Tewas Lagi, CEO Selangor Bagi Amaran Kepada Pasukan Supaya Tingkatkan Prestasi

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kekalahan keempat berturut-turut dialami Selangor dalam aksi Liga Super setelah tewas kepada PJ City pada Ahad, membuatkan CEO pasukan itu, Dr Johan Kamal Hamidon naik angin.

Dalam satu kenyataaan paling ringkas di media sosial rasmi pasukan, Johan Kamal berkata, “

“Keputusan beberapa perlawanan terakhir ini tidak boleh diterima. Ini bukan tahap Selangor FC yang sepatutnya. Kelab menuntut lebih banyak daripada pasukan dan mereka tiada alasan untuk gagal di atas padang.”

Selepas 15 perlawanan, Selangor ketika ini menghuni tangga kesembilan liga dengan hanya 16 mata, mengatasi PJ City menerusi beza jaringan.

Lebih memilukan, PJ City sebelum bertemu Selangor, tidak pernah menang dalam 13 perlawanan terakhir yang mereka harungi.

Dalam pada itu, pengendali skuad Red Giants, Nidzam Jamil pula mengakui agak terkesan dengan tindakan penyokong Selangor terutama Ultras Selangor menyanyi lagu bernada cemuhan dan makian kepada para pemain dan pengurusan kelab sejak dari minit pertama perlawanan.

Menurut Nidzam, dia faham apa yang dilakukan oleh segelintir para penyokong itu tetapi masih berharapkan sedikit simpati dan empati daripada mereka untuk memberi ‘perasaan seperti di rumah’ kepada semua yang terlibat.

“Perasaannya boleh diumpamakan seperti balik rumah orang tak suka. Kami perlukan sokongan seperti di rumah. Saya faham sebab mengapa penyokong lakukan perkara seperti itu dan kami perlu melalui dan menghadapi situasi seperti ini.

“Kita kalah 1-0 dan keputusan ini bukanlah yang kami mahukan serta kami tidak mahu berada dalam situasi ini. Para pemain dilihat tidak cukup karektor untuk menang. Kami perlu betulkan keadaan di hadapan gol.

“Ada pemain yang saya rasakan mampu berikan lebih tetapi dilihat gagal untuk melakukannya dan saya akan mengkaji semula perkara ini. Kekalahan ini tidak membantu pasukan dalam keadaan ini.”

Aksi seterusnya buat Selangor adalah menentang dua pasukan teratas Liga Super iaitu JDT pada 3 September dan Sabah pada 10 September.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.