“Tewas 10-0 Atau 20-0 Pun Takpe, Inilah Masa Untuk Harimau Malaya Nilai Pemain”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jangan melatah kalau skuad kebangsaan Harimau Malaya tewas besar kepada Jordan dan Uzbekistan dalam aksi persahabatan antarabangsa minggu ini.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang juga pemerhati setia bolasepak tanah air, perlawanan persahabatan adalah platform untuk Tan Cheng Hoe menguji pemain-pemain yang dibawanya justeru keputusan perlawanan bukan menjadi keutamaan.

“Apabila diadakan perlawanan persahabatan, kita kena cuba semua pemain yang ada. Sebab itu diadakan perlawanan persahabatan. Jika kita tidak cuba, mana kita nak tahu kualiti mereka.

“Ini perlawanan persahabatan dan bukan kejohanan sebenar. Masa inilah untuk kita memastikan supaya apabila nak bentuk pasukan, kita dah boleh lihat pemain yang ada ini boleh mewakili negara atau tidak.

“Kalau kita tak bagi peluang untuk jurulatih mencuba pemain baharu, bila kita nak tahu keupayaan mereka. Jadi bagi saya, kalah 10 atau 20-0 sekalipun tak ada masalah sebab keputusan bukan keutamaan.

“Apa yang penting sekarang biar coach Tan (Cheng Hoe) buat kerja beliau. Daripada aksi persahabatan inilah beliau boleh menilai sama ada pemain itu boleh bermain atau perlu diketepikan,” kata Jamal Nasir dipetik dari Sukan Sinar.

Untuk tugasan antarabangsa kali ini, Cheng Hoe menyisihkan ramai pemain tonggak seperti Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid, Matthew Davies, Farizal Marlias, Corbin Ong bagi memberi peluang kepada pemain lain, manakala beberapa lagi pemain seperti Dion Cools, Brendan Gan dan Akhyar Rashid pula diketepikan kerana kecederaan.

Cheng Hoe juga mengambil langkah berani menyenaraikan enam pemain baru antaranya Quentin Cheng, Kalamullah Al Hafiz, Mukhairi Ajmal dan Hakimi Abdullah selain memanggil semula enam wajah lama termasuk Akram Mahinan dan Khairul Fahmi Che Mat.

Justeru itu, Jamal Nasir berpendapat ini peluang terbaik untuk kesemua mereka membuktikan mereka layak berada di dalam pasukan tatkala Cheng Hoe sedang dalam usaha membentuk skuad mantap bagi Piala AFF Disember nanti.

“Semua pemain tentu sekali bila dah bermain bersama pasukan kebangsaan, akan beri segalanya untuk buktikan kepada jurulatih bahawa dia boleh main. Kalau dia bermain sambil lewa, maka dia tidak sesuai untuk Harimau Malaya.

“Daripada aksi persabahatan itu nanti, kita boleh menilai pemain yang bagus dalam Liga Malaysia. Ada pemain yang bagus bermain di liga tetapi tidak bagus bermain di peringkat antarabangsa.

“Ada juga pemain yang kurang menyerlah dalam liga tetapi mampu tampil cemerlang di peringkat antarabangsa. Sebab itu, ada perlawanan persahabatan untuk uji pemain,” ujar Jamal Nasir.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.