Tinggalkan Gaji Mewah Di FAM Untuk Sertai Sabah Yang Bermasalah, Tepatkah Keputusan Ong Kim Swee?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Dato’ Ong Kim Swee telah melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal, dan akan menyertai pasukan Sabah FC.

Persoalan yang timbul dari keputusan secara tiba-tiba itu, mengapa Ong Kim Swee yang diketahui menerima gaji mewah bersama badan induk dan paling penting status kewangannya kukuh boleh menyertai sebuah pasukan yang tidak pernah lari daripada masalah kewangan serta tunggakan gaji?

Masalah gaji melanda kem Sabah FC bukanlah satu rahsia. Saban tahun ia berulang, musim ini sahaja sudah dua kali, malah ia juga dikatakan punca kepada deretan prestasi buruk skuad tambadau dalam saingan Liga Super.

Berita Berkaitan : Rawilson Dan Azzizan Diketepikan, Dipercayai Kerana Bersuara Mengenai Tunggakan Gaji

Berita Berkaitan: Tunggakan Gaji Bukan Isu Besar, Tak Perlu Nak Kecoh

Jadi adakah Ong Kim Swee telah membuat keputusan tepat, apa yang membuatkan bekas jurulatih skuad kebangsaan ini mengambil langkah berani dan berisiko ini?

Dan apa pula nasib program pembangunan yang telah dimulakan oleh Ong Kim Swee.

Umum mengetahui beliau adalah individu penting dalam meluluskan skuad Projek FAM-MSN bermain di Liga Premier meskipun ia dikritik hebat, selain memperkenan perancangan menghantar skuad B-20 untuk bermain di kelayakan Piala Asia B-23 pada Oktober depan sebagai persiapan awal menghadapi kelayakan Olimpik 2024.

Berita Berkaitan : Inilah Dinamakan Pembangunan, OKS Jawab Kritikan Lim Teong Kim

Sebagai rekod, Ong Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember depan telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari tahun 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir sebagai Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

Antara kejayaan beliau sepanjang bersama FAM ialah membimbing pasukannya muncul juara Piala Belia 2007, naib juara Piala Belia 2008, juara Liga Premier 2009, pingat emas Sukan SEA 2011, juara Pestabola Merdeka 2013, pingat perak Sukan SEA 2017, suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 dan layak ke peringkat kalah mati pada Sukan Asia 2018.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.