Thomas Tuchel tak faham kenapa Manchester United beria minta penalti

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Manchester United sekali lagi gagal untuk menewaskan pasukan-pasukan yang boleh dilabel sebagai gergasi Liga Perdana Inggeris, setelah sekadar seri tanpa jaringan menentang Chelsea pada awal pagi Isnin.

Ia adalah keputusan seri tanpa jaringan kedua Manchester United menentang Chelsea bagi musim ini, dan sebagai rekod pasukan itu pada musim 2020/2021 tidak pernah menang menentang Tottenham Hotspurs, Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Leicester dalam aksi liga.

Pengurus Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer berpendapat kemenangan mereka dirompak setelah pengadil tidak memberikan penalti berikutan bola terkena tangan Callum Hudson Odoi di separuh masa pertama, walaupun setelah meneliti Video Assistant Referee (VAR).

“Ia adalah penalti, 100 peratus. Jika itu adalah posisi natural untuk tangan berada di situ ketika bola sampai, mungkin saya sudah buta,” ujar Solskjaer yang kecewa pasukannya semakin¬† jauh ditinggalkan Manchester City.

Baca : Siapa cakap masuk Manchester United adalah keputusan tepat?

Bekas kapten Manchester United, Gary Neville, pula berkata insiden seperti itu akan memberikan sepakan penalti sebelum penilaian mengenai insiden bola terkena tangan dalam EPL diubah pada awal musim ini.

“Tiada sebarang pertikaian sebelum awal musim ini bahawa ia adalah satu sepakan penalti. Hudson-Odoi panik dan lengannya tidak sepatutnya berada di situ. Saya fikir ia adalah sepakan penalti,” katanya.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel pula berkata pengadil telah membuat keputusan tepat dan dia tidak faham apa foul yang berlaku sehingga Solskjaer dan keseluruhan kem United bersungguh mengatakan mereka sepatutnya mendapat sepakan penalti.

“Bagi saya, ia memang bukan penalti. Saya terkejut dan masih terkejut (dengan reaksi mereka). Saya tidak dapat lihat secara langsung di mana sepatutnya sepakan penalti diberikan dan apabila menyemaknya melalui sudut lain, kami tidak dapat melihat sebarang insiden yang boleh diberikan sepakan penalti.

Baca : Berebut penalti dengan Jorginho, Tammy Abraham diberi kata dua oleh Lampard

“Sehingga kini saya masih tidak faham mengapa perlu diberikan sepakan penalti, dan bagaimana situasi ini boleh membabitkan VAR? Bola kena lengan pemain United dan saya tidak faham mengapa pengadil perlu memeriksanya tetapi saya gembira ia bukan penalti, kalau tidak ia akan menjadi satu malam yang buruk,” ujar Thomas Tuchel.

Chelsea yang mengharungi permulaan musim yang tidak konsisten dan agak goyah untuk mencabar kedudukan empat teratas, tidak tewas dalam 10 perlawanan berturut-turut dalam kesemua kejohanan sejak Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard pada bulan Januari lalu.

Mereka kini berada di tangga kelima EPL dan selepas 26 perlawanan, mereka hanya dibezakan satu mata dengan kelompok empat teratas, enam mata di belakang pasukan di tangga kedua, United, dan ketinggalan 18 mata dengan pendahulu liga, Manchester City.

Foto ehsan : Getty Images

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.