Tiada Cabrera, tetapi JDT dapat tonik dalam kelibat De Paula untuk ACL

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Johor Darul Takzim akan memulakan cabaran Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia 2021 yang akan berlangsung di Bangkok bermula 22 Jun ini  dengan turun menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus.

Dua pemain baru iaitu penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula dan pemain import dari Australia Shane Lowry antara yang turut tersenarai dalam skuad 30 pemain yang disenaraikan untuk membawa cabaran dalam kempen kali ini.

Setelah penampilan yang dikecam hebat bersama Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pentas ACL memberikan De Paula peluang terbaik untuk memenangi hati penyokong JDT.

Dia bersama-sama Bergson Da Silva, Mohamadou Sumareh, Hazwan Bakri, Ramadhan Saifullah, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Shafiq Ahmad dan Arif Aiman menjadi pertaruhan untuk memperkasa barisan depan JDT yang membuat penampilan ketiga di ACL tahun ini.

Begitupun, tiada nama Gonzalo Cabrera dan pemain pertahanan Shahrul Saad, serta pemain berdarah kacukan Nathaniel Shio Hong Wan yang pernah beraksi untuk skuad B-23 Wolverhampton Wanderers di dalam skuad tatkala Benjamin Mora membuat keputusan berani menyenaraikan pemain muda berusia 19 tahun, Chia Ruo Han.

Chia Ruo Han yang berasal dari Kedah merupakan pemenang Program Mencari Ramli 6 dan telah bersama Akademi JDT sejak 2018.

Turut disenaraikan adalah dua pemain dari JDT II iaitu bekas pemain pertahanan tengah skuad B-19 kebangsaan Firdaus Ramli dan pemain tengah Feroz Baharudin.

Senarai Pemain JDT di ACL Tiada Cabrera, tetapi JDT dapat tonik dalam kelibat De Paula untuk ACL

Selepas menentang Nagoya Grampus, JDT akan bertemu dengan FC Ratchaburi pada 25 Jun sebelum menutup aksi pusingan pertama dengan menentang Pohang Steelers pada 28 Jun. Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Sebagai rekod, JDT tidak pernah melangkah melepasi saingan peringkat kumpulan sejak membuat penampilan sulung di ACL pada 2019.

Pada tahun lalu, mereka menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan tercorot selepas membuat keputusan menarik diri gara-gara tidak mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk terbang ke Doha bagi menamatkan aksi peringkat kumpulan.

Manakala pada 2019, JDT mengakhiri aksi Kumpulan E yang turut dihuni Shandong Luneng, Kashima Antlers dan Gyeongnam juga di kedudukan tercorot dengan empat mata.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.