Cerita Sama Tiap Perlawanan, Dollah Salleh Bertambah Bingung

Dollah Salleh bingung Cerita Sama Tiap Perlawanan, Dollah Salleh Bertambah Bingung

Dollah Salleh nampaknya terus kebingungan memikirkan pasukannya tidak dapat menoktahkan kemarau kemenangan meskipun sudah bermain dengan cantik. Sri Pahang mengakhiri aksi Liga Super 2021 dengan kekalahan 0-1 kepada Uitm FC yang menduduki tangga tercorot, sekaligus menyaksikan mereka tidak menang dalam enam perlawanan terakhir. Jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Kwon Yong Hyun di separuh masa pertama […]

Thomas Dooley Dedahkan Kepincangan Sri Pahang & Salah Laku Pemain Kepada Media Jerman

Thomas Dooley Sri Pahang FC Thomas Dooley Dedahkan Kepincangan Sri Pahang & Salah Laku Pemain Kepada Media Jerman

Bekas jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dalam satu temuramah bersama media Jerman, Schalke04.de mendedahkan mengenai pengalaman yang ditempuhinya sepanjang bersama pasukan itu selama beberapa bulan. Lebih menarik dia memberitahu mengenai beberapa perkara yang tidak diceritakannya kepada media Malaysia. Thomas Dooley yang mempunyai reputasi mengagumkan dibawa masuk sebagai jurulatih baru Sri Pahang pada Januari 2021 […]

Sri Pahang Mahu Tutup Tirai Liga Super Dengan Penuh Bergaya

Dollah Salleh gembira

Penyerang Sri Pahang Abdul Malik Mat Ariff memahami penyokong sudah begitu lama merindui sentuhan kemenangan lantas mahu membantu pasukan menutup tirai Liga Super tahun ini dengan keputusan positif. Sri Pahang ketika ini telah mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan, dengan kali terakhir meraih tiga mata adalah dengan menewaskan PJ City 1-0 pada 1 Ogos lalu. Dipetik dari […]

Rugi Besar Jika Terengganu Lepaskan Nafuzi Zain

Nafuzi Zain Terengganu FC Rugi Besar Jika Terengganu Lepaskan Nafuzi Zain

Terengganu FC akan rugi besar jika membuat keputusan melepaskan atau menamatkan khidmat Nafuzi Zain. Demikian pandangan jurulatih berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim yang berharap agar Nafuzi Zain dikekalkan untuk terus mengemudi pasukan itu pada musim depan. Menurut Irfan Bakti yang kini membimbing Kuching City FC, Nafuzi Zain sudah menjalankan tugas sebagai ketua jurulatih dengan […]

Uitm FC Hampir Hadiahkan Kemaluan Terbesar Buat Kedah Musim Ini

Uitm FC 3 3 Kedah Uitm FC Hampir Hadiahkan Kemaluan Terbesar Buat Kedah Musim Ini

Kedah Darul Aman FC memastikan hajat besar untuk merebut kedudukan naib juara Liga Super 2021 terus bernyala apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengelak kekalahan memalukan di tangan Uitm FC. Meskipun sudah sah tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan, jelas ia tidak membunuh motivasi para pemain Uitm FC yang tampil dengan permainan bertenaga untuk mencatat […]

Dollah Salleh Akur Jika Terpaksa Benarkan JDT Berpesta Jumaat Ini

Dollah Salleh lega Dollah Salleh Akur Jika Terpaksa Benarkan JDT Berpesta Jumaat Ini

Johor Darul Takzim akan muncul juara Liga Super 2021 jika melakar kemenangan ke atas Sri Pahang FC pada Jumaat ini di laman sendiri Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan kendalian Benjamin Mora mengumpul 48 mata, dan hanya Kedah Darul Aman (KDAFC) sahaja masih boleh mengejar mereka dengan syarat JDT tewas semua perlawanan manakala KDAFC pula menang semua […]

Daniel Wafiuddin Cabar Diri Rampas Posisi No.1 Di Sri Pahang

Daniel Wafiuddin Sri Pahang Daniel Wafiuddin Cabar Diri Rampas Posisi No.1 Di Sri Pahang

Di sebalik kekalahan Sri Pahang kepada KL City pada minggu lalu, ada seorang pemain yang berjaya mencuri tumpuan, Daniel Wafiuddin yang diturunkan buat pertama kali pada musim ini. Penjaga gol berusia 24 tahun itu berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi pada separuh masa pertama, sebelum akur melepaskan dua gol di separuh masa kedua kepada Romel Morales […]

Kurniawan : “Penang main terlalu kompak di pertahanan”

