Thomas Dooley terkejut tengok fasiliti Sri Pahang, samakan situasi dengan kelab Div 8 di Jerman

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali Sri Pahang FC, Thomas Dooley mendedahkan bahawa dia cukup terkejut apabila mendapati pasukan itu tidak mempunyai kemudahan dan fasiliti latihan yang serba mencukupi, sehingga dia melabel apa yang dilihatnya itu sebagai menyamai situasi kelab divisyen lapan di Jerman.

Thomas Dooley berkata pendedahannya itu bukan bermaksud mahu merungut, malah dia gembira bersama dengan sebuah pasukan yang miliki reputasi gah, cuma menurutnya ini adalah satu cabaran untuk pemain-pemain menyerlahkan potensi terbaik mereka meskipun berlatih dalam keadaan serba kekurangan.

Pasukan Sri Pahang sejak beberapa musim lalu menjalani latihan di padang awam yang terletak di Taman Gelora, yang dikongsi digunakan oleh penduduk setempat dan budak-budak bermain bola petang.

“Saya datang dan melihat tempat latihan, tiada bilik persalinan, cuma padang dan terdapat sedikit air yang keluar dari belakang konkrit.

Sumber : Sri Pahang FC’s Dooley dissapointed

“Saya bertanya di mana bilik persalinan, dan diberitahu tidak ada. Kemudian saya bertanya bagaimana pemain-pemain bersalin menukar pakaian, mereka kata pemain basuh sendiri baju dan menukarnya secara terbuka, dan saya katakan ini perlu berubah.

“Kita tidak boleh berlatih dengan baik di atas padang kerana ia tidak begitu bagus, tetapi ada satu padang turf kira-kira 350 meter dari Stadium Darulmakmur, mungkin padang yang berusia beberapa tahun tetapi ia kelihatan moden.

“Awak mahu pemain-pemain ini beraksi di hadapan 80,000 orang tetapi mereka basuh sendiri baju dan bersalin di dalam kereta, situasi ini boleh dilihat di saingan Liga Divisyen Lapan di Jerman, dan ini pula Liga Super, divisyen terbaik di Malaysia,” katanya yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Filipina.

Tambahnya lagi, “Bagi saya tidak salah untuk kita buat perbandingan dengan bolasepak Eropah, saya sudah berada dalam sistem ini berdekad lamanya. Saya tidak katakan saya jurulatih yang terbaik, mungkin ada 1,000 jurulatih lebih baik di luar sana, tapi saya mempunyai sudut pandangan yang jauh lebih baik berbanding mereka di Filipina kerana saya membesar di Jerman yang mana bolasepak adalah segalanya.

“Saya telah bermain bolasepak professional dan telah dilatih oleh jurulatih terbaik di Eropah, di Malaysia bukannya tiada jurulatih yang berpengetahuan tetapi anda boleh jadikannya lebih baik, buat perubahan dan ia datang daripada perkara-perkara kecil.

Baca : Teguran Dickson Nwakaeme berhubung fasiliti Pahang

Thomas Dooley yang merupakan bekas kapten skuad kebangsaan Amerika Syarikat di Piala Dunia, bagaimanapun gembira dengan kesungguhan, keinginan dan komitmen ditunjukkan para pemain Sri Pahang FC.

“Saya meminta pemain-pemain datang awal ke sesi latihan dengan memberikan contoh bagaimana pemain-pemain Real Madrid melakukannya, keesokannya pemain-pemain Sri Pahang FC datang awal kira-kira setengah jam ke satu jam sebelum latihan, dan masih berada di tempat latihan walaupun setengah jam selepas latihan tamat. Ini adalah sesuatu yang sangat positif.”

Sebelum ini, Thomas Dooley pernah memberitahu bahawa berdasarkan kekuatan skuad, mereka tidak menjangkakan untuk dapat mencabar kejuaraan sebaliknya mungkin boleh memberi tentangan sengit bagi merebut kedudukan empat teratas.

Sri Pahang FC akan membuka tirai saingan Liga Super musim baru dengan turun menentang Selangor pada 6 Mac.

Foto : FB Thomas Dooley

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.