Tekanan Lampard, dah belanja lebih £200 juta, kenalah jadi juara!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tanpa berbelanja walau satu sen sekalipun untuk mendapatkan pemain-pemain baru, Frank Lampard telah berjaya memacu Chelsea menduduki tempat keempat Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya sebagai pengurus kelab itu.

Pada musim keduanya, dia berbelanja cukup mewah untuk membawa masuk pemain seperti Timo Werner, Kai Havertz, Ben Chilwell dan Hakim Ziyech selain mendapatkan Thiago Silva dan Malang Sarr secara percuma.

Malah dia mungkin berbelanja lagi untuk seorang dua pemain khususnya penjaga gol sebelum jendela perpindahan ditutup, tatkala Kepa Arrizabalaga dilihat terus menerus berdepan kritikan kerana prestasi kurang meyakinkan.

Baca : Lampard dan Chelsea takkan menang apa-apa dengan Kepa Arrizabalaga

Lampard memanfaat sebaiknya dana yang diperuntukkan pengurusan, tetapi sudah tentu ia perlu ada justifikasi.

Jika tanpa berbelanja boleh dapat nombor empat, agaknya apa jangkaan pengurusan apabila dia sudah menghabiskan lebih £200 juta?

Ekspetasi pengurusan pastinya cukup tinggi, mahu tidak mahu, tiada pencapaian selain bergelar juara EPL yang boleh menjadi justifikasi terbaik kepada duit yang dibelanjakan atau dia perlu bersedia untuk dipecat, kata bekas penyerang England, Darren Bent.

“Saya rasa Lampard kini berada dalam keadaan tertekan kerana dia sedar bahawa langkah karier seterusnya bersama Chelsea adalah untuk menjulang seberapa banyak trofi yang boleh pada musim ini.

“Tahun lalu dia telah mempamerkan kematangan dalam membimbing Chelsea yang diharamkan membeli sebarang pemain dan terpaksa berpuas hati dengan skuad sedia ada tetapi situasi ketika ini sangat berbeza.

“Dia menandatangani pemain berprofil tinggi yang mana mereka adalah pemain yang datang dengan harga mahal dan boleh memberi kesukaran buat pasukan pesaing.

“Jika gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, mungkin pengurusan Chelsea tidak akan teragak-agak untuk memecat Lampard dan menandata­ngani (Mauricio) Pochettino yang masih tiada kerja ketika ini,” kata Darren Bent kepada Agensi.

Chelsea telah membuka tirai musim baru EPL dengan kemenangan 3-1 ke atas Brighton & Hove Albion pada 15 September lalu.

Skuad the blues telah memenangi EPL sebanyak lima kali dengan kali terakhir adalah pada musim 2016/2017 di bawah bimbingan Antonio Conte.

Foto kredit : Premier League

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.