Sabah FC x Kurniawan Kurniawan : "Penang main terlalu kompak di pertahanan"

Sabah FC terus buntu untuk menoktahkan kemarau kemenangan yang kini melebar kepada tujuh perlawanan, selepas tewas 0-3 kepada Penang FC pada Ahad. Dua gol jaringan Casagrande pada minit ke-38 dan 55 serta satu jaringan Sheridin Boboev menghadiahkan kekalahan kelapan buat Sabah FC musim ini dan keempat di laman sendiri. Ini reaksi pengendali Sabah FC, Kurniawan […]

Kedah tutup peluang Terengganu kejar JDT

Kedah tutup peluang Terengganu kejar JDT Kedah tutup peluang Terengganu kejar JDT

Peluang Terengganu FC untuk mengejar Johor Darul Takzim (JDT) tertutup, selepas mengalami kekalahan 0-2 di tangan Kedah Darul Aman. Ini sekaligus menyaksikan JDT bimbingan Benjamin Mora hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan, selepas mereka turut menang 2-0 ke atas PJ City. Secara matematik, hanya Kedah yang kini […]

Aidil Sharin Buktikan Kebijaksanaan Dalam Penggiliran Pemain

Aidil Sharin buktikan kebijaksanaan KDAFC Aidil Sharin Buktikan Kebijaksanaan Dalam Penggiliran Pemain

Penggiliran pemain yang membawa impak! Begitulah boleh disimpulkan selepas Kedah Darul Aman (KDAFC) menjinakkan Penang FC 4-1 dalam aksi Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman pada Selasa. Pengendali KDAFC, Aidil Sharin Sahak sendiri mengakui penggiliran pemain amat penting buat pasukannya ketika ini dalam menghadapi jadual padat beraksi sembilan perlawanan dalam tempoh 30 hari, sambil […]

“Biar Sahaja Perak FC Main Di Liga Premier”

Perak FC

Biar sahaja Perak FC bermain di Liga Premier dan memperbetulkan dulu segala kepincangan membabitkan pengurusan, kewangan dan pembangunan kelab. Demikian pandangan bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, atau dikenali sebagai Shebby. Perak FC dilihat sukar untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah penyertaan di Liga Super, namun Shebby tidak menganggap […]

“Kalau Bijak Uruskan Duit, Semua Boleh Jadi Macam JDT”

JDT

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B.Sathianathan berpendapat semua pasukan boleh mencipta kejayaan dan membina sebuah legasi sama seperti Johor Darul Takzim (JDT). Mengakui teruja melihat apa yang dikecap pasukan selatan tanah air itu yang mendominasi saingan Liga Super sejak tujuh tahun lalu dan kini menghampiri gelaran kelapan, Sathianathan tegaskan ia disebabkan JDT mempunyai sebuah pasukan pengurusan […]

Paulo Josue, Tunjang Musim Terbaik KL City Dalam Saingan Liga Super

Paulo Josue Paulo Josue, Tunjang Musim Terbaik KL City Dalam Saingan Liga Super

Musim 2021 boleh dikatakan musim terbaik KL City FC dalam saingan Liga Super. Dengan berbaki empat perlawanan untuk saingan liga musim 2021 melabuhkan tirai, mereka ketika ini berada di kedudukan keenam dengan 24 mata. Pencapaian terbaik mereka adalah pada 2010, menduduki tangga kesembilan tetapi perkara yang lebih penting adalah mereka dilihat cukup konsisten berbanding musim-musim […]

Aidil Sharin : “Terengganu Serba Sempurna, Memang Layak Duduk No.2”

Aidil Sharin anggap kelebihan milik TFC

Dengan Johor Darul Takzim (JDT) dilihat begitu ampuh menerajui Liga Super dan sukar untuk dikejar, sasaran lebih realistik untuk pencabar terdekat mereka adalah kedudukan kedua. Persaingan dilihat sengit di antara empat pasukan iaitu Terengganu FC yang menghuni tangga kedua dengan 37 mata, Penang FC di tangga ketiga dengan 31 mata diikuti KDAFC dan Selangor FC – […]

Uitm FC Akhirnya Menang Selepas 17 Perlawanan Liga Super

Uitm FC Liga Super Uitm FC Akhirnya Menang Selepas 17 Perlawanan Liga Super

Penantian panjang Uitm FC untuk merasai nikmat kemenangan berakhir apabila mereka menewaskan Perak FC 2-0 dalam aksi ke-17 Liga Super di Stadium Uitm, Shah Alam pada Sabtu. Skuad kendalian Reduan Abdullah menghuni tangga tercorot setelah hanya mampu seri dua kali dan tewas 14 kali dalam 16 perlawanan yang telah diharungi sekaligus memegang rekod sebagai pasukan […]

