Tak Nak Main Sebab ‘Feeder Team’

Samir tak nak bermain dengan feeder team
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain import baru Perak FC, Samir Ayass menunjukkan sikap keras kepala apabila enggan beraksi bersama pasukan feeder team Perak II ketika perlawanan perlawanan menentang Johor Darul Takzim II pada Rabu lalu.

Samir Ayass merupakan salah seorang pemain dibawa masuk ketika jendela perpindahan kedua, namun belum sempat dia turun bermain sudahpun bergelut dengan kecederaan.

Perak FC mahu dia mendapatkan dulu suasana permainan dan kecergasan bersama feeder team di Liga Premier mereka namun pemain itu tidak mahu berbuat demikian walaupun pada awalnya telah bersetuju untuk diturunkan.

“Dia bersikap biadab dan keras kepala, dia memberi alasan masih mengalami kecederaan sedangkan sebelum itu dia bersetuju untuk diturunkan.

“Dia berubah hati apabila mengetahui akan bermain dengan Perak II. Dia hendak bermain dalam Liga Super. Sebab itu dia buat kerenah,” kata pengurus pasukan, Azman Nor yang mengakui geram dengan perilaku pemain itu.

Pemain berdarah kacukan Lubnan-Bulgaria itu menyertai pasukan pada Mei bersama-sama dua lagi pemain Lubnan iaitu Jad Noureddine dan Hussein El Dor serta pemain berdarah kacukan Indonesia-Cameroon, Zoubairou Garba.

Dalam pada itu, belum ada kepastian Samir Ayass akan diturunkan dalam aksi Liga Super seterusnya menentang Uitm FC pada Sabtu tatkala pasukan itu berdepan tekanan tinggi untuk mengutip tiga mata.

Perak FC yang merupakan satu-satunya pasukan tidak pernah tersingkir ke Liga Premier, ketika ini bergelut di zon penyingkiran, menduduki tangga kedua tercorot dengan 13 mata.

“Kalau ikut matematik, kami masih ada peluang walaupun tahu UiTM bukan lawan yang mudah lebih-lebih lagi mereka dibantu dengan kehadiran beberapa import baharu. Tapi, cabaran ini akan terus kami harungi,” kata pemangku ketua jurulatih Perak FC, Shahril Nizam Khalil selepas tewas kepada Penang FC.

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.