Tisu Airmata Lionel Messi Berharga RM4.24 Juta

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Tisu basah yang digunakan Lionel Messi untuk mengelap air matanya ketika sidang media perpisahan bersama Barcelona pada minggu lalu, telah dikutip seseorang dan dijual dengan harga AS$1 juta (RM4.24 juta).

Individu itu juga mendakwa tisu tersebut mengandungi genetik Lionel Messi yang membolehkan seseorang melahirkan pemain sehebat Pemain Terbaik Dunia sebanyak enam kali itu.

Perkara tersebut bagaimanapun di luar pengetahuan Lionel Messi.

Ketika majlis perpisahan penuh emosi yang dihadiri rakan-rakan sepasukan di Barcelona serta ahli keluarganya, Lionel Messi menyatakan ia detik paling sedih dalam hidupnya.

Dia tidak dapat menahan sebak dan kemudiannya menangis memandangkan ketika mengucapkan kata-kata selamat tinggal kepada kelab yang telah diwakilinya sejak usia 13 tahun.

Sepanjang karier gemilang bersama Barcelona, Lionel Messi telah menjulang La Liga sebanyak 10 kali, Copa del Rey sebanyak tujuh kali, Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali selain Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia sebanyak tiga kali.

Dia juga pernah dinobatkan Pemain terbaik La Liga sebanyak enam kali.

Barcelona sebenarnya mahu melanjutkan kontraknya yang berakhir pada 30 Jun lalu, namun mereka pada akhirnya tidak dapat mendaftarkan bintang Agentina itu berikutan Peraturan Kawalan Ekonomi (Financial Fair Play) La Liga.

Meskipun dia sendiri telah bersetuju menerima potongan gaji, namun ia tetap tidak memadai untuk Barcelona mengekalkan khidmatnya. Hanya sehari selepas sidang media perpisahan itu, dia diumumkan sebagai pemain baru Paris Saint Germain.

Bersama PSG, Lionel Messi menandatangani kontrak selama dua musim dan dilaporkan akan menerima gaji sekitar £35 juta semusim, selain bayaran perpindahan sebanyak £25 juta.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.