Terpulang kepada KAFA nak teruskan rayuan atau berunding dengan Cassio

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid memberitahu pemain itu sedia berlembut dalam isu penyelesaian tunggakan gaji seterusnya memberikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) peluang kedua untuk terus ‘bernyawa’.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata mereka telah diberi tempoh lanjutan selama dua minggu oleh Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) bagi melengkapkan dokumen yang diperlukan berhubung rayuan yang dikemukakan untuk membatalkan keputusan FIFA berhubung bayaran tunggakan gaji kepada pemain itu.

Kini terpulang kepada KAFA mahu meneruskan dengan rayuan, atau berunding dengan Cassio bagi mencari solusi.

“Kita sedang menunggu cadangan penyelesaian daripada KAFA. Tetapi saya cadangkan untuk adakan mediasi di CAS supaya sekurang-kurangnya ada persetujuan bertulis nanti.

“Mediasi ini adalah perbincangan antara kedua-dua pihak untuk mendapatkan persetujuan bersama. Selepas bersetuju, CAS akan beri perintah persetujuan dan kalau mediasi dilakukan, rayuan KAFA akan dibatalkan.

“Jadi, apabila ada persetujuan bertulis sebagai formaliti demi kepentingan pemain, KAFA perlu patuhi persetujuan itu selaras dengan perintah CAS. Ini juga bagi memastikan supaya mereka serius untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Zhafri dipetik dari BH Online.

Sebagai rekod, FIFA mengarahkan KAFA membayar tunggakan sebanyak lebih RM629,000 kepada Cassio yang mewakili pasukan itu pada 2018 dan 2019 dalam tempoh 30 hari bermula 23 April.

Disebabkan terhimpit dengan masalah kewangan, KAFA melancarkan tabung selamatkan bolasepak Kelantan namun ia tidak mendapat sambutan diharapkan malah hanya berjaya mengumpul sekitar RM15,000.

Foto kredit : Kelantan FA Official

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.