Tiada jaminan De Paula dan Liridon Krasniqi akan dipanggil semula

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak memberi jaminan dua pemain naturalisasi Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi akan kekal di dalam skuad untuk tugasan antarabangsa yang seterusnya.

Prestasi kedua-dua pemain itu dikritik hebat setelah beraksi tidak menepati ekspetasi yang diletakkan ketika Harimau Malaya tewas kepada UAE dan Vietnam sebelum menutup tirai pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan kemenangan 1-0 ke atas Thailand.

Bukan sahaja dua pemain itu malah prestasi beberapa lagi pemain tempatan turut mengecewakan justeru Cheng Hoe menegaskan penilaian penuh akan dibuat agar hanya pemain di tahap terbaik dipanggil untuk mengharungi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini dan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia pada Februari 2022.

“Saya rasa setiap pemain bukan saja De Paula dan Liridon, kita perlu duduk bersama dengan pengurusan dan staf kejurulatihan untuk menilai setiap pemain yang ada dalam kempen kelayakan ini.

“Jadi saya masih tidak boleh mengatakan lagi mana-mana pemain akan dipanggil semula atau digugurkan. Kita akan duduk berbincang selepas kita tahu pasukan mana yang akan kita hadapi dalam kelayakan Piala Asia nanti,” kata Cheng Hoe.

Pengendali berusia 53 tahun itu turut mengakui bahawa laluan ke Piala Asia 2023 lebih mencabar kerana berdasarkan format terbaru Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kedudukan balang untuk pusingan ketiga kelayakan ditentukan mengikut kedudukan ranking FIFA.

Ini bermakna, Malaysia secara tidak rasmi bakal mengisi balang tiga, manakala pasukan-pasukan di ranking lebih baik akan berada di balang satu dan dua.

Hanya juara kumpulan dan empat naib juara terbaik daripada enam kumpulan akan layak ke Piala Asia.

“Kita tahu dalam perlawanan antarabangsa ini perlunya intensiti, teknikal dan taktikal semua pasukan berada dalam satu tahap terbaik, jadi kita kena buat persediaan yang terbaik dari segi kepantasan dan kelajuan.

“Kita juga akan nampak semua pasukan berada dalam kualiti berbeza juga dalam kelayakan Piala Asia nanti,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.