Tengku Hassanal sumbang elaun diraja enam bulan ke Tabung Covid-19 Pahang

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sehari selepas Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan bagi meringankan beban kerajaan menangani pandemik Covid-19, langkah itu dituruti anakanda baginda berdua.

Pemangku Raja Pahang yang juga Penasihat Diraja Pahang Rangers, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja baginda selama enam bulan bagi disalurkan kepada Tabung Covid-19 Pahang.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, bayaran elaun itu adalah bagi tempoh bermula bulan ini hingga September nanti.

“Baginda berharap bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung Covid-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.

“Baginda juga berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

“Selain itu, baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Foto : Pahang Rangers FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.