Saturday, July 24, 2021
HomeFutsalThailand, Vietnam lengkapkan 24 pasukan di Piala Dunia Futsal 2021

Thailand, Vietnam lengkapkan 24 pasukan di Piala Dunia Futsal 2021

Dua pasukan kuasa besar futsal Asia Tenggara (ASEAN), Thailand dan Vietnam terus mengukir pencapaian hebat apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Futsal 2021 di Lithuania yang akan berlangsung pada September nanti.

Kejayaan dua jiran tetangga Malaysia itu melengkapkan senarai 24 pasukan dimana Iran, Jepun dan Uzbekistan turut menjadi wakil Asia dalam saingan futsal paling berprestij tersebut.

Laluan berbeza dihadapi kedua-dua pasukan apabila Thailand mudah melangkah ke pusingan akhir setelah membelasah Iraq 11-2 secara agregat.

Aksi pertama pada 20 Mei menyaksikan Thailand menang 7-2 manakala perlawanan kedua pada 25 Mei menyaksikan juara AFF 15 kali itu menang dengan jaringan 4-0. Kedua-dua perlawanan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Gol-gol pasukan Thailand yang sememangnya mempunyai reputasi hebat di Asia disumbang oleh ketua pasukan, Kritsada Wongkaeo [empat gol] serta dua gol menerusi Jirawat Sornwichian, Muhammad Osman Musa dan Jetsada Chudech serta satu jaringan Pornmongkol Srisubseang.

Sementara itu, Vietnam pula dikerah berhempas-pulas mengekang tekanan hebat diberikan Lebanon pada lewat aksi untuk turut sama beraksi di Lithuania apabila menang menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Perlawanan pertama berkesudahan seri tanpa jaringan, manakala perlawanan kedua pula seri 1-1.

Kemenangan yang diraih menyaksikan Thailand bakal beraksi dalam saingan Piala Dunia Futsal buat kali keenam berturut-turut manakala Vietnam pula merasai pengalaman kedua selepas membuat penampilan pertama pada edisi 2016 di Colombia.

Sebagai rekod, Brazil muncul sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Piala Dunia Futsal apabila negara yang menduduki tangga kedua ranking dua itu muncul juara sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1989, 1992, 1996, 2008 dan 2012.

19 lagi pasukan yang akan beraksi di Piala Dunia Futsal 2021 adalah Angola, Mesir, Maghribi (wakil Afrika); Costa Rica, Guatemala, Panama, Amerika Syarikat (wakil CONCACAF); Argentina, Brazil, Paraguay, Venezuela (wakil Amerika Selatan); Solomon Island (wakil Oceania); dan Lithuania, Kazakshtan, Portugal, Russia, Sepanyol, Republik Czech dan Serbia (wakil Eropah).

RELATED ARTICLES
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.