Terajang dan hancurkan bendera LGBT dianggap momen paling ‘gila’ Jamie Vardy

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang Leicester City, Jamie Vardy mencuri tumpuan penyokong bolasepak seluruh dunia apabila dia menerajang sekuat hati dan menghancurkan bendera pelangi LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) ketika meraikan jaringan kemenangan 2-1 ke atas Sheffield United pada Ahad.

Ketika permainan memasuki minit ke-90, Vardy menerima umpanan rakan sepasukan dan membuat larian ke dalam kotak penalti, sebelum menewaskan Aaron Ramsdale di pintu gol Sheffield United, sekaligus menghadiahkan kemenangan pertama buat Leicester City selepas empat perlawanan.

Jamie Vardy meraikan jaringan yang melonjakkan pasukannya ke tangga keempat itu dengan berlari ke penjuru padang dan menggelongsor laju menerajang bendera LGBT menyaksikannya bersepai, dan dia dilayangkan kad kuning untuk tindakannya itu.

https://twitter.com/i/status/1335617183192322048

Pada hakikatnya, itu adalah gaya trademark¬†Jamie Vardy meraikan jaringan – berlari ke penjuru padang – cuma untuk menendang sehingga bendera itu hancur menjadikan momen itu dipanggil momen paling ‘gila’ penyerang England itu, apatah lagi bendera yang dihancurkannya itu adalah bendera LGBT seolah menunjukkan mesej kebencian kepada komuniti tersebut.

Tindakan itu bagaimanapun menerima reaksi bercampur baur di media sosial daripada golongan pro-LGBT yang menganggap kad kuning sebagai ‘tidak padan’ dan mahu dia dikenakan hukuman lebih berat oleh Premier League, manakala pembanteras LGBT pula merasakan dia telah melakukan sesuatu yang betul.

Penyokong pemain itu pula mengganggap Jamie Vardy tidak pernah sekalipun mengecewakan apabila tiba saat meraikan jaringan, dan menyatakan bahawa ‘Vardy is always being Vardy’.

Selepas 11 perlawanan, Jamie Vardy yang merupakan pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/2020 ketika ini di kedudukan ketiga carta penjaring dengan sembilan gol.

Penyerang berusia 33 tahun itu merupakan pemain Leicester City pertama menjaringkan lebih dari 100 gol dalam saingan EPL dan merupakan anggota skuad juara EPL 2015/2016.

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.