Kelantan United Buru Kemenangan Dua Gol Pada Aksi Terakhir

Kelantan United Kelantan United Buru Kemenangan Dua Gol Pada Aksi Terakhir

Kelantan United memastikan impian beraksi di Piala Malaysia 2021 belum berkubur setelah mengejutkan Terengganu FC II dengan keputusan 1-0 pada Selasa. Skuad Nazrulerwan Makmor mengumpul 23 mata, tiga mata dipisahkan dengan kedudukan lima teratas (selepas tolak feeder team) yang akan layak ke saingan Piala Malaysia. Empat pasukan yang telah sah mara adalah Negeri Sembilan, Sarawak […]

Nazrulerwan Terkejut, Tak Terkata Kelantan United Diaibkan Budak Sekolah

Nazrulerwan Kelantan United Nazrulerwan Terkejut, Tak Terkata Kelantan United Diaibkan Budak Sekolah

Jaringan tunggal ayam tambatan Azhad Harraz Arman pada minit ke-77 membantu Skuad Projek FAM-MSN melakar kejutan besar menewaskan Kelantan United 1-0 di Kota Bharu, sekaligus menghadiahkan kemenangan sulung buat pasukan itu selepas 18 perlawanan. Skuad Projek yang dibarisi pemain-pemain lepasan sekolah berusia bawah 20 tahun sebelum ini seri tiga kali dan tewas 14 kali, dengan […]

“Asas Bolasepak Pemain Tempatan Banyak Kena Perbaiki” – Import Kelantan United

import Kelantan United

Asas bolasepak pemain-pemain tempatan di Liga Malaysia perlu dipertingkatkan, itu pandangan pemain import Kelantan United, Masashi Motoyama. Pemain veteran berusia 42 tahun itu berkongsi perkara tersebut dalam sebuah program diterbitkan J.LEAGUE International yang turut menampilkan Hajime Hosogai (bermain di Thailand) serta Kosuke Ota (bermain di Australia). “Saya rasa pemain-pemain Malaysia sangat berkebolehan, tetapi mereka masih […]

Serang rakan sepasukan sendiri, Gassama dihantar pulang

Gassama dan Zafuan Azeman berdamai

(Artikel ini terdapat ralat dan telah diperbetulkan, maaf atas kesulitan) Gara-gara insiden menyerang rakan sepasukan sendiri hingga dilayangkan kad merah, pemain import Kelantan United FC iaitu Gassama Alfusainey menerima padah apabila dihantar pulang ke Kota Bharu dan tidak akan bersama pasukan untuk aksi seterusnya menentang Johor Darul Takzim II pada 1 Ogos ini. Kelantan United […]

Kemenangan Kelantan United dicemari insiden pelik

kad merah Kelantan United

Kelantan United akhirnya menoktahkan badi kemenangan setelah melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Perak II FC tetapi kemenangan bergaya mereka dicemari insiden pelik. Skuad the green deers kendalian Nazrulerwan Makmor menamatkan aksi dengan sembilan pemain setelah dua pemain mereka dilayangkan kad merah. Kad merah pertama dilayangkan kepada Muhammad Asyraf Alifudin Yassin kerana menumbuk Adam Nadzmi […]

“Kalau tak kalah, kita takkan tahu kelemahan” – jurulatih Kelantan United

Kelantan United vs Terengganu "Kalau tak kalah, kita takkan tahu kelemahan" - jurulatih Kelantan United

Kekalahan besar 4-0 di tangan Terengganu FC dalam aksi persahabatan pada Ahad, tidak meresahkan pengendali Kelantan United, Nazrulerwan Makmor. Ia adalah kekalahan kedua Kelantan United dalam aksi persahabatan selepas tewas 1-2 kepada Penang FC pada minggu lalu. Bagi Nazrulerwan yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih Kelantan United menggantikan Akira Higashiyama pada bulan ini berpendapat […]

Zafuan berhijrah demi merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya

Gassama dan Zafuan Azeman berdamai

Demi mengejar impian menyarung jersi Harimau Malaya, bekas penyerang B-19 negara, Zafuan Azeman mengambil langkah berani meninggalkan pasukan Liga Super Penang FC dan menyertai Kelantan United yang beraksi di Liga Premier. Pemain berusia 22 tahun itu menganggap langkah tersebut tepat kerana dia tidak mendapat peluang secukupnya untuk beraksi bersama Penang FC setelah hanya membuat tiga […]

“Saya nak jaga isteri terlebih dulu sebelum masuk kem latihan”

