Thomas Dooley Dedahkan Kepincangan Sri Pahang & Salah Laku Pemain Kepada Media Jerman

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jurulatih Sri Pahang FC, Thomas Dooley dalam satu temuramah bersama media Jerman, Schalke04.de mendedahkan mengenai pengalaman yang ditempuhinya sepanjang bersama pasukan itu selama beberapa bulan.

Lebih menarik dia memberitahu mengenai beberapa perkara yang tidak diceritakannya kepada media Malaysia.

Thomas Dooley yang mempunyai reputasi mengagumkan dibawa masuk sebagai jurulatih baru Sri Pahang pada Januari 2021 manakala Dollah Salleh pula dilantik sebagai pengurus pasukan.

Tetapi malang nasibnya hanya selepas tewas dua perlawanan pertama Liga Super dia terus direhatkan, dan digantikan semula oleh Dollah Salleh.

Begitupun ramai yang percaya tindakan ke tersebut adalah disebabkan kelantangannya mengkritik fasiliti latihan Sri Pahang yang disifatkan sangat daif dan menyamakannya dengan fasiliti kelab divisyen lapan Jerman.

Berita Berkaitan : Thomas Dooley Terkejut Tengok Fasiliti Daif Sri Pahang

Berita Berkaitan : Main Bola Bukan Sekadar Training, Balik, Jumpa Semula Esok Hari

Dan Thomas Dooley yang ketika ini masih lagi di Kuantan berikutan belum dapat pulang ke negaranya akibat ‘lockdown’ mengakui kepada media Jerman memang itulah puncanya.

“Sebenarnya sehingga baru-baru ini saya masih berstatus jurulatih Sri Pahang. Pahang sebuah pasukan yang sangat popular, kira-kira 40 ribu penyokong akan datang menyaksikan setiap perlawanan di tempat sendiri.

“Selepas mereka tidak dapat untuk meneruskan kejayaan yang dikecap, jurulatihnya dipecat dan saya ambil alih. Namun situasi di sana tidak berapa bagus, tiada bilik persalinan di padang latihan dan pemain kena basuh sendiri peralatan latihan.

“Bagi saya ini tidak menunjukkan pasukan ini sedang bergerak mencapai sasaran dan visi yang ditetapkan.

“Lebih memburukkan keadaan, saya tidak menerima sokongan dan kerjasama yang sepatutnya daripada pengurus pasukan (Dollah Salleh) dan masalah salah laku pemain juga tidak ditegur. Pemain-pemain datang lewat ke latihan, tidak mahu menonton video analisis selepas kalah.

“Disebabkan perbezaan yang wujud ini antara pasukan dan saya, kelab buat keputusan melepaskan saya,” ujar Thomas Dooley yang menghabiskan masa terluangnya dengan menulis buku tentang bola.

Ditanya jika minatnya terhadap kejurulatihan masih tebal setelah apa yang berlaku, Thomas Dooley berkata dia mencari pasukan yang pengurusannya suportif dan sentiasa bersedia membantu memenuhi keperluan seorang jurulatih di dalam melaksanakan tugas.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.