Terima Kasih TMJ Jadi Tulang Belakang Saya – Arif Aiman Selepas Dinobatkan Sebagai MVP 2021

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain muda Johor Darul Takzim, Arif Aiman Hanapi melakar sejarah gemilang dan melengkapkan musim sensasinya apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 Virtual pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan Arif Aiman muncul sebagai pemain paling muda memenangi anugerah itu pada usia 19 tahun, mengatasi rekod yang terdahulu dipegang oleh rakan sepasukannya di JDT, Safawi Rasid.

“Alhamdulillah saya dinobatkan sebagai pemenang MVP pada tahun ini dan anugerah ini kali pertama saya menang dalam karier sebagai pemain bola sepak profesional.

“Terima kasih saya ucapkan kepada TMJ kerana sentiasa menjadi tulang belakang dan juga kepada jurulatih Benjamin Mora dan barisan kejurulatihan yang lain kerana sentiasa memberi sokongan dan percaya kepada saya untuk bermain banyak perlawanan pada tahun ini.

“Terima kasih juga kepada rakan sepasukan dan pemain-pemain senior lain yang sentiasa bantu saya ketika saya mula-mula masuk ke dalam pasukan JDT dan tidak dilupa juga kepada semua penyokong saya,” katanya.

Arif Aiman yang kini sedang bersama pasukan kebangsaan untuk mengharungi Piala AFF 2020, turut memenangi Anugerah Penyerang Terbaik dan Anugerah Pemain Muda Terbaik.

Pemain tengah Kedah Baddrol Bakhtiar dinobatkan Pemain Tengah Terbaik buat kali ketiga manakala Anugerah Pertahanan Terbaik menjadi milik Matthew Davies.

Romel Morales dinobatkan sebagai Pemain Import Terbaik sementara jurulatih KL City, Bojan Hodak yang memimpin pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan mengejutkan JDT pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik.

“Terima kasih kepada semua penyokong, kelab, pihak pengurusan dan juga kepada CEO (Stanley Bernard) kami. Juga terima kasih kepada semua pemain kerana tanpa anda kita tidak akan menang apa-apa perlawanan.

“Terima kasih juga kepada semua staf yang bekerja dengan saya setiap hari, mencurahkan idea bersama dan sentiasa bersabar dengan saya. Terima kasih juga kepada isteri dan anak saya,” jelas Hodak.

Senarai penuh pemenang ABK 2021 :

Anugerah Fairplay 2021: Skuad Projek FAM-MSN

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2021 : Nurshamil Abdul Ghani (Kelantan FC)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021 : Fernando Rodriguez (Johor Darul Takzim FC dan Jordan Mintah (Terengganu FC II)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2021: Badrol Bakhtiar (KDA FC)

Penjaring Terbanyak Liga Super 2021: Ifedayo (Selangor FC)

Penjaga Gol Terbaik 2021 : Farizal Marlias (Johor Darul Takzim FC)

Pertahanan Terbaik 2021 : Matthew Davies (Johor Darul Takzim FC)

Pemain Tengah Terbaik 2021 : Baddrol Bakhtiar (Kedah Darul Aman FC)

Pemain Muda Terbaik 2021 : Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Takzim FC)

Pemain Import Terbaik 2021 : Romel Morales (Kuala Lumpur City FC)

Penyerang Terbaik 2021 : Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Takzim FC)

Jurulatih Terbaik 2021 : Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC)

Kasut Emas 2021 : Bergson Dan Silva (Johor Darul Takzim FC)

Pasukan Terbaik 2021 : Johor Darul Takzim FC

Pemain Paling Bernilai (Most Valueable Player) : Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Takzim FC)

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.