Teguran Hairuddin Omar, Sampai Bila Nak Menipu Diri Sendiri & Salahkan Orang Lain?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu semasa yang sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong.

Walaupun Hairuddin atau sinonim dengan panggilan Hai-O tidak menyebut perkongsiannya itu berkenaan isu apa, ia dipercayai merujuk kepada dakwaan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini tentang kewujudan ‘tokong’ dalam bolasepak Malaysia.

Menurut Sanusi, bolasepak Malaysia takkan ke mana jika setiap pasukan di Liga Malaysia tidak mendapat layanan sama rata sebaliknya terdapat satu pasukan yang diagungkan dan disembah umpama tokong, selain membidas bahawa ia tidak mencerminkan permainan fair-play sepertimana dilaungkan.

“Pandangan peribadi aku sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam bolasepak Malaysia. Aku lebih suka mengambil pendekatan dari sudut positif. Sampai bila kita nak menipu diri sendiri dan menyebarkan yang bukan-bukan mengenai bola sepak Malaysia untuk menutup keaiban sendiri?

“Cukup la memberi alasan dan mencari kesalahan orang lain. Kita harus melihat diri sendiri dan memperbaiki diri sendiri untuk majukan kelab masing-masing. Baru la, kita boleh memajukan bola sepak negara. Kita sudah pun ada JDT sebagai benchmark dalam industri ini.

“Kejayaan mereka hasil usaha mereka dalam memperbaiki kelab dari 2013 hingga ke hari ini. Dari segi fasiliti, padang, pengurusan, akademi, gaji on-time dan sebagainya. Mereka dah sampai tahap Asia. Dah buktikan bahawa mereka boleh bersaing kelab-kelab terbaik Korea and Jepun.

“Kita juga yang untung sebab kejayaan mereka akan membolehkan kelab-kelab lain di Malaysia bermain ACL (Liga Juara Asia) pada masa hadapan. Tapi kita semua perlu meningkatkan lagi usaha supaya dapat bersaing nanti. Jangan dah sampai ACL nanti lepas tu masih nak salahkan orang lain bila tak dapat bersaing dengan kelab-kelab besar Asia,” ujar Hairuddin.

Tambah Hairuddin Omar lagi, “Menyamakan seseorang individu muslim lain seperti ‘Tokong’ adalah tidak sangat tidak wajar.”

Bertitik tolak dari dakwaan Sanusi itu juga, JDT mengambil tindakan drastik untuk memanggil pulang penyerang Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah sebelum ini dengan kontrak semusim.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.