Tak layan tuntutan, Forkey Doe mahu heret Pahang ke FIFA

KUANTAN 04 MAC 2018. Pemain Pahang, Francis Forkey Doe (kiri) dikawal pemain ATM, Muhammad Hafiz Hamid dalam perlawanan Piala FA 2018 Pusingan Kedua di Stadium Darul Makmur. NSTP/ MUHD ASYRAF SAWAL
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Belumpun reda isu membabitkan Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) bakal diheret pula ke FIFA oleh bekas pemain import mereka Francis Forkey Doe.

Dalam satu laporan esklusif disiarkan Arena Metro, Forkey Doe mendakwa Pahang gagal melunaskan tunggakan gajinya sepanjang musim 2018 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM746,500.

Sumber terdekat pemain itu memberitahu dia telah cuba berhubung dengan PBNP beberapa kali dengan menghantar notis dan surat tuntutan tetapi tidak dilayan.

“Pada 2018 (Forkey Doe) menandatangani kontrak selama semusim dengan PBNP tapi ditandatangan tanpa ejen dan biasanya pembayaran gaji mereka tunai saja.

“Gaji dia untuk bulan pertama dan kedua dibayar. Masuk bulan ketiga ketika Pahang menentang Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, dia mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) dan selepas itu dia terus hilang daripada pasukan.

“Dia juga hairan dengan layanan pengurusan pasukan yang buat tak tahu dengan kos rawatan kecederaan terpaksa guna duit sendiri sedangkan dalam kontrak jelas pembiayaan kecederaan ditanggung pasukan.

“Pahang seolah biarkan dia macam itu saja. Dia sudah beberapa kali hubungi dan beri notis tuntutan tapi Pahang senyap saja. Isu ini akan di bawa ke Fifa kerana sebagai pemain import dia boleh heret ke Fifa,” kata sumber itu. Kredit : Harian Metro

Tambahnya, Forkey Doe boleh dikatakan dibuang tanpa rela kerana dia tidak pernah bersetuju untuk menamatkan kontrak lebih awal.

“Sebelum ini Forkey Doe ada mengambil peguam luar dan Pahang buat satu surat mengatakan dia setuju untuk tamatkan kontrak. Tapi sebenarnya, Forkey Doe tak pernah pun membuat surat itu. Mungkin sebab surat itulah seolah Pahang tak mahu layan Forkey Doe.”

Sebagai rekod, Forkey Doe diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Terengganu FC pada 2012 di mana dia muncul penjaring terbanyak Liga Super musim tersebut, sebelum berhijrah mewakili beberapa pasukan seperti Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Felda United dan terakhir Pahang.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.