Thomas Dooley : “Padang latihan benda paling asas, sebab itu JDT no.1 kerana fasiliti mereka first class”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas pengendali Sri Pahang, Thomas Dooley secara terbuka menyatakan rasa kagumnya melihat fasiliti kelas pertama Johor Darul Takzim (JDT), dan menyifatkan ia sebagai faktor utama menjadikan pasukan itu jauh terlalu sempurna berbanding pasukan-pasukan lain di Liga Malaysia.

“Kenapa Johor [DT] jauh lebih baik daripada mana mana pasukan lain?

“Tengoklah fasiliti yang mereka ada. Adakah anda rasa ianya memainkan peranan untuk membuatkan pemain lebih selesa dan seronok berada di sana?

“Sudah tentu! Itulah adalah asas paling penting.”

“Bila kamu tengok dekat Johor, saya melihat menerusi YouTube channel dan sebagainya, segalanya adalah kelas pertama.

“Siapa yang tak nak berada di sana, siapa yang tak nak memiliki apa yang mereka ada, siapa yang tak nak berlatih di padang latihan?

“Maksud saya, pemain boleh meluangkan masa sehingga 6-8 jam di sana. Mereka tak nak balik rumah kerana di apartment mereka pun tidak secantik fasiliti yang mereka miliki di kompleks sukan JDT,” kata Thomas Dooley dalam temubual santai bersama Borak Bola Pahang.

Kata-kata Thomas Dooley ini sangat jelas mempunyai maksud berlapis, di mana dia mungkin mahu menegur Sri Pahang jika berhasrat mahu mengorak langkah ke depan, mereka juga harus memberi keutamaan menyediakan fasiliti yang terbaik buat pemain-pemain.

Sebagai rekod, Thomas Dooley yang merupakan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Filipina dibawa masuk untuk membimbing Sri Pahang bagi musim 2021 menggantikan Dollah Salleh.

Tetapi bekas kapten skuad Piala Dunia Amerika Syarikat ini kemudian direhatkan oleh pengurusan Sri Pahang FC kononnya kerana kekalahan dalam dua perlawanan pertama Liga Super, masing-masing kepada Selangor dan Perak. Dia telah digantikan semula oleh Dollah Salleh.

Bagaimanapun, ramai yang percaya sebab sebenar Thomas Dooley dan pembantunya Christopher Gamel direhatkan adalah kerana kelantangannya mengkritik fasiliti daif Sri Pahang dan menyamakannya dengan kelab divisyen lapan Jerman sebelum musim baru bermula.

Dia menekankan mengenai ketiadaan padang latihan yang sempurna serta bilik persalinan untuk pemain menukar pakaian, lantas menyatakan ia tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah pasukan professional.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Suffian Awang sebelum ini memberitahu Thomas Dooley tidak dipecat sebaliknya akan bersama skuad B-21 untuk membantu pembangunan pemain muda, namun pengendali berusia 60 tahun itu menafikan perkara itu.

Dia sebaliknya memberitahu sedang dalam perbincangan dengan beberapa pasukan dan akan meninggalkan Sri Pahang dalam tempoh terdekat.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.