Seluruh Keluarga Positif Covid Punca Penyerang Sri Pahang Hilang Fokus

Penyerang Sri Pahang Aung Kaung Mann

Prestasi hambar dan kurang menyengat Aung Kaung Mann sejak saingan Liga Super kembali bersambung pada 24 Julai lalu ternyata meresahkan penyokong setia Sri Pahang. Dia yang dibawa masuk ketika jendela perpindahan kedua pada bulan Mei meledak gol dalam penampilan sulung ketika Sri Pahang menewaskan Perak FC pada 5 Mei (aksi terakhir sebelum liga berehat panjang) […]

Dollah Salleh tolak tanggapan kena ‘scam’ lagi dengan penyerang import

Dollah Salleh pertahan penyerang import Dollah Salleh tolak tanggapan kena 'scam' lagi dengan penyerang import

Jaringan tunggal Aung Kaung Mann menghadiahkan kemenangan 1-0 buat Sri Pahang ke atas PJ City FC di Stadium Darulmakmur pada Ahad. Ia sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada enam perlawanan dan membantu untuk semakin menjarakkan diri dari zon penyingkiran. Namun, Sri Pahang sepatutnya menang dengan lebih banyak jaringan dan berpesta gol jika tidak kerana […]

Khalid Jamlus Tawar Khidmat Percuma Kepada Perak FC

Khalid Jamlus 1 Khalid Jamlus Tawar Khidmat Percuma Kepada Perak FC

Sedih melihat situasi semasa dialami pasukan Perak FC kesayangannya yang kini mengharungi fasa sukar dan berdepan kemungkinan tersingkir daripada Liga Super buat pertama kali, Khalid Jamlus menyatakan kesudian untuk membantu mereka bangkit semula dalam baki perlawanan. “Kepada Perak FC, saya sudi menurunkan ilmu kepada pemain-pemain penyerang Perak untuk baki perlawanan yang ada secara percuma. Saya […]

Benjamin Mora bersimpati dengan nasib Perak FC

Benjamin Mora simpati dengan Perak Benjamin Mora bersimpati dengan nasib Perak FC

Johor Darul Takzim (JDT) membelasah Perak FC tanpa belas kasihan 5-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung pada Sabtu, sekaligus menambah tekanan ke atas pasukan itu yang terperosok di tangga kedua tercorot. Hatrik jaringan Bergson Da Silva (gambar) dan dua jaringan Gonzalo Cabrera menghadiahkan kekalahan besar kedua dalam tempoh seminggu kepada skuad kendalian Chong Yee […]

JDT Tidak Tunjuk Simpati, Lakar Kemenangan Terbesar Musim Ini

FB IMG 1627742278015 JDT Tidak Tunjuk Simpati, Lakar Kemenangan Terbesar Musim Ini

Johor Darul Takzim (JDT) nampaknya tidak sedikitpun menunjukkan simpati kepada Perak FC, apabila mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan bermasalah itu seterusnya mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas Liga Super. Ia adalah kemenangan ke-12 dalam 16 perlawanan buat skuad Benjamin Mora, menyaksikan mereka kini berada dalam landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan buat musim kelapan berturut-turut. […]

“Pasukan lawan akan bagi 160 peratus untuk sekat kami” – Benjamin Mora

Benjamin Mora belum mahu dabik dada

Belum masanya lagi untuk memikirkan tentang kejuaraan Liga Super. Demikian tegas Benjamin Mora meskipun pasukannya Johor Darul Takzim kini berkelebihan enam mata di tangga teratas mengatasi pencabar terdekat Terengganu FC selepas tamat perlawanan ke-15. JDT cemerlang membenam Selangor FC 3-1 di Petaling Jaya manakala Terengganu FC pula dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan Melaka United […]

Dollah Salleh bingung tinggal satu saat pun boleh seri

Dollah Salleh kecewa Dollah Salleh bingung tinggal satu saat pun boleh seri

Sri Pahang hanya satu saat dipisahkan daripada kemenangan ke atas Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, namun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2. Penyokong-penyokong Sri Pahang boleh dimaafkan jika mereka menyangkakan tiga mata sudah berada dalam genggaman selepas Abdul Malik Mat Ariff meledak jaringan pada minit ketiga masa kecederaan untuk memberikan […]

Sri Pahang seri lagi, Terengganu terciduk di Hang Jebat

Sri Pahang Liga Super 2021 1 Sri Pahang seri lagi, Terengganu terciduk di Hang Jebat

