Terlantar Akibat Strok, Bapa Azizulhasni Awang Ditawar Rawatan Percuma

Pelaburan Azizulhasni Awang pelaburan RM13 juta bukan sia-sia
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pusat Rawatan Strok dan Fisioterapi Jogo Health menawarkan rawatan percuma kepada Awang Embong, bapa kepada jaguh berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang.

Azizulhasni yang mencipta sensasi memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ahad, mendedahkan dalam temuramah selepas perlumbaan final bahawa bapanya diserang mild-stroke sebelum dia terbang ke Tokyo namun memilih untuk mengutamakan tanggungjawab kepada negara.

Ia pantas mendapat perhatian Jogo Health yang berpusat di ibu negara dan mereka turut bersedia menanggung semua kos rawatan, pengangkutan dari Terengganu serta penginapan bagi bapa Azizulhasni.

“Jasa dan pengorbanan Azizulhasni di dalam memartabatkan bidang sukan negara tiada ternilai. Tatkala seluruh negara berkongsi kegembiraan menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo, membantu ayahanda Azizulhasni yang terlantar akibat strok sejak beberapa tahun yang lepas adalah cara terbaik bagi kami menyampaikan penghargaan kepada wira negara kita.

“Saya berasa amat terharu dengan semangat jitu Azizulhasni serta kasih sayang terhadap ayah beliau, di mana beliau telah memohon restu dan doa supaya beroleh kemenangan dalam acara Olimpik hari ini. Sesungguhnya Azizulhasni seorang ikon inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ T. Murugiah, Pengasas dan juga Penasihat Jogo Health.

Azizulhasni yang kecewa kerana gagal mengotakan janji untuk menghadiahkan pingat emas telahpun selamat tiba di tanah air pada petang Isnin, dan melaungkan bahawa Tokyo 2020 bukan penampilan Olimpik terakhirnya sebaliknya mahu terus beraksi sehingga Sukan Olimpik akan datang di Paris pada 2024.

“Perancangan awalnya saya memang mahu teruskan sehingga Olimpik Paris 2024. Semangat dan keinginan saya masih tinggi, saya juga tiada isu fizikal.

“Namun seperti biasa selepas berakhirnya kejohanan utama, saya akan duduk berbincang semula dengan jurulatih John Beasley dan pasukan bagi membuat perancangan semula,” ujarnya kepada pemberita di KLIA.

Azizulhasni juga sudah tidak sabar untuk menghabiskan tempoh kuarantin selama 14 hari untuk pulang menziarahi ibu bapanya di kampung (Dungun, Terengganu).

Sementara itu, menjelaskan mengenai kelebihan Jogo Health, Murugiah yang juga Naib Presiden MIC berkata mereka menggunakan kaedah istimewa dan teknologi yang berbeza untuk memberikan rangsangan kepada otak dan saraf.

“Dengan latihan fisioterapi yang diberikan secara berterusan dan penggunaan teknologi Artificial Intellogence (AI) yang dibawa khas dari Amerika Syarikat, pesakit akan beransur pulih dan boleh kembali bergerak menggunakan anggota badan mereka.

“Kesemua pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Strok Jogo Health telah menampakkan tahap pemulihan yang amat memberangsangkan. Mereka yang tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak ataupun terlantar di katil, kini boleh berjalan semula tanpa sokongan, atau dengan sokongan minimum.

“Peranti AI yang dipasang memberikan rangsangan kepada otot dan saraf pesakit dan prestasi pemulihan serta kekuatan otot boleh dilihat secara grafik menggunakan tablet,” ujar Murugiah.

Selain rawatan rehabilitasi strok, Jogo Health turut menawarkan rawatan untuk masalah urat saraf, lemah pundi kencing bagi wanita atau urinary incontinence, mati pucuk dan masalah lutut.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.