“Tiada solusi dicapai, tiada jaminan pemain akan dapat gaji”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Mesyuarat antara pemain-pemain dan pihak pengurusan Perak FC pada Sabtu sebenarnya gagal menemui jalan penyelesaian positif.

Walaupun di pihak pengurusan mengatakan mesyuarat telah berlangsung dengan harmoni dan pemain-pemain juga faham masalah kewangan dihadapi, lain pula pendedahan oleh sumber terdekat dengan pasukan.

Sumber : No celebratory centennial for Perak

“Pihak pengurusan cukup marah selepas pemain-pemain enggan berlatih pada Jumaat, dan mendakwa mereka tidak membayar gaji.

“Mereka gagal menawarkan penyelesaian untuk isu ini, mereka hanya menjelaskan kedudukan kewangan kelab dan tidak dapat memberi jaminan berhubung pembayaran gaji.

“Bagaimanapun mereka berjanji gaji bulan lepas (April) akan dilunaskan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tetapi bila ditanya adakah kami akan menerima gaji bulan ini, mereka tidak dapat menjanjikan apa-apa.

“Pemain-pemain tidak gembira dan kemungkinan besar lebih ramai akan meninggalkan pasukan,” menurut sumber tersebut.

Terdahulu penyokong bolasepak tanah air digemparkan dengan berita pemain-pemain Perak FC memboikot sesi latihan susulan tidak menerima gaji selama lebih dua bulan.

Kemudiannya pada Sabtu, dua pemain tonggak iaitu kapten pasukan Shahrul Saad dan Guilherme De Paula pula meninggalkan pasukan dan menandatangani kontrak bersama Johor Darul Takzim.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Rizal Ali Naizali sebelum ini menafikan gaji tidak dibayar lebih dua bulan sebaliknya hanya sebulan sahaja iaitu bagi bulan April.

Berita berkaitan : Gaji bukannya kecil, tidak logiklah sampai jual motosikal kerana tunggakan gaji

Sementara itu, Bendahari Perak FC, Datuk Sham Mat Sahat berkata kelab itu merelakan pemain untuk angkat kaki jika mereka sudah tiada jiwa bersama pasukan kerana isu tunggakan gaji.

“Kita nak pemain yang ada ‘jiwa’ dengan Perak. Kalau rasa nak keluar main dengan pasukan lain sebab tak dapat gaji dua bulan, kita tak akan halang. Pemain sedia ada ini pun kalau nak berhijrah kita tidak akan halang kerana kita nak ‘jiwa’ dia (pemain) dengan negeri Perak.

“Kita akan cari jalan bagaimana untuk selesaikan masalah tunggakan ini supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” kata Sham Mat Sahat.

Foto: Perak FC

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.