Hajat Sri Pahang FC untuk kembali ke landasan kemenangan terbantut lagi, selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Sabah FC di Likas pada Rabu. Lebih malang buat skuad Dollah Salleh, mereka begitu hampir melakar kemenangan apabila berjaya mendapat jaringan kedua pada masa kecederaan, namun dikecewakan jaringan penyamaan hanya seminit selepas itu. Sabah FC mendahului menerusi Josip […]

“Berapa Banyak Perlawanan Lagi Yang Mahu Ditangguh?” – Aidil Sharin

Aidil Shahrin jurulatih KDAFC

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDAFC), Aidil Sharin Sahak mengakui pasukannya cukup terkesan dengan penundaan dua perlawanan membabitkan pasukan itu, menyaksikan mereka belum boleh turun beraksi setelah saingan Liga Super kembali bersambung pada 24 Julai lalu. Setelah penundaan perlawanan menentang Penang FC pada Sabtu lalu, aksi KDAFC menentang PJ City yang dijadual berlangsung pada Selasa […]

“Jika Kami Bagi 100 Peratus, Pasukan Lawan Takkan Dapat Peluang” – Benjamin Mora

Benjamin Mora

Pengendali Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora mengakui kebimbangan utamanya di dalam mengharungi baki lapan aksi Liga Super 2021 adalah prestasi barisan pemainnya sendiri, bukan prestasi pasukan lawan. JDT ketika ini sedang menerajui Liga Super dengan 33 mata, kelebihan tiga mata mengatasi Terengganu FC tetapi ini adalah kali pertama sejak beberapa tahun skuad harimau selatan […]

Benjamin Mora : “Pemain Saya Tahu Apa Perlu Dilakukan Untuk Menang”

Benjamin Mora vs Kedah Benjamin Mora : "Pemain Saya Tahu Apa Perlu Dilakukan Untuk Menang"

Pengendali Johor Darul Takzim (JDT) Benjamin Mora menyanjung tinggi barisan pemainnya selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Uitm FC dalam aksi Liga Super 2021 pada Ahad. Skuad harimau selatan bermula dengan goyah dalam aksi pertama Liga Super selepas lebih dua bulan itu dan ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama menerusi jaringan Joel Vinicius Silva pada […]

Pengendali Sabah FC geram ada pemain tak ikut arahan

IMG 20210726 WA0031 Pengendali Sabah FC geram ada pemain tak ikut arahan

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto membidas sikap salah seorang pemain tonggaknya yang disifatkan bermain tidak mengikut arahan ketika tewas 0-1 kepada PJ City pada Sabtu lalu. Sabah FC yang turun dengan keyakinan tinggi berputih mata setelah gagal memecahkan tembok pertahanan kebal PJ City malah taktikal ‘parking bus’ skuad kendalian P.Maniam menyukarkan lagi merela untuk […]

Dollah Salleh : “Tiada perlawanan persahabatan punca hilang fokus”

Dollah Salleh gembira

Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh kecewa pasukannya kehilangan dua mata ketika menentang Melaka United gara-gara melepaskan gol penyamaan minit akhir. Sri Pahang mendahului seawal minit pertama menerusi tandukan penyerang berbisa mereka Manuel Hidalgo tetapi gagal untuk mendapatkan tambahan jaringan selepas itu, meskipun mempunyai beberapa peluang termasuk menerusi sepakan penalti yang tidak berjaya disempurnakan Herold […]

Dianggap Jurulatih Terbaik Masa Kini, Kenali Siapa Sifu Nafuzi Zain

Nafuzi Zain

Tidak keterlaluan jika mengatakan jurulatih Terengganu FC yang semakin mencipta nama, Nafuzi Zain adalah antara jurulatih terbaik dalam kancah bolasepak tempatan ketika ini. Nama pengendali berasal dari Kelantan itu ketika ini menjadi sebutan dan meniti di bibir penyokong setia Terengganu FC berikutan kecemerlangan ditunjukkan pasukan itu yang sedang bersaing sengit dengan Johor Darul Takzim (JDT) […]

Dua pemain KDAFC positif Covid, aksi menentang Penang FC ditunda

MFL pinda jadual terutama babitkan pasukan KDAFC

Aksi Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDAFC) dan Penang FC yang dijadual berlangsung pada Sabtu (24 Julai) di Stadium Darul Aman terpaksa ditunda ke tarikh lain selepas dua pemain pasukan KDAFC didapati positif Covid-19. Perkara itu disahkan Malaysian Football League yang bersetuju untuk menunda perlawanan tersebut selepas mendapat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan […]

