Takde pemain baru, tapi dapat balik Nik Sharif Haseefy

Nik Sharif Haseefy
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang ditutup 31 Mei lalu menyaksikan hanya dua pasukan iaitu Selangor FC dan PJ City FC tidak membawa masuk pemain baru untuk memperkuatkan pasukan bagi mengharungi baki saingan musim ini.

PJ City telah cuba mendapatkan khidmat Gary Steven Robbat dan Hazwan Bakri dari Johor Darul Takzim namun usaha tersebut gagal, setelah Gary Steven memilih menyertai Melaka United manakala Hazwan Bakri pula tidak dilepaskan JDT.

Selangor FC pula dikaitkan dengan beberapa pemain import baru, malah legenda Jepun Keisuke Honda turut dikaitkan dengan mereka namun pada akhirnya mereka tidak langsung aktif di pasaran perpindahan.

Bagi pengendali Red Giants, Karsten Neitzel, tiada pemain baru bukan satu isu besar apatah lagi dia yakin pemain yang ada sekarang sudah cukup bagus, ditambah pula dia juga boleh menggunakan pemain muda dari Selangor II.

Lebih menggembirakan dia juga boleh dikatakan mendapat seorang ‘pemain baru’ dalam kelibat pemain sayap Nik Sharif Haseefy Md Lazim.

Pemain yang direkrut dari Sri Pahang itu sudah kembali menjalani latihan penuh setelah tersisih sejak sebelum Liga Super bermula kerana kecederaan, dan Karsten Neitzel sudah tidak sabar menantikan impak bakal dibawa pemain itu.

Selain Nik Sharif Haseefy, Selangor FC juga telah menerima khabar gembira apabila dua pemain pertahanan Tim Heubach dan Safuwan Baharudin juga telah kembali ke dalam latihan yang bermula secara camp based training pada Isnin.

“Beberapa pemain terpaksa diketepikan ekoran kecederaan jangka masa panjang sementara Brendan Gan dan Syahmi Safari bersama skuad kebangsaan. Saya memerlukan barisan terbaik dalam sesi latihan bagi mendapatkan mutu permainan yang terbaik bagi menterjemahkan apa yang mahu diterapkan ke dalam pasukan,” kata Karsten Neitzel.

Pemain yang tersisih dan tidak dapat digunakan sehingga tahun depan adalah Shahrel Fikri Md Fauzi dan Abdul Halim Shaari.

Selepas tamat 13 perlawanan, Selangor FC ketika ini di kedudukan kelima Liga Super dengan 19 mata, 11 mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim.

Foto ehsan : Selangor FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.