Fitri Omar KUFC "Saya nak jaga isteri terlebih dulu sebelum masuk kem latihan"

Pemain pertahanan Kelantan United FC, Fitri Omar menempuh ujian yang cukup berat apabila isterinya yang kini sedang hamil, Nursuriana Zulkifli disahkan positif COVID-19. Nursuriana disahkan positif selepas membuat ujian calitan pada Jumaat lalu dan kini sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah. Fitri Omar bagaimanapun tidak dijangkiti dan kini menjaga isterinya sepenuh masa di rumah dalam […]

Yusri Che Lah dah nampak 3 pemain boleh pergi jauh tapi tidak mahu dedahkan nama

Yusri Che Lah skuad Projek FAM MSN 1 Yusri Che Lah dah nampak 3 pemain boleh pergi jauh tapi tidak mahu dedahkan nama

Prestasi buruk memanjang di dalam kempen Liga Premier 2021 sememangnya menyakitkan tetapi ia bukan bermakna tidak ada langsung pemain dari skuad Projek FAM-MSN yang menunjukkan peningkatan setelah sembilan perlawanan diharungi. Pengendali pasukan yang mempertaruhkan skuad paling muda dalam Liga Malaysia itu, Yusri Che Lah, berkata ada tiga pemain yang ketika ini menunjukkan peningkatan prestasi memberangsangkan. […]

Skuad Projek FAM-MSN kena ‘lauk’ lagi, kali ini di tangan Kelantan United

Kelantan United belasah skuad Projek FAM MSN Skuad Projek FAM-MSN kena 'lauk' lagi, kali ini di tangan Kelantan United

Pasukan yang menjadi topik hangat dan bahan bualan penyokong bolasepak tanah air, Projek FAM-MSN tewas lagi, kali ini di tangan Kelantan United pada Sabtu. Penyertaan skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Premier 2021 semakin hangat dipertikaikan bukan sahaja kerana deretan keputusan buruk, tetapi kerana dianggap ia bukan platform pendedahan yang sesuai bagi pemain-pemain berusia 17-19 […]

2 kad merah dalam seminit hiasi kekalahan Kedah di tangan Terengganu

FB IMG 1617983559012 2 kad merah dalam seminit hiasi kekalahan Kedah di tangan Terengganu

Kedah Darul Aman FC terlepas peluang terbaik untuk merampas kedudukan pendahulu Liga Super sekurang-kurangnya untuk tempoh 24 jam selepas kecundang 1-2 di tangan Terengganu FC. Ia kemenangan pertama buat Terengganu FC bimbingan Nafuzi Zain selepas lima perlawanan manakala bagi KDA pula kekalahan kedua mereka musim ini sekaligus menoktahkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan. Dalam […]

Marco Ragini puas Kelantan FC ‘makan’ Kelantan United dengan 10 pemain

Nurshamil Kelantan FC Marco Ragini puas Kelantan FC 'makan' Kelantan United dengan 10 pemain

Kelantan FC tidak membenarkan status mereka sebagai ‘jaguh Kota Bharu’ diragut apabila membenam cabaran Kelantan United 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada Selasa. Jaringan penalti oleh Jack Hindle di babak pertama serta gol minit akhir Nurshamil Abdul Ghani mengesahkan kemenangan ketiga buat skuad Marco Ragini dalam Liga Premier 2021. Lebih menarik, Kelantan […]

Aksi Kelantan FC dan Kelantan United kekal berlangsung tanpa penyokong

Kelantan United Aksi Kelantan FC dan Kelantan United kekal berlangsung tanpa penyokong

Hajat penyokong di Kelantan hadir menyemarakkan pertembungan ‘musuh setempat’ antara Kelantan FC dan Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu pada Selasa terbantut selepas dimaklumkan bahawa perlawanan itu akan kekal dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong. Pengarah Eksekutif Kelantan United FC Sdn Bhd, Anas Karimi Ahmad Thani berkata walaupun perlawanan Liga Malaysia yang lain sudah […]

Akhirnya Sri Pahang tunjuk belang sebenar dengan jinakkan Kelantan United

Sri Pahang vs Kelantan United Akhirnya Sri Pahang tunjuk belang sebenar dengan jinakkan Kelantan United

Sri Pahang FC menceriakan penyokong mereka yang bermuram durja dengan prestasi hambar dalam saingan Liga Super, apabila menjinakkan Kelantan United 3-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Darul Makmur. Sri Pahang FC dikecam teruk penyokong sendiri berikutan telah mengalami tiga kekalahan dalam lima perlawanan pertama Liga Super 2021, bermula dengan tewas 1-3 di tangan Selangor FC […]