Terlalu Ramai Pemain Yang Bagus, Bojan Hodak Sukar Catur Kesebelasan

Bojan Hodak

Jika sebelum ini pengendali Kuala Lumpur City, Bojan Hodak sering kali mengeluh tidak mempunyai barisan pemain simpanan yang cukup berkualiti, berbeza pula ceritanya selepas saingan Liga Super berehat panjang. Setelah memantapkan pasukan dengan membawa masuk empat pemain baru di jendela perpindahan kedua pada bulan Mei lalu, Bojan Hodak kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk dipertaruhkan […]

Aidil Shahrin sasar tiga perlawanan pertama untuk dapatkan momentum

Aidil Shahrin pengendali KDAFC

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDAFC) Aidil Shahrin Sahak mahu pasukannya menyepak mula aksi Liga Super yang kembali bersambung selepas rehat lebih dua bulan, dengan nota kemenangan. Walaupun tidak dapat menguji kekuatan pasukan disebabkan kekurangan aksi persahabatan berintensiti tinggi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kekangan Covid-19, Aidil Shahrin berpendapat motivasi pasukannya berada pada tahap […]

Selepas berehat panjang, Nik Sharif Haseefy sudah sedia mengegar

Nik Sharif Haseefy

Setelah begitu lama berehat kerana kecederaan, pemain sayap Selangor FC, Nik Sharif Haseefy Md Lazim gembira akhirnya dapat beraksi semula ketika menentang Melaka United dalam aksi persahabatan beberapa hari lalu. Nik Sharif Haseefy mengalami kecederaan buku lali sebelum musim baru bermula pada Mac lalu, menyaksikan dia terpaksa melupakan 13 perlawanan Liga Super yang telah diharungi […]

Dua minggu kuarantin tidak jejas Kpah Sherman

Kedah Darul Aman Kpah Sherman Dua minggu kuarantin tidak jejas Kpah Sherman

Meskipun melapor diri ke kem latihan Kedah Darul Aman FC lebih lewat berbanding pemain lain, ia tidak sedikitpun menjejaskan fokus, mentaliti dan prestasi penyerang import dari Liberia, Kpah Sherman. Pemain itu telah bersama pasukan kebangsaan Liberia untuk beberapa aksi antarabangsa pada bulan lalu dan sekembalinya ke tanah air, telah menjalani kuarantin dua minggu sebelum menyertai […]

Sri Pahang mungkin tidak teruskan dua aksi persahabatan

Sri Pahang mungkin batalkan dua aksi persahabatan

Status perlawanan persahabatan menentang Kelantan United dan Terengganu FC II yang dirancang Sri Pahang sebelum saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada 24 Julai, belum dapat dimuktamadkan. Pengurus pasukan, Datuk Suffian Awang berkata ia bergantung kepada kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan pergerakan pasukan ketika ini terbatas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). […]

Gary Steven mahu buktikan Melaka United tak salah pilih pemain

Gary Steven Robbat Gary Steven mahu buktikan Melaka United tak salah pilih pemain

Gary Steven Robbat mahu membuktikan Melaka United FC tidak membuat pilihan yang salah dengan merekrutnya secara pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT) ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada bulan Mei lalu. Sambil mengakui minit permainan adalah pendorong utama dia memilih menyertai Melaka United, Gary Steven menyifatkan aksi pertama menentang Sri Pahang FC sebaik sahaja […]

Lee Tuck akui cabaran di Terengganu FC lebih tinggi berbanding Sri Pahang

Lee Tuck Terengganu Fc Lee Tuck akui cabaran di Terengganu FC lebih tinggi berbanding Sri Pahang

Pemain tekad Terengganu FC, Lee Tuck tekad mahu mencapai prestasi terbaik sepertimana dilakukannya bersama Terengganu pada musim lalu. Lee Tuck berjaya menjaringkan enam gol dalam 11 penampilan pada musim lepas dan mahu mengulangi sentuhan sama dalam baki saingan Liga Super 2021 bagi membantu Terengganu FC menamatkan saingan sekurang-kurangnya di kedudukan kedua terbaik. “Saingan yang lebih […]

Hong Wan : “JDT lebih baik berbanding beberapa kelab EPL”

Nathaniel Shio Hong Wan Hong Wan : "JDT lebih baik berbanding beberapa kelab EPL"

Pemain berdarah kacukan Malaysia-China, Nathaniel Shio Hong Wan mengakui dia tidak mungkin datang ke Malaysia jika bukan kerana Johor Darul Takzim (JDT). Malah baru kira-kira tiga minggu bersama Harimau Selatan, Hong Wan yang merupakan bekas pemain skuad B-23 Wolverhampton Wanderers sudahpun cukup teruja dengan kelab itu dan tanpa ragu menyifatkan mereka adalah kelab terbaik dan […]

