Sathianathan

Tidak perlu pepandai jolok nama kepada coach

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Usah terlalu ghairah dengan pemain berdarah kacukan, bukan semua layak untuk menyarung jersi negara.

Demikian reaksi ketua jurulatih Selangor yang juga bekas jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan melihat kepada semakin banyak nama-nama pemain berdarah kacukan dicadangkan kepada Tan Cheng Hoe untuk diambil menyarung jersi Harimau Malaya.

Bercakap kepada Berita Harian, Sathianathan menegaskan status sebagai pemain berdarah kacukan bukan tiket automatik untuk terus berada dalam radar Cheng Hoe, sebaliknya pelbagai kriteria perlu dinilai.

“Kadang-kadang ramai orang yang tiada kena mengena cakap pasal pemain dari luar (negara). Adakah orang itu berhak untuk memberitahu mereka boleh bermain dengan skuad kebangsaan? Bagi saya, apa saja kenyataan perlu keluar daripada Cheng Hoe dan dia yang akan berhubung dengan pemain itu.

“Saya sokong jika Cheng Hoe mahukan seseorang pemain, tapi cadangan atau keputusan itu tidak boleh datang dari orang lain sama ada ejen atau sebagainya. Ini bukan perniagaan, ini untuk main dengan skuad kebangsaan.

“Cheng Hoe yang akan lihat pemain itu dan kalau perlu pergi ke tempat mereka beraksi. Cheng Hoe kena pergi lihat dengan mata sendiri sama ada mereka sesuai atau tidak berada dalam skuad kebangsaan.

“Kita pun tak tahu kerana tiba-tiba nama pemain (kacukan) ini muncul. Tapi kalau dia (Cheng Hoe) mahukan seorang pemain yang lebih handal dari Safawi (Rasid) atau Mohamadou Sumareh, mungkin dia kena pergi tengok pemain ini beraksi dalam tiga atau empat perlawanan.

“Bukan semua (pemain luar negara bagus), kadang-kadang kita teruja bila dengar pemain ini beraksi di Eropah, tapi di sana ada juga divisyen empat atau lima. Bagi saya skuad kebangsaan ketika ini sudah stabil.”

Sebagai rekod, pasukan kebangsaan ketika ini dibarisi beberapa pemain berdarah kacukan iaitu Brendan Gan, Lave’re Corbin Ong dan Matt Davies, manakala pemain seperti Darren Lok, Khair Jefri Jones dan Natxo Insa pernah mewakili negara sebelum ini.

Antara pemain-pemain lain yang mula dikaitkan adalah Dion Cools, Jamie Qureshi, Harry Edge dan Marcel Kalonda malah ada pihak yang sentiasa menjolok nama pemain seperti David Rowley, Stuart Wark dan Nick Swirad untuk dipanggil ke kem kebangsaan pada ketika Cheng Hoe merasakan mereka belum layak untuk dipanggil.

Foto : NSTP

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.