Shahrizan Ismail tidak lupa pengalaman lucu lari dari kem latihan skuad kebangsaan

Mat Chah Shahrizan Ismail Shahrizan Ismail tidak lupa pengalaman lucu lari dari kem latihan skuad kebangsaan

Sebelum ini, LabolaMalaya pernah menyiarkan tentang perjalanan karier Shahrizan Ismail, penjaga gol veteran yang mengharungi karier gemilang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza. Penjaga gol yang menyinari arena bolasepak tempatan sejak lebih 20 tahun ini, sebenarnya mempunyai pengalaman lucu yang tidak boleh dilupakannya, insiden yang berlaku pada tahun 2001. Setelah membantu Kelantan menjuarai Liga Perdana […]

Daudsu lupakan bolasepak, kini bergelar pemain e-sports

Daudsu Jamaluddin e sports Daudsu lupakan bolasepak, kini bergelar pemain e-sports

Bekas tonggak pasukan Kelantan dan Kelantan United, Daudsu Jamaluddin membuat keputusan untuk melupakan bolasepak dan memilih menceburi dunia e-sukan. Mengakui pandemik COVID-19 benar-benar memberi kesan terhadap kariernya sehinggakan dia tidak dapat mencari pasukan baru dalam Liga Malaysia musim ini setelah berakhir kontrak dengan Kelantan United, Daudsu terpaksa memikirkan solusi lain yang lebih baik untuk meneruskan […]

‘Iwe Seli’ mahu lonjakkan semula karier bersama Uitm FC

Khairul Izuan sertai Uitm FC 'Iwe Seli' mahu lonjakkan semula karier bersama Uitm FC

Bekas penyerang Kelantan, Khairul Izuan Rosli tekad melonjakkan semula kariernya yang merudum sejak beberapa musim lalu bersama pasukan barunya, Uitm FC. Pemain yang lebih sinonim dipanggil Iwe Seli dalam kalangan penyokong di Kelantan itu umpama hilang dari radar bolasepak Liga Malaysia sejak berhijrah ke pasukan lain selepas enam musim menabur bakti bersama Kelantan pada 2011 […]

Masalah jantung punca Piya belum sertai sesi latihan?

Badhri Radzi Masalah jantung punca Piya belum sertai sesi latihan?

Penyokong bolasepak tempatan tiba-tiba digemparkan dengan perkhabaran bahawa bekas kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi mengalami masalah jantung. Semuanya gara-gara tular sekeping gambar yang dimuatnaik di media sosial oleh Badhri Radzi atau dikenali Piya sendiri, yang meletakkan kapsyen dia mengalami masalah jantung berlubang selepas membuat pemeriksaan Electrocardiogram (ECG). “Gi check ECG, kato ado jantung belube pulok, […]

Berakhirnya karier gemilang seorang penjaga gol kecil molek bernama Shahrizan Ismail

Shahrizan Ismail KUFC Berakhirnya karier gemilang seorang penjaga gol kecil molek bernama Shahrizan Ismail

Selepas lebih 20 tahun menabur bakti dalam kancah Liga Malaysia, apakah penjaga gol veteran Shahrizan Ismail sudahpun mengucapkan selamat tinggal kepada bolasepak profesional? Persoalan itu timbul berikutan namanya tidak ada dalam senarai pemain musim 2o21 pasukan Kelantan United yang diumumkan baru-baru ini selepas dua musim dia mewakili pasukan itu, lantas memberi bayangan karier gemilang penjaga […]

Pulau Pinang muncul juara Liga Premier setelah berpesta gol belasah KUFC

Pulau Pinang juara Liga Premier Pulau Pinang muncul juara Liga Premier setelah berpesta gol belasah KUFC

Pulau Pinang muncul juara Liga Premier 2020 dengan penuh bergaya selepas membelasah Kelantan United 4-0 di Stadium Bandaraya pada Jumaat. Kemenangan keenam berturut-turut buat skuad Manzoor Azwira Abdul Wahid menyaksikan mereka mengumpul 26 mata, lima mata meninggalkan Kuala Lumpur yang sekadar seri tanpa jaringan menentang Perak II, sekaligus mengesahkan kejuaraan dengan baki satu perlawanan dalam […]

Zahasmi direhatkan, masalah gaji dikaitkan prestasi buruk Kelantan United

Zahasmi Ismail Kelantan United Zahasmi direhatkan, masalah gaji dikaitkan prestasi buruk Kelantan United

Zahasmi Ismail menjadi ketua jurulatih pertama bagi musim pendek Liga Malaysia 2020 untuk direhatkan susulan prestasi buruk Kelantan United FC (KUFC) dalam tiga aksi terakhir. Kelantan United dilabel pasukan pilihan sebelum saingan Liga Premier ditangguhkan pada bulan Mac lalu apabila menduduki tangga kedua dengan sembilan mata. Tetapi, selepas liga kembali bersambung pada hujung bulan lalu, […]

Dulu pasukan pilihan kini tewas memanjang, apa sudah jadi Kelantan United FC?