Jordan Mintah terlepas peluang sertai Marseille kerana ejen

Jordan Mintah Jordan Mintah terlepas peluang sertai Marseille kerana ejen

Penyerang import Terengganu FC II kelahiran Ghana, Jordan Mintah mendedahkan dia pernah berlatih bersama Akademi Olympique Marseille ketika usia 13 tahun tetapi terlepas peluang untuk mengembangkan karier bersama kelab Ligue 1 itu. Semuanya gara-gara selisih faham bersama ejen yang membawanya pada waktu berkenaan, dia kembali pulang ke Ghana pada usia 14 tahun sebelum memulakan karier […]

Transformasi Mahalli Jasuli, dari pertahanan kini penyerang utama

Mahalli Jasuli PJ City Transformasi Mahalli Jasuli, dari pertahanan kini penyerang utama

Siapa sangka, dari seorang pemain yang banyak beraksi di posisi pertahanan atau sayap kanan, Mahalli Jasuli akan beraksi sebagai penyerang utama bersama PJ City pada musim ini. Semuanya gara-gara kecederaan dialami Darren Lok membuatkan ketua jurulatih, P.Maniam, mengambil keputusan berani mempertaruhkan Mahalli mengetuai jentera serangan biarpun punyai pilihan lain seperti Kogileswaran Raj dan Khyril Muhymeen. […]

“Kalau susah sangat dapat peluang bermain, pindah jer” – Partiban

J.Parthiban "Kalau susah sangat dapat peluang bermain, pindah jer" - Partiban

“Kalau susah sangat dapat peluang bermain, pindah jer,” demikian nasihat pemain sayap KL City FC, J.Partiban kepada pemain-pemain muda yang mahu mengembangkan karier ke tahap lebih baik. Partiban memberitahu ia adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri di mana enam tahun lalu dia mengambil keputusan berani berhijrah dari Perak FC ke Sarawak FC pada musim 2015 lantas […]

Rugi kalau Terengganu FC tak menang piala tahun ini

Terengganu FC skuad terbaik 2021 Rugi kalau Terengganu FC tak menang piala tahun ini

Pertahanan meningkat naik, Muhammad Mohd Faudzi berpendapat ianya satu kerugian besar sekiranya Terengganu FC gagal menjulang sebarang trofi pada tahun ini. Terengganu FC kali terakhir mendakap piala adalah pada tahun 2011 apabila muncul juara Piala FA dengan menewaskan Kelantan FC dalam aksi final. Peluang terbaik selepas itu adalah ketika mara ke final Piala Malaysia 2018, […]

“Saya mungkin dikenali, tapi kalau tiada minit permainan ia tidak berguna”

Zamir Selamat "Saya mungkin dikenali, tapi kalau tiada minit permainan ia tidak berguna"

Tiada guna ada nama dan dikenali dalam kancah Liga Malaysia jika tiada minit permainan, kerana pada akhirnya itulah yang menjamin kelangsungan karier. Demikian reaksi Zamir Selamat mengenai keputusannya meninggalkan KL City dan berhijrah ke Uitm FC ketika jendela perpindahan kedua dibuka pada bulan lalu. Penjaga gol berusia 32 tahun itu melalui pengalaman perit dua tahun […]

Darren Lok tidak berselindung mahu kembali sarung jersi Harimau Malaya

Darren Lok Darren Lok tidak berselindung mahu kembali sarung jersi Harimau Malaya

Tempoh rehat Liga Super selama lebih dua bulan sememangnya satu kebetulan yang cukup baik buat Darren Lok kerana ia memberikan lebih banyak masa kepadanya untuk pulih daripada kecederaan serius retak di bahagian fibula kaki. Kecederaan tersebut menyebabkan penyerang PJ City itu tersisih selama tiga bulan dan tidak bermain dalam lapan perlawanan terakhir Liga Super. Darren […]

JDT buat senyap, PJ City gagal sambar Hazwan Bakri

Hazwan Bakri JDT buat senyap, PJ City gagal sambar Hazwan Bakri

PJ City FC gagal untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri pada jendela perpindahan kedua yang ditutup 31 Mei lalu, setelah permintaan mereka tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Johor Darul Takzim. Pasukan itu sebelum ini meletakkan harapan tinggi agar Hazwan Bakri boleh menyertai mereka secara pinjaman dan memperkasa barisan depan setelah kehilangan khidmat […]

Tiada lagi aksi Selangor FC di padang becak, ‘sawah bendang’

FB IMG 1620629776103 Tiada lagi aksi Selangor FC di padang becak, 'sawah bendang'

Selangor FC tidak lagi akan bermain di atas padang yang umpama ‘sawah bendang’ apabila saingan Liga Malaysia kembali bersambung Julai depan, demikian nada positif Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon. Menurut Johan, kerja-kerja membaik pulih padang Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) – gelanggang tuan rumah Selangor FC – berjalan lancar dan […]

‘Kelab besar boleh bantu menangi tempat dalam skuad Harimau Malaya’ – Swirad

Nick Swirad Sri Pahang 1 'Kelab besar boleh bantu menangi tempat dalam skuad Harimau Malaya' - Swirad

Pemain berdarah kacukan, Nicholas Ryan Swirad sah diumumkan sebagai pemain terbaru Sri Pahang FC bagi baki saingan Liga Malaysia 2021. Pemain berusia 30 tahun itu memeterai kontrak selama enam bulan sehingga hujung musim ini bersama Sri Pahang, sekaligus menjadi pemain kelima dibawa masuk di jendela perpindahan kedua selepas Manuel Hidalgo, Kenny Athiu, Aung Kaung Mann […]

“Uitm FC tidak akan tersingkir”

Uitm FC Liga Super 2021 "Uitm FC tidak akan tersingkir"

Di sebalik kedudukan Uitm FC di tangga tercorot Liga Super dengan hanya dua mata, malah hanya sembilan perlawanan sahaja berbaki untuk musim berakhir, ia belum cukup untuk membunuh keyakinan pemain-pemain pasukan itu bahawa mereka masih boleh terselamat dari penyingkiran. Mereka kini 10 mata dipisahkan dari zon selamat, namun pemain import Ousmane Fane berkata, dia percaya […]

Pemain Terengganu FC rekrut pertama KDA di jendela perpindahan kedua

Asnan Ahmad Terengganu FC serta KDA Pemain Terengganu FC rekrut pertama KDA di jendela perpindahan kedua

Terengganu FC membuat keputusan melepaskan pemain tengah Asnan Ahmad di jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dibuka sehingga 31 Mei ini. Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun akan kekal beraksi di Liga Super apabila menyertai salah satu pasukan pencabar utama Kedah Darul Aman (KDA). Terengganu FC dan KDA, kedua-duanya akan bermain di saingan Piala AFC […]

Nik Sharif Hassefy terkilan namun redha dengan takdir

Nik Sharif Selangor FC Nik Sharif Hassefy terkilan namun redha dengan takdir

Bintang muda meningkat naik Nik Sharif Haseefy Ahmad Lazim merupakan salah seorang pemain paling menyerlah dalam skuad Sri Pahang pada musim lalu di mana dia mencuri tumpuan ramai dengan aksi memukau. Nik Sharif Hassefy mendapat peluang untuk menonjol selepas Sri Pahang kehilangan khidmat Mohamadou Sumareh yang meninggalkan pasukan dengan membatalkan kontrak secara sebelah pihak pada […]

PJ City umum status Hazwan Bakri, Gary Steven dalam tempoh terdekat

Hazwan Bakri PJ City PJ City umum status Hazwan Bakri, Gary Steven dalam tempoh terdekat

Pengendali PJ City, P.Maniam belum bersedia untuk mengesahkan laporan yang mengatakan pasukan itu akan membawa masuk dua pemain Johor Darul Takzim – Ahmad Hazwan Bakri dan Gary Steven Robbat – secara pinjaman untuk memperkuatkan pasukan. JDT sebelum ini memaklumkan akan meminjamkan pemain-pemain mereka kepada beberapa pasukan Liga Malaysia yang lain, di mana selain Hazwan Bakri […]

Zainal Abidin kekal, Gary Steven dan dua import taruhan terbaru Melaka Utd

Zainal Abidin Hassan Zainal Abidin kekal, Gary Steven dan dua import taruhan terbaru Melaka Utd

Zainal Abidin Hassan akan kekal membimbing Melaka United dalam baki saingan Liga Malaysia musim ini. Ketua Pegawai Eksekutif baru Melaka United, Datuk Seri Justin Lim yang menggantikan Datuk Saiful Mat Sapri berkata keputusan itu dicapai selepas mesyuarat di antara pengurusan kelab itu dan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) pada Selasa. Kedudukan Zainal Abidin Hassan sebelum […]

“JDT akan kekal juara, pasukan lain bersaing tempat kedua sudah”

JDT belasah Sabah FC "JDT akan kekal juara, pasukan lain bersaing tempat kedua sudah"

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh tidak melihat dominasi Johor Darul Takzim akan tergugat meskipun pasukan itu belum menunjukkan prestasi yang boleh disifatkan cemerlang dalam saingan Liga Super 2021. Tidak seperti musim-musim terdahulu apabila JDT memecut laju meninggalkan pasukan lain dengan beza mata yang terlalu jauh untuk dikejar selepas separuh aksi liga, tahun ini mereka hanya […]

Khairul Shahril jawab soal bubar Perak FC susulan perpindahan ramai tonggak

Perak FC training Khairul Shahril jawab soal bubar Perak FC susulan perpindahan ramai tonggak

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed menjawab khabar angin mengenai kelab itu akan dibubarkan berikutan kemelut kewangan kritikal selain perpindahan ramai pemain utama ke pasukan lain. Shahrul Saad dan Guilherme De Paula telah menyertai Johor Darul Takzim, manakala Kenny Pallraj dan J.Parthiban pula berpindah ke KL City disebabkan isu tunggakan gaji,  namun ia […]

“Macam ni barulah Sri Pahang” – Dollah Salleh

Sri Pahang sudah kembali "Macam ni barulah Sri Pahang" - Dollah Salleh

Sri Pahang akhirnya menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar, dan ia cukup menggembirakan pengendalinya Dollah Salleh. Bermula buruk dalam 10 perlawanan pertama apabila menang hanya sekali, seri dua kali dan kalah tujuh kali, Sri Pahang bergelut di zon penyingkiran dan diramal akan tersingkir ke Liga Premier. Namun dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan […]

“Ini kali pertama kita main di padang macam ni” – Nafuzi Zain

FB IMG 1620629776103 "Ini kali pertama kita main di padang macam ni" - Nafuzi Zain

Terengganu FC melakar kemenangan penting 2-1 ke atas Selangor FC dalam aksi ke-13 Liga Super 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. Ini menyaksikan skuad Nafuzi Zain melakar kemenangan berganda ke atas Selangor FC musim ini, setelah menewaskan lawan sama dengan keputusan 3-1 di pusingan pertama. Nafuzi Zain jelas gembira dengan tiga mata […]

Perak pula jadi mangsa kebangkitan Sri Pahang, TFC bikin Selangor gigit jari

Kenny Athiu Sri Pahang Perak pula jadi mangsa kebangkitan Sri Pahang, TFC bikin Selangor gigit jari

Sri Pahang meneruskan episod kebangkitan mereka dalam saingan Liga Super 2021, apabila membenam pasukan bermasalah Perak FC 3-2 di Stadium Ipoh, pada Ahad. Tiga mata yang diraih membantu pasukan bimbingan Dollah Salleh keluar dari zon penyingkiran buat pertama kali musim ini, apabila melonjak ke tangga kesembilan dengan 12 mata, manakala Perak FC pula tergelincir ke […]

“Sukar dipercayai, pengadil ini tak layak berada di Liga Super”

Tangan Tuhan Shukor Adan "Sukar dipercayai, pengadil ini tak layak berada di Liga Super"

Uitm FC hanya beberapa saat sahaja dipisahkan daripada melakar kemenangan pertama mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Skuad bimbingan Frank Bernhardt itu mendahului KL City FC 1-0 lima minit sebelum tamat permainan, tetapi ketika mereka sudah bersedia meraikan kemenangan, dikecewakan pula oleh gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Shukor Adan. Yang lebih mengecewakan Frank […]

Gol ‘tangan tuhan’ bawa nama Shukor Adan ke dalam buku sejarah

Shukor Adan Gol 'tangan tuhan' bawa nama Shukor Adan ke dalam buku sejarah

Pemain veteran, Shukor Adan memahat nama dalam buku sejarah sebagai penjaring gol tertua Liga Malaysia dengan cara yang cukup tidak popular. Pemain berusia 42 tahun itu menjaringkan gol penyamaan buat Kuala Lumpur City pada masa kecederaan untuk mengikat Uitm FC 1-1 dalam aksi ke-12 Liga Super di Stadium Uitm, Shah Alam pada Sabtu. Apa yang […]

“Janganlah lembu punya susu, sapi yang dapat nama,” ujar CEO Sri Pahang

Manuel Hildago Sri Pahang "Janganlah lembu punya susu, sapi yang dapat nama," ujar CEO Sri Pahang

“Janganlah menjadi umpama lembu punya susu, sapi yang dapat nama,” demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Suffian Awang susulan dakwaan bahawa Kiko Insa adalah ejen kepada pemain import baru pasukan itu, Manuel Hildago. Manuel Hildago yang membuat penampilan sulung ketika menentang Selangor FC pada Rabu lalu, berjaya memenangi hati penyokong Sri Pahang […]