MFL Beri Kemenangan Percuma Jika Ada Kes Positif Covid-19

Stuart Ramalingam FAM MFL Beri Kemenangan Percuma Jika Ada Kes Positif Covid-19

Tiada lagi tangguh perlawanan jika ada kes positif Covid-19 sepanjang berlangsungya saingan Piala Malaysia. Sebaliknya Malaysian Football League akan bertindak lebih tegas dengan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan sekiranya ada kes positif COVID-19 dilaporkan dalam mana-mana pasukan seterusnya menyebabkan keseluruhan skuad diarah menjalani kuarantin. Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam memberitahu itu adalah peraturan […]

Stuart Ramalingam Berterima Kasih Kepada Khalid Ali Kerana Tampil Dengan Cadangan Bernas

Khalid Ali

Cadangan bernas dan boleh dipertimbangkan lebih mendalam. Demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League terhadap cadangan diutarakan bekas pemain kebangsaan Khalid Ali supaya saingan Liga Premier dikhususkan kepada hanya pemain tempatan. “Cadangan Khalid Ali ialah cadangan yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Kena ada kaji selidik dan perbincangan membabitkan semua pihak secara keseluruhan. “Satu cadangan […]

Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Lebih Berhati-hati

Dato Sri Faizal Azumu Faizal Azumu Akui Buat Kenyataan Kurang Cerdik, Janji Lebih Berhati-hati

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada penyokong bolasepak tanah air berhubung kenyataannya yang mendakwa Malaysian Football League (MFL) sedang mempertimbangkan pertambahan jumlah pasukan Liga Super menerusi video yang tular di laman sosial. Malah dalam video yang sama itu Faizal Azumu memberitahu bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Stuart Ramalingam […]

MFL, FAM Tepis Dakwaan Faizal Azumu, Liga Super Kekal Format Sama

Stuart Ramalingam dan Faizal Azumu MFL, FAM Tepis Dakwaan Faizal Azumu, Liga Super Kekal Format Sama

Gara-gara kenyataan dibuat Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Faizal Azumu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) terpaksa tampil dengan kenyataan balas untuk menjernihkan keadaan. Faizal Azumu yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dalam satu video yang tular menyatakan bahawa beliau akan berjumpa dengan MFL bagi membincangkan mengenai pertambahan jumlah […]

Bola Malaysia Perlukan Kepakaran Stuart Ramalingam

Stuart Ramalingam Bola Malaysia Perlukan Kepakaran Stuart Ramalingam

Bolasepak Malaysia memerlukan kepakaran seorang yang hebat seperti Stuart Ramalingam, itu pandangan Ketua Pegawai Eksekutif KL City Stanley Bernard Samuel. Menurut Stanley Bernard, kekuatan serta pengalaman luas Stuart Ramalingam dalam bidang pemasaran dijangka mampu membantu Malaysian Football League (MFL) untuk terus mengukuhkan aspek komersial Liga Malaysia. Tambahnya memandangkan Stuart telah bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia […]

Stuart Ramalingam kini CEO MFL

Stuart Ramalingam skuad Projek FAM MSN Stuart Ramalingam kini CEO MFL

Teka-teki mengenai siapa yang akan mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) terjawab apabila badan pengelola Liga Malaysia itu mengumumkan pelantikan Stuart Ramalingam untuk mengisi jawatan tersebut. Pelantikan Stuart Ramalingam yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama empat tahun akan berkuatkuasa 1 September ini. Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani […]

Stuart Ramalingam nafi ranking Liga Malaysia jatuh

Stuart Ramalingam Stuart Ramalingam nafi ranking Liga Malaysia jatuh

Spekulasi yang bertiup di media sosial mengatakan kedudukan Liga Malaysia dalam ranking kelab Asia telah dipintas Liga Indonesia dan Liga Singapura, sekaligus menjejaskan slot bermain di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC adalah tidak benar. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, “Tempoh pengiraan tempoh empat tahun ini memberikan kesamarataan (untuk mengukur) […]

TMJ bertanggungjawab pujuk, yakinkan Dion Cools sertai Harimau Malaya

Dion Cools x Tunku Ismail TMJ bertanggungjawab pujuk, yakinkan Dion Cools sertai Harimau Malaya

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berterima kasih kepada pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menurutnya telah memainkan peranan penting untuk memujuk pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools untuk menyertai Harimau Malaya. FAM secara rasminya telah mengumumkan Dion Cools sebagai pemain ke-26 skuad kebangsaan bagi mengharungi pusingan kelayakan Piala […]

“Tunggakan gaji negara lain mungkin lagi teruk tapi tak dedah kepada umum”

Shakir Hamzah Perak FC "Tunggakan gaji negara lain mungkin lagi teruk tapi tak dedah kepada umum"

FIFA baru-baru ini mengeluarkan statistik berhubung masalah tunggakan gaji yang mana menyaksikan Malaysia merupakan ‘juara’ bagi peringkat Asia, dan kedua tertinggi di dunia – situasi yang sangatlah memalukan dan mencemarkan maruah Liga Malaysia. Seiring pendedahan itu juga, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam memaklumkan FIFA telah meluluskan 147 permohonan bekas pemain dari […]

Stuart Ramalingam : “Biasalah main bola ada insiden panas, benda bukan isu besar”

Stuart Ramalingam SU FAM Stuart Ramalingam : "Biasalah main bola ada insiden panas, benda bukan isu besar"

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyifatkan insiden panas yang tercetus ketika perlawanan antara Kedah Darul Aman dan Johor Darul Takzim pada Selasa lalu, adalah perkara biasa dalam bolasepak. Justeru, Stuart berpendapat perkara itu tidak perlu diperbesarkan sebaliknya di pihak FAM, mereka akan menyiasat perkara itu sekiranya ada laporan rasmi daripada pegawai perlawanan. […]

Stuart : “FAM buat keputusan adil, bukan ikut kehendak penyokong atau pihak tertentu”

Kad kuning Gonzalo Cabrera Stuart : "FAM buat keputusan adil, bukan ikut kehendak penyokong atau pihak tertentu"

Setiap keputusan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah telus dan adil berdasarkan berdasarkan undang-undang dan peraturan perlawanan, bukannya mengikut kehendak atau tekanan yang diberikan penyokong mahupun pihak tertentu. Demikian tegas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, sebagai reaksi kepada tanggapan ramai bahawa badan induk itu mengamalkan double standard di dalam menjatuhkan hukuman ke atas pemain. […]

Stuart Ramalingam : “Boleh jer sentuh pengadil, tengok tujuan dia”

Stuart Ramalingam FAM Stuart Ramalingam : "Boleh jer sentuh pengadil, tengok tujuan dia"

“Tidak semua sentuhan ke atas pengadil adalah satu kesalahan,” demikian tegas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia Stuart Ramalingam. Insiden pemain menolak pengadil kerana tidak berpuas hati dalam saingan Liga Malaysia semakin menjadi-jadi dan perkara yang lebih menjadi tumpuan adalah ketidakseragaman hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Menurut Stuart Ramalingam, ramai yang masih tidak faham peraturan […]

Stuart : ‘Mana ada sengaja lengahkan kes Natxo Insa, kita sudah ikut prosedur’

Stuart Ramalingam Stuart : 'Mana ada sengaja lengahkan kes Natxo Insa, kita sudah ikut prosedur'

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat buat kali pertama bagi penggal 2021-2025 pada minggu lalu, dan menjatuhkan hukuman ke atas empat pemain. Seperti semua sedia maklum, kes-kes yang dibicarakan dan diambil tindakan adalah membabitkan Ahmad Khairil Anuar Zamri (gantung dua perlawanan); Hein Htet Aung (gantung satu perlawanan) manakala dua lagi pemain iaitu Jack […]

Pahang takkan mudah tunduk, tuntut asas penghakiman oleh FIFA

Suffian kecewa dengan Sumareh Pahang takkan mudah tunduk, tuntut asas penghakiman oleh FIFA

Apa asas Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) menerima aduan yang difailkan oleh Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memerlukan jawapannya. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya tunduk dengan arahan untuk membayar RM4.9 juta kepada pemain sayap dari Gambia itu dalam masa 45 hari sebaliknya akan cuba mencabar keputusan itu bagi mendapatkan alasan penghakiman oleh FIFA. “Saya tidak […]

Stuart Ramalingam : FAM tidak akan campur tangan isu tunggakan gaji pasukan Perak FC

Stuart Ramalingam skuad Projek FAM MSN Stuart Ramalingam : FAM tidak akan campur tangan isu tunggakan gaji pasukan Perak FC

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam menegaskan badan induk itu tidak akan mencampuri urusan tunggakan gaji pasukan Perak FC sepertimana tersebar dan menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong bolasepak tempatan, setidak-tidaknya buat masa ini. Pada Jumaat lalu, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden PAFA Datuk Adly […]

Stuart : Skuad Projek FAM-MSN tidak akan layak ke Liga Super

Stuart Ramalingam skuad Projek FAM MSN Stuart : Skuad Projek FAM-MSN tidak akan layak ke Liga Super

Skuad Projek FAM-MSN yang dibentuk untuk beraksi dalam saingan Liga Premier 2021, tidak akan layak ke Liga Super meskipun menamatkan saingan di kedudukan dua teratas, demikian menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam. Pasukan yang akan dikendalikan bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah itu juga tidak akan mengambil bahagian dalam pertandingan Piala FA dan […]

Untung RM50,000 setahun, memanglah tak lepas

Stuart Ramalingam FAM Untung RM50,000 setahun, memanglah tak lepas

Baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan bahawa Felda United dan UKM FC kedua-duanya gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh. Felda United dan UKM FC pada hakikatnya telah pun menyelesaikan proses penswastaan pada […]

Aidil Shahrin : Berilah kredit kepada KFA, mereka teruk dikecam sebelum ini

Aidil Shahrin Sahak Aidil Shahrin : Berilah kredit kepada KFA, mereka teruk dikecam sebelum ini

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak berpendapat kredit harus diberikan kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) di atas usaha-usaha yang diambil untuk menyelesaikan masalah berbangkit terutamanya membabitkan kewangan. Malah kejayaan persatuan itu melengkapkan penswastaan pasukan pada ketika ramai yang tidak yakin malah melemparkan pelbagai kecaman dan kritikan, membuatkan Aidil Shahrin terpanggil untuk berterima kasih kepada KFA. “Sejak […]

FAM perlukan penjelasan dari mana sumber kewangan Sulaiman Hussin (Varsity Boys)

Stuart Ramalingam FAM perlukan penjelasan dari mana sumber kewangan Sulaiman Hussin (Varsity Boys)

UKM FC sudah berjaya melengkapkan dokumentasi untuk pelesenan dan penswastaan pasukan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan sekaligus lulus untuk diberikan lesen kebangsaan bersyarat, tetapi masih ada penjelasan yang perlu mereka berikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ini berikutan timbul keraguan akan kekuatan kewangan pasukan itu selepas melihat nama ketua jurulatih pasukan itu Sulaiman Hussin berada […]

Kejuaraan AFC B-19 mungkin turut ditunda

Stuart Ramalingam FAM GenSEc Kejuaraan AFC B-19 mungkin turut ditunda

Kejuaraan AFC B-19 yang dijadual berlangsung di Uzbekistan pada Oktober ini berkemungkinan besar akan ditunda ke tahun depan. “Kami jangka kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Oktober ini ditunda kerana kerisauan yang diluahkan oleh persatuan bola sepak serantau dengan keadaan semasa (wabak pandemik Covid-19). “Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dilakukan oleh AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) […]

Isu tunggakan gaji Kedah, laporan tak sampai ke FAM

Stuart Ramalingam FAM Isu tunggakan gaji Kedah, laporan tak sampai ke FAM

Isu tunggakan gaji pasukan Kedah tidak dilaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) justeru tiada keperluan untuk badan induk itu masuk campur atau mengambil tindakan ke atas Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Sebelum ini, media melaporkan bahawa 23 pemain pasukan Lang Merah telah membuat laporan rasmi berhubung isu tersebut kepada Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM). Menurut Setiausaha […]

Palsukan dokumen, FAM tutup pintu buat Kalonda

Marcel Kalonda Palsukan dokumen, FAM tutup pintu buat Kalonda

Hasrat penyokong untuk menyaksikan kelibat pemain pertahanan berusia 22 tahun dari Congo, Marcel Kalonda untuk menyarung jersi Harimau Malaya berkecai selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menutup pintu buat pemain itu. Ini berikutan salah satu dokumen penting untuk membuktikan pemain itu berdarah campuran Malaysia adalah tidak sahih selepas FAM membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran […]

FAM sahkan Harry Edge tak berminat wakili Harimau Malaya

Harry Edge FAM sahkan Harry Edge tak berminat wakili Harimau Malaya

Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand yang sedang beraksi di kelab Sweden, Harry Edge, tidak berminat menyarung jersi Harimau Malaya. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam, mengesahkan perkara itu kepada Bernama. Spekulasi mengenai Harry Edge berpotensi cerah menjadi rekrut terbaru dalam skuad Harimau Malaya mula bertiup setelah ayah pemain itu Declan Edge menyatakan di media […]

Cheng Hoe takkan disekat masuk ke stadium sepertimana dilakukan Bundesliga

TanChengHoe Cheng Hoe takkan disekat masuk ke stadium sepertimana dilakukan Bundesliga

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan menyekat Tan Cheng Hoe atau barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan daripada memasuki stadium apabila Liga Malaysia kembali bersambung pada September nanti. Dengan Malaysian Football League (MFL) merancang meneruskan liga tanpa penonton dan mengehadkan kepada mereka yang terlibat dengan perlawanan sahaja untuk berada dalam stadium, timbul persoalan sama ada Cheng Hoe […]

Potong gaji tidak boleh lebih 30 peratus

Stuart Ramalingam FAM Potong gaji tidak boleh lebih 30 peratus

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat mengumumkan Garis Panduan Pelarasan Gaji FAM berkaitan penetapan kadar pemotongan gaji pemain dan pegawai untuk pasukan atau kelab yang masih gagal mencapai persetujuan bersama selepas tamat tarikh akhir yang ditetapkan pada 22 April 2020. Berdasarkan garis panduan tersebut kadar maksimum pemotongan gaji yang dibenarkan adalah sebanyak 30 peratus yang […]

FAM tegaskan RM2.2 juta dari FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan

Stuart Ramalingam FAM FAM tegaskan RM2.2 juta dari FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan US$500,000 (RM2.2 juta) yang diterima badan induk itu daripada FIFA bukan untuk dibayar kepada pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Malaysia. “Jangan salah faham, ia bukan duit Tabung Bencana Covid-19 yang digerakkan oleh FIFA, sebaliknya ia dana operasi tahunan yang dibayar FIFA kepada ahli gabungannya setiap tahun melalui FIFA Forward Programme. […]

FAM, MFL akur jika MKN minta semua pertandingan dibatalkan

Stuart Ramalingam FAM, MFL akur jika MKN minta semua pertandingan dibatalkan

Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League telah menghantar permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan kelulusan mengenai Prosedur Standard Operasi yang perlu dipatuhi bagi membolehkan saingan bolasepak tempatan yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu, disambung semula. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata permohonan itu […]

Giliran FAM bidas Asmirul, anggap kenyataan cuba tutup salah sendiri

Stuart Ramalingam FAM SU Giliran FAM bidas Asmirul, anggap kenyataan cuba tutup salah sendiri

Selepas Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, giliran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula menempelak Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah, Asmirul Anuar Aris susulan kenyataannya yang seolah cuba menyalahkan badan induk itu berhubung isu tunggakan gaji pasukan Kedah. Asmirul menjelaskan tunggakan gaji terjadi kerana pihak penaja tidak dapat memenuhi komitmen buat masa ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, […]

FAM potong gaji staff jika PKP dilanjutkan

Logo FAM FAM potong gaji staff jika PKP dilanjutkan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengambil pendekatan memotong gaji pekerjanya secara sementara jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April 2020 dilanjutkan, susulan penularan wabak pandemik COVID-19. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam dalam satu kenyataan pada Jumaat. Menurutnya badan induk itu meminta semua kakitangan pentadbiran dan staf teknikal mengambil potongan […]

Stuart Ramalingam : ‘Nak potong gaji, bincang dengan pemain bukannya media’

Stuart Ramalingam FAM Stuart Ramalingam : 'Nak potong gaji, bincang dengan pemain bukannya media'

Buat perbincangan terbuka dengan para pemain dan pegawai bagi mencari solusi terbaik, susulan penangguhan Liga Malaysia untuk tempoh lebih lama disebabkan penularan wabak Covid-19. Demikian nasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada semua pasukan bertanding. Penangguhan saingan Liga Malaysia 2020 bermula 16 Mac lalu ke satu tarikh yang belum ditetapkan (tambahan 2 minggu selepas arahan lanjutan […]

FAM anggap TCFC tidak ikhlas kerana sudah banyak tabur janji palsu

Stuart Ramalingam FAM FAM anggap TCFC tidak ikhlas kerana sudah banyak tabur janji palsu

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan mereka tetap dengan pendirian tidak membenarkan Terengganu City untuk bermain di Liga Premier, meskipun pengurusan pasukan itu menyatakan akan selesaikan hutang tunggakan gaji anggota skuad itu andai FAM menarik semula sekatan dikenakan ke atas mereka. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ini bukan kali pertama pihak pengurusan baru TCFC berjanji […]