Kelantan United tewas Dulu pasukan pilihan kini tewas memanjang, apa sudah jadi Kelantan United FC?

Apa sudah jadi dengan Kelantan United FC? Memulakan musim dengan cukup gah sehingga dilabel sebagai pencabar kejuaraan dan pasukan pilihan untuk layak ke Liga Super, skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu semakin hilang arah apabila kecundang buat kali ketiga berturut-turut, kali ini di tangan UKM FC. Jaringan tunggal Faiz Hanif pada minit akhir permainan memastikan tiga […]

KUFC semakin tercicir, import gagal skor peluang 1 vs 1 buat Zahasmi kecewa

Kelantan United KUFC semakin tercicir, import gagal skor peluang 1 vs 1 buat Zahasmi kecewa

Lebih lima bulan tanpa aksi kompetitif, Kelantan United nampaknya sudah hilang sengat dan bukan lagi pasukan yang sama sepertimana disaksikan pada awal musim. Sebelum Liga Malaysia dihentikan kerana penularan Covid-19, skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu gah mencatat tiga kemenangan dari empat perlawanan untuk melonjak ke tangga kedua, malah dilabel pasukan pilihan ke Liga Super. Sebaik […]

Zahasmi : Kelantan pasukan terbaik pernah saya wakili, ia bukan kerana wang ringgit

Zahasmi Ismail Kelantan FA Zahasmi : Kelantan pasukan terbaik pernah saya wakili, ia bukan kerana wang ringgit

Zahasmi Ismail, tonggak keutuhan pertahanan Kelantan pada era 90-an. Tangkas di dalam mengekang penyerang lawan, pantas dalam mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, kelantangan bersuara, ciri kepimpinan tinggi dan kegarangan ketika beraksi menjadikan Zahasmi antara aset bagi bukan sahaja bolasepak Kelantan, tetapi juga bolasepak negara sehingga pernah beberapa kali dipanggil menyertai kem kebangsaan. Malahan jurulatih negara […]

Shahrizan Ismail, penjaga gol yang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza

Shahrizan Ismail Shahrizan Ismail, penjaga gol yang menjulang treble dengan dua pasukan berbeza

20 tahun berlalu sejak selepas menjadi salah seorang tonggak penting pasukan Kelantan yang menjuarai Liga Perdana Dua 2000, Shahrizan Ismail masih lagi ligat menabur bakti dalam saingan Liga Malaysia. Dia adalah satu-satunya pemain dari skuad bimbingan Abdul Rahim Ahmad itu yang masih beraksi tatkala semua rakan sepasukan ketika itu antaranya Roslisham Md Nor, Fatrurazi Rozi, […]

Zahasmi kekal tenang, ingatkan pemain tidak dabik dada terlalu awal

Kelantan United KUFC Zahasmi kekal tenang, ingatkan pemain tidak dabik dada terlalu awal

Kelantan United bukan sahaja berpeluang cerah layak ke Liga Super 2021 tetapi mereka juga dalam kedudukan yang cukup selesa untuk mencatat sejarah melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia buat pertama kali. Begitupun, pengendalinya Zahasmi Ismail enggan terlalu teruja sebaliknya kekal tenang dalam masa sama mengingatkan pemainnya betapa belum tiba masa untuk memikirkan semua itu. Menurut […]

Kelantan United nafi mahu Liga Malaysia dibatalkan

Kelantan United Kelantan United nafi mahu Liga Malaysia dibatalkan

Kelantan United Football Club (KUFC) menafikan laporan berita yang mengatakan mereka satu daripada pasukan Liga Premier yang mahu saingan Liga Malaysia 2020 dibatalkan susulan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Laporan berita sebuah stesen televisyen tempatan pada Selasa menyebut Kelantan United bersama-sama pasukan Kelantan, Sarawak United dan Kuching FA bersetuju jika Malaysian […]