Tan Cheng Hoe Gugurkan Afro, Shahrul Nizam Tak Lapor Diri

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan persiapan untuk mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan minggu depan, dengan hanya 22 pemain.

Ini berikutan pemain pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar terpaksa digugurkan kerana kecederaan manakala pemain pertahanan Terengganu FC Shahrul Nizam Ros Hasni pula tidak hadir melapor diri.

Sebagai rekod, Sharul Nazeem atau digelar Afro merupakan antara enam wajah baru disenaraikan Tan Cheng Hoe untuk diuji dalam kalendar antarabangsa kali ini selepas menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super.

Shahrul Nizam pula disenaraikan pada Khamis sebagai pengganti saat akhir kepada pemain FC Midtjylland, Dion Cools yang terpaksa digugurkan kerana kecederaan.

Tanpa kelibat dua pemain itu, Cheng Hoe kini hanya mempunyai Aidil Zafuan Abd Radzak, Irfan Zakaria dan Dominic Tan untuk dipertaruhkan di posisi pertahanan tengah.

Sebelum ini Cheng Hoe juga terpaksa menggugurkan Syahmi Safari dan tempatnya digantikan Ariff Farhan Md Isa.

Sementara itu, kem latihan pusat Harimau Malaya bermula pada Jumaat dengan 20 pemain melapor diri di kem latihan pusat di Wisma FAM.

Dua lagi pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Dominic Tan (Thailand) dan Luqman Hakim Shamsudin (Belgium) akan menyertai pasukan setibanya di Amman, Jordan.

Malaysia akan menentang Jordan pada 6 Oktober disusuli Uzbekistan pada 9 Oktober.

Cheng Hoe tidak memanggil beberapa pemain bintang seperti Farizal Marlias, Corbin Ong, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid untuk kalendar antarabangsa kali ini berikutan mahu menguji beberapa kombinasi baru bagi membentuk skuad mantap menghadapi Piala AFF.

Jentera serangan akan diterajui dua pemain JDT yang kurang minit permainan, iaitu Guilherme De Paula dan Syafiq Ahmad.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.