TMJ akan tanya dan dapatkan restu Pahang terlebih dulu sebelum bawa masuk Sumareh

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan penyerang yang dipinjamkan ke kelab Liga Primeira Portugal, Portimonense SC akan pulang ke pangkuan kelab itu bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

“Safawi akan bersama JDT untuk 2021, 100 peratus,” kata Tunku Ismail dalam rancangan [email protected] di Astro Arena.

Sebagai rekod, Safawi Rasid yang juga Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia bagi dua tahun berturut-turut menyertai Portimonense SC pada Oktober lalu bagi tempoh semusim tetapi gagal mendapat tempat di dalam skuad utama pasukan itu, sebaliknya hanya diturunkan dalam skuad B-23, itupun secara keseluruhannya mengumpul 53 minit permainan.

Sementara itu bercakap mengenai persiapan JDT bagi menghadapi musim 2021, Tunku Ismail berkata mereka dalam proses merekrut beberapa pemain sebagai tambahan kepada Daniel Amier Norhisham yang telahpun diumumkan pada bulan lalu.

“Perancangan untuk mendapatkan pemain bagi musim 2021 telah dilakukan lebih awