia. Tetapi hanya tiga mata sahaja sebenarnya memisahkan skuad negara daripada melakar pencapaian lebih baik, mencatat sejarah mara ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia, […]

“Kita menang bukan kerana saya seorang” – Safawi Rasid

Safawi Rasid "Kita menang bukan kerana saya seorang" - Safawi Rasid

Pemain sayap Harimau Malaya, tidak mahu penyokong mengangkat dia seorang sebagai wira pasukan selepas kejayaan menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pada awal pagi Rabu. Jaringan tunggal bintang Johor Darul Takzim itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-54 sudah memadai untuk menghadiahkan kemenangan kepada Malaysia, sekaligus membantu […]

Gol penalti Safawi bantu Harimau Malaya noktahkan kemarau kemenangan!

Penalti Safawi Rasid Gol penalti Safawi bantu Harimau Malaya noktahkan kemarau kemenangan!

Harimau Malaya akhirnya menoktahkan kemarau kemenangan, setelah menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan terakhir pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi Rabu. Kemenangan membantu skuad negara menamatkan aksi Kumpulan G di tangga ketiga dengan 12 mata seterusnya mara beraksi di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, yang akan  berlangsung membabitkan 24 pasukan. Harimau […]

“Dulu TMJ tak fokus skuad kebangsaan, jadi tak boleh kata gagal”

B.Sathianathan bekas jurulatih Selangor "Dulu TMJ tak fokus skuad kebangsaan, jadi tak boleh kata gagal"

Bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan tidak bersetuju dengan pandangan segelintir penyokong yang mengatakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim gagal membangunkan skuad kebangsaan ketika menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia selama setahun dari 2017 ke 2018. Sebaik dilantik sebagai Presiden FAM, Tunku Ismail membawa masuk Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan namun malangnya tiada peningkatan ditunjukkan malahan tiada […]

TMJ : “Pemain kebangsaan cemerlang di JDT kerana saya”

Tunku Ismail TMJ TMJ : "Pemain kebangsaan cemerlang di JDT kerana saya"

Ramai pemain dilihat berupaya tampil dengan aksi cemerlang dan mengagumkan apabila bermain dengan kelab masing-masing, tetapi tidak dapat mengulangi prestasi sama apabila bermain dengan pasukan kebangsaan, sebagai contoh pemain Johor Darul Takzim (JDT). Apa puncanya? Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan ia dipengaruhi kepimpinan yang mantap, dan di JDT, beliau adalah sebabnya. “Sebagai contoh, […]

Yusoff diminta buktikan naturalisasi bukan kegagalan melalui data dan statistik

De Paula Harimau Malaya Yusoff diminta buktikan naturalisasi bukan kegagalan melalui data dan statistik

“Tidak perlu menegakkan benang yang basah, buktikan program naturalisasi bukan satu kegagalan melalui data dan statistik,” demikian menurut pemerhati sukan tanah air, Zakaria Rahim yang juga bekas pengurus pasukan skuad Liga Super Selangor. Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi tidak bersetuju dengan pendapat program itu satu kegagalan. Sebaliknya […]

Arif Aiman : “Usah letak harapan terlalu tinggi ke atas saya”

Arif Aiman Harimau Malaya Arif Aiman : "Usah letak harapan terlalu tinggi ke atas saya"

Jika tidak kerana kecederaan dialami Safawi Rasid, arena bolasepak tanah air mungkin tidak berpeluang menyaksikan kelibat anak muda berusia 19 tahun Arif Aiman Hanapi mencipta sensasi dengan aksi memukau dan mengagumkan. Safawi Rasid mengalami kecederaan lutut seawal perlawanan ketiga Liga Super menentang Uitm FC, menyaksikannya tersisih beberapa minggu, beberapa perlawanan. Dalam tempoh itu Arif Aiman […]

“Tuhan mahu Kuzain tolong Harimau Malaya layak ke Piala Dunia” – bapa Wan Kuzain

Wan Kuzain Wan Kamal "Tuhan mahu Kuzain tolong Harimau Malaya layak ke Piala Dunia" - bapa Wan Kuzain

Mungkinkah Wan Kuzain Wan Kamal sudah berputus asa untuk memburu tempat di dalam skuad senior Amerika Syarikat? Persoalan itu timbul setelah bapa kepada pemain itu, Wan Kamal Wan Napi menyatakan pemain itu sudah bersedia untuk memperkuatkan Harimau Malaya. Sebelum ini, Wan Kuzain yang pernah dipanggil untuk membarisi skuad B-23 kebangsaan di Sukan SEA 2019 (kemudian […]

Subkhiddin : “Tak perlu beremosi, bukan level kita untuk lawan pengalaman Ryuji Sato”

Ryuji Sato pengadil FIFA Subkhiddin : "Tak perlu beremosi, bukan level kita untuk lawan pengalaman Ryuji Sato"

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia, Subkhiddin Mohd Salleh meminta penyokong bolasepak tanah air supaya tidak terlalu beremosi dan ‘menyerang’ Ryuji Sato, pengadil yang mengadili perlawanan antara Harimau Malaya menentang Vietnam pada Jumaat lalu. Ryuji Sato menghadiahkan penalti yang membawa kepada gol kemenangan Vietnam pada minit ke-82, tetapi perkara yang menimbulkan kemarahan penyokong adalah […]

“Reaksi Brendan Gan tunjukkan dia buat kesalahan,” kata Yusoff Mahadi

Datuk Wira Yusoff Mahadi "Reaksi Brendan Gan tunjukkan dia buat kesalahan," kata Yusoff Mahadi

Sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Vietnam ketika menentang Harimau Malaya, mungkin dilihat sebagai penalti kontroversi yang tidak sepatutnya diberikan. Insiden pada minit ke-81 itu boleh dikatakan menjadi detik penting yang merubah skrip perlawanan, kapten pasukan Que Ngoc Hai menyempurnakan penalti tersebut membolehkan Vietnam menang 2-1 sekaligus menutup peluang Harimau Malaya ke pusingan ketiga kelayakan Piala […]

KL City nak naturalisasikan Paolo Josue sebab nak bantu Harimau Malaya

Paolo Josue

Kapten Kuala Lumpur City FC, Paolo Josue bakal bergelar pemain naturalisasi tidak lama lagi. Pemain dari Brazil berusia 32 tahun itu telah bermain di Liga Malaysia sejak 2017 dan KL City berpendapat menaturalisasikan pemain itu juga akan membantu memperkasa Harimau Malaya. “Perkara ini adalah sesuatu yang ingin kita sempurnakan dalam usaha membantu skuad kebangsaan dan […]

Cheng Hoe puas hati, tak salahkan mana-mana pemain

De Paula Harimau Malaya Cheng Hoe puas hati, tak salahkan mana-mana pemain

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menerima kekalahan 1-2 di tangan Vietnam dengan hati terbuka dan mengakui pemain-pemainnya telah memberi komitmen terbaik. Beberapa pemain seperti Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh sekali lagi tampil dengan permainan sangat mengecewakan sehingga terpaksa dikeluarkan, manakala Brendan Gan pula menghadiahkan penalti kepada Vietnam di lewat permainan, namun Tan Cheng Hoe […]

Vietnam tutup peluang Malaysia ke Piala Dunia

Harimau Malaya vs Vietnam Vietnam tutup peluang Malaysia ke Piala Dunia

Tertutup sudah peluang skuad Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022. Kekalahan 1-2 kepada Vietnam pada awal pagi Sabtu menyaksikan skuad negara sudah tidak boleh mengejar kedudukan dua teratas Kumpulan G sekaligus turut terlepas peluang layak secara automatik ke Piala Asia 2023. Kini Harimau Malaya masih ada satu peluang untuk melangkah ke […]

Jamal Nasir bengang penyokong sendiri tak yakin dengan Harimau Malaya!

Harimau Malaya Jamal Nasir bengang penyokong sendiri tak yakin dengan Harimau Malaya!

Komen negatif dilontarkan segelintir penyokong mengenai peluang skuad Harimau Malaya menewaskan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tengah malam ini, menimbulkan rasa amarah bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail. Menurutnya, penyokong sepatutnya memberi motivasi dan sokongan tidak berbelah bahagi supaya skuad negara dapat bangkit daripada kekalahan kepada Emiriah Arab Bersatu dan […]

“Kalau kalah atau dibelasah Vietnam, tak tahu nak letak muka kat mana”

Harimau Malaya "Kalau kalah atau dibelasah Vietnam, tak tahu nak letak muka kat mana"

Bekas pengendali skuad Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah meletakkan harapan tinggi skuad negara akan tampil dengan kualiti permainan lebih baik menentang Vietnam agar mimpi ngeri kecundang 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu pada 4 Jun lalu tidak berulang. Pengendali berpengalaman luas itu berpendapat hanya kemenangan ke atas Vietnam dapat menebus kehampaan penyokong yang sebelum ini meletak […]

Dollah Salleh : “Bila main sebelah kiri, Safawi dan Sumareh hilang”

Safawi Rasid Harimau Malaya Dollah Salleh : "Bila main sebelah kiri, Safawi dan Sumareh hilang"

Tan Cheng Hoe perlu memilih salah seorang daripada Safawi Rasid atau Mohamadou, untuk bermain di dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan bukan menyenaraikan kedua-dua pemain itu. Ini kerana kedua-dua pemain itu diketahui cukup dominan di posisi sayap kanan. Demikian pendapat bekas jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh tatkala skuad Harimau Malaya sedang membuat persiapan untuk aksi getir […]

“Apa yang penyokong maksudkan tiada jiwa, pemalas?” – De Paula

Malaysia dibelasah UAE "Apa yang penyokong maksudkan tiada jiwa, pemalas?" - De Paula

Penyerang naturalisasi Guilherme De Paula menolak tanggapan bahawa dia tidak bermain sepenuh jiwa dan ‘pemalas’, sepertimana dikatakan penyokong selepas kekalahan 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu pada 4 Jun lalu. “Saya tidak tahu apa penyokong katakan mengenai saya tiada jiwa bermain. Pasukan ada statistik saya, mereka boleh tengok sama ada saya berlari atau tidak di dalam […]

De Paula : “Kalau serang saya dengan fakta, tiada masalah”

Guilherme De Paula naturalisasi Harimau Malaya De Paula : "Kalau serang saya dengan fakta, tiada masalah"

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme De Paula tampil buat kali pertama berdepan media Malaysia selepas kekalahan 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun lalu. De Paula antara yang paling teruk dikecam selepas kekalahan itu berikutan aksi suram dan ‘tidak ada jiwa’ malah dia juga banyak berjalan di atas padang menyebabkan penyokong melabelnya sebagai […]

Cheng Hoe tegaskan pemain sudah tahu banyak perkara mengenai cara Vietnam bermain

Tan Cheng Hoe optimis Cheng Hoe tegaskan pemain sudah tahu banyak perkara mengenai cara Vietnam bermain

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe optimis keputusan positif boleh dicatat dalam perlawanan WAJIB menang ke atas Vietnam pada 11 Jun ini. Menurut Cheng Hoe, dia sudah mengkaji sebaik mungkin mengenai cara permainan Vietnam dan pemain-pemain juga telah memperolehi banyak input mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan kendalian Park Hang Seo itu yang ketika ini sedang […]

Khalid Ali : “Pemain kena percaya mereka lebih hebat dari Vietnam”

Khalid Ali YAKEB Khalid Ali : "Pemain kena percaya mereka lebih hebat dari Vietnam"

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menegaskan prestasi semasa Vietnam yang sedang memuncak tidak seharusnya membunuh keyakinan dan kepercayaan pemain-pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan pada 11 Jun ini. Vietnam ketika ini sedang menerajui Kumpulan G dengan 14 mata, setelah melakar empat kemenangan dan dua keputusan seri, dan mereka satu-satunya pasukan Asia Tenggara yang […]

Kemenangan Vietnam dan UAE bikin laluan Malaysia lebih berliku

Vietnam kelayakan Piala Dunia Kemenangan Vietnam dan UAE bikin laluan Malaysia lebih berliku

Peluang skuad Harimau Malaya untuk melangkah secara merit ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 semakin berliku, selepas Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu, mencatat kemenangan masing-masing ke atas Indonesia dan Thailand. Sebelum perlawanan, Harimau Malaya mengharapkan kedua-dua perlawanan itu setidak-tidaknya berkesudahan dengan keputusan seri agar peluang menjadi lebih terbuka menuju dua perlawanan […]

De Paula dah tua, tak sesuai jadi naturalisasi, Cabrera pilihan lebih baik – TMJ

Tunku Ismail naturalisasi De Paula dah tua, tak sesuai jadi naturalisasi, Cabrera pilihan lebih baik - TMJ

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap Guilherme De Paula bukan calon sesuai untuk dinaturalisasikan dan menyarung jersi Harimau Malaya, kerana faktor usia. Sebagai rekod, Guilherme De Paula melengkapkan syarat naturalisasi pada pada 31 Mei baru-baru ini, dan terus dihadiahkan kap sulung bersama Harimau Malaya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu pada 4 […]

Shukor berpendapat belum masanya jatuh hukum ke atas De Paula

Shukor Adan Covid 19 Shukor berpendapat belum masanya jatuh hukum ke atas De Paula

Walaupun dikritik hebat gara-gara prestasi hambar ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), belum tiba masanya untuk menggugurkan Guilherme de Paula dari kesebelasan utama apabila Harimau Malaya turun menentang Vietnam pada 11 Jun ini. Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan berkata pemain dari Brazil itu masih lagi taruhan terbaik dan mungkin dia boleh buat lebih baik mengambil […]

“Main cantik tak penting, jalan terus, janji menang” – Hairuddin Omar

Hairuddin Omar Harimau Malaya "Main cantik tak penting, jalan terus, janji menang" - Hairuddin Omar

“Apa cara sekalipun, kalau Harimau Malaya nak cipta sejarah layak ke pusingan seterusnya, dengan apa cara tidak penting, janji menang. “Main cantik tidak penting, jalan terus,” kata bekas kapten pasukan skuad kebangsaan, Hairuddin Omar. Hairuddin Omar berkata demikian ketika temubual dalam program Nadi Weekend, mengulas mengenai peluang skuad negara menamatkan saingan sebagai 12 pasukan terbaik […]

Harimau Malaya kehilangan khidmat Junior Eldstal

Junior Eldstal Harimau Malaya Harimau Malaya kehilangan khidmat Junior Eldstal

Harimau Malaya dijangka kehilangan khidmat pemain pertahanan Junior Eldstal bagi baki aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berikutan kecederaan. Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberitahu pemain yang turut boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan itu mengalami kecederaan tendon achilles ketika perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 4 Jun lalu. Pada perlawanan itu, Junior […]

Mak pesan suruh zikir, jangan tinggal solat – Luqman Hakim

Luqman Hakim Shamsudin Mak pesan suruh zikir, jangan tinggal solat - Luqman Hakim

“Pesan mak saya selalu zikir, walaupun muka saya ini nampak macam orang tak tahu zikir, tapi mak saya suruh zikir, jadi saya amalkan. Solat jangan tinggal Insya-Allah, Allah akan mudahkan perjalanan kita. “Kita kena ingat pesanan ibu bapa ini penting, apa yang dia suruh buat ada kebaikan dia, itulah cara saya hilangkan tekanan,” ujar bintang […]

“Lawan Malaysia lebih menakutkan dari lawan UAE,” ujar jurulatih Vietnam

Park Hang Seo jurulatih Vietnam "Lawan Malaysia lebih menakutkan dari lawan UAE," ujar jurulatih Vietnam

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo nampaknya sudah mula melancarkan perang psikologi ke kem Harimau Malaya menjelang pertembungan di antara kedua-dua pasukan pada 11 Jun, dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Walaupun Vietnam akan terlebih dahulu menentang Indonesia pada 8 Jun, pertemuan dengan Harimau Malaya sudah bermain di fikiran pengendali dari Korea Selatan […]

TMJ banyak kali tanya Cheng Hoe kenapa ambil ramai pemain JDT

Tunku Ismail TMJ TMJ banyak kali tanya Cheng Hoe kenapa ambil ramai pemain JDT

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kenapa Tan Cheng Hoe mengambil terlalu ramai pemain dari pasukan itu untuk memperkuatkan Harimau Malaya. Daripada 25 pemain skuad Harimau Malaya, 13 daripadanya adalah pemain JDT termasuk lah beberapa pemain yang kurang minit permainan. Malah ketika tewas kepada Emiriah Arab bersatu tempoh hari, lapan pemain […]

Kena scam dengan pemain naturalisasi ke tu ….

Safee Sali PC Kena scam dengan pemain naturalisasi ke tu ....

Setelah melihat skuad negara dilaukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bekas penyerang kebangsaan Safee Sali tampil menyuarakan pendapatnya. Menurut pemain berusia 36 tahun yang kini bermain dengan KL City itu, keputusan seperti ini (kekalahan besar) sememangnya sudah dijangka berdasarkan pengalamannya sendiri bermain menentang pasukan negara Timur Tengah. Malah […]

“Kalau zaman saya, dah lama kena maki dengan jurulatih; main macam taik, mana telur”

Harimau Malaya kalah kepada UAE "Kalau zaman saya, dah lama kena maki dengan jurulatih; main macam taik, mana telur"

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus antara jutaan penyokong Malaysia yang kecewa dengan kekalahan memalukan 4-0 skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal pagi Jumaat, dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Kekalahan diburukkan dengan prestasi lembik tidak bertenaga ditunjukkan beberapa pemain, khususnya pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi, serta […]

Amri Yahyah lagi agresif, lagi rajin berlari berbanding De Paula!

Guilherme De Paula naturalisasi Amri Yahyah lagi agresif, lagi rajin berlari berbanding De Paula!

Penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula merupakan antara yang paling teruk dikecam selepas kekalahan memalukan Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada awal pagi Jumaat. Selepas dicanang hebat sebagai skuad terbaik pernah dikumpulkan dan penyokong juga dilihat optimis keputusan positif dapat diraih, aksi longlai ditampilkan Harimau Malaya […]

“Pemain sudah buat yang terbaik” – Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe vs UAE "Pemain sudah buat yang terbaik" - Cheng Hoe

Harimau Malaya diaibkan dengan kekalahan 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada awal pagi Jumaat. Ali Mabkhout dan Fabio Virginio de Lima masing-masing menjaringkan dua gol yang menyaksikan Harimau Malaya kecundang buat kali ketiga dalam aksi Kumpulan G, sekaligus tergelincir ke tangga keempat. Menurut Tan Cheng […]

Harimau Malaya lunyai dibelasah 4-0 oleh UAE

Malaysia dibelasah UAE Harimau Malaya lunyai dibelasah 4-0 oleh UAE

Dua jaringan masing-masing oleh Ali Mabkhout dan Fabio Virginio De Lima menghadiahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemenangan 4-0 ke atas Harimau Malaya dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pada awal pagi Jumaat. Kekalahan menyaksikan skuad Harimau Malaya tergelincir ke tangga keempat Kumpulan G, dipintas UAE serta Thailand yang mencatat keputusan seri 2-2 […]

Dion Cools berterima kasih kepada TMJ kerana jadikan impiannya kenyataan

Dion Cools Midtjylland Dion Cools berterima kasih kepada TMJ kerana jadikan impiannya kenyataan

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools menzahirkan penghargaan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas hasratnya untuk bermain dengan Harimau Malaya menjadi kenyataan. “Bersyukur untuk detik ini. Terima kasih banyak kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menjadikan perkara ini satu kenyataan. Terima kasih,” ujar pemain itu di instagram. Ucapan Dion Cools itu turut dibalas Tunku Ismail […]

Sumareh : “Jika UAE bertambah kuat, Harimau Malaya juga sama”

Sumareh Harimau Malaya Sumareh : "Jika UAE bertambah kuat, Harimau Malaya juga sama"

Malaysia akan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) tengah malam ini di Dubai. Pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh mengakui UAE sedang berada pada tahap terbaik mereka bagi mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malah dijangka tampil lebih gah berbanding dua tahun lalu. Ini menurutnya boleh dilihat menerusi kemenangan besar dilakar pasukan kendalian Bert Van […]

Dollah yakin sejarah tak berulang, mahu Harimau Malaya balas dendam

Dollah Salleh Dollah yakin sejarah tak berulang, mahu Harimau Malaya balas dendam

Tanggal 3 September 2015, tercatat detik hitam dalam sejarah bolasepak Malaysia apabila pasukan kebangsaan mengalami kekalahan memalukan 0-10 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi. Kekalahan itu kemudiannya menyaksikan ketua jurulatih ketika itu Dollah Salleh mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan. Selepas enam tahun, skuad […]

“Jangan terburu-buru turunkan kerana dia ada nama, kita pun tak kenal dia”

Dion Cools pemain Harimau Malaya "Jangan terburu-buru turunkan kerana dia ada nama, kita pun tak kenal dia"

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar bersetuju mengatakan kehadiran Dion Cools ke dalam skuad Harimau Malaya tonik terbaik buat Harimau Malaya untuk mengharungi baki tiga aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium yang bermain dengan kelab Denmark, FC Midtjylland itu diumumkan sebagai pemain baru skuad Harimau Malaya pada Selasa. Azlan Johar […]

Cheng Hoe belum pasti turunkan Dion Cools lawan UAE

Dion Cools pemain Harimau Malaya Cheng Hoe belum pasti turunkan Dion Cools lawan UAE

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui pemain berdarah kacukan, Dion Cools bertarung dengan masa untuk segera serasi dengan rakan sepasukan menjelang aksi menentang Emiriah Arab Bersatu pada Khamis ini. Justeru Cheng Hoe tidak memberi jaminan pemain itu yang baru melapor diri hari ini akan diturunkan pada perlawanan tersebut, dalam masa sama tidak mahu memberi […]

Dion Cools lapor diri, namun pengumuman sedikit kurang unsur kejutan

Dion Cools Harimau Malaya Dion Cools lapor diri, namun pengumuman sedikit kurang unsur kejutan

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium Dion Johan Cools melapor diri di kem Harimau Malaya pada Selasa, sekaligus melengkapkan senarai 26 pemain yang akan membawa cabaran di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Begitupun, pengumuman dibuat FAM kurang sedikit unsur kejutan kerana […]