Tiada Sebab Untuk Disiasat, FAM Tak Layan Bantahan Kelantan FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bantahan dikemukakan Kelantan FC berhubung beberapa keputusan meragukan dibuat pengadil kepada Persatuan Bolasepak Malaysia nampaknya tidak dilayan.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar memberitahu Arena Metro bahawa badan induk itu mendapati tiada sebarang isu untuk meneruskan siasatan termasuklah mengambil tindakan susulan terhadap pengadil sepertimana dimahukan Kelantan FC.

“Pertama, kita tengok undang-undang perlawanan yang mengatakan keputusan pengadil adalah muktamad dan tak boleh dipertikaikan. Isu Kelantan ini tiada kes dan akan pulangkan kembali wang mereka.

“Jika mereka buat aduan, kita akan bawa kes berkenaan ke Jawatankuasa Pengadil FAM untuk siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya bukannya kata tak boleh buat bantahan namun jika kita lihat ada kesalahan seperti menurunkan pemain yang sudah dikenakan kad merah sebelum ini, situasi berkenaan boleh dipertimbangkan untuk tindakan,” katanya.

4 Oktober lalu, Kelantan FC memaklumkan mereka telah menghantar bantahan terhadap pengadil perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan dan Sabah, Fitri Maskon.

Mereka mendakwa pengadil itu membuat keputusan yang silap apabila memberikan sepakan penalti pada minit ke-79 yang membawa kepada gol penyamaan Sabah FC.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Kelantan FC mendakwa pengadil tertipu dengan lakonan N.Thanabalan dan turut mahu penyerang itu dikenakan hukuman mengikut peraturan permainan, sama ada diberi amaran keras atau dilayangkan kad kuning.

Mereka turut mempertikaikan beberapa keputusan lain dan meminta supaya pengadil diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan integriti dan ketelusan permainan secara keseluruhannya dapat diamalkan dalam Liga Malaysia.

Apa yang menghairankan, FAM kata tiada isu untuk disiasat meskipun bantahan dikemukakan, namun terdapat beberapa kes dalam Liga Malaysia sebelum ini, mutu pengadilan disiasat dan pengadil dikenakan penggantungan walaupun tanpa ada bantahan mahupun aduan.

Sebagai contoh, pengadil Mohd Fairuzi Mat Desa dikenakan penggantungan selama dua minggu secara serta-merta pada bulan Mac lalu kerana tertipu dengan lakonan Ahmad Khairil Anuar (Beto) dan tersilap menghadiahkan penalti kepada PJ City ketika perlawanan menentang Melaka United.

Malah, Ahmad Khairil Anuar juga digantung perlawanan dan mengakui malu dengan kejadian itu.

Berita Berkaitan : Saya Malu Dan Rasa Bersalah Dengan Lakonan Sendiri, Rasa Macam Benda Bodoh
Berita Berkaitan : Pengadil Perlawanan Sabah v Terengganu Digantung Sekali Lagi

Kemudiannya pengadil perlawanan Sabah menentang Terengganu FC, Khirulazuan Kidam turut digantung dua minggu kerana tersilap membuat keputusan membatalkan gol Terengganu FC serta prestasi yang kurang memuaskan pada perlawanan tersebut.

Jadi agak menghairankan permintaan Kelantan FC tidak dilayan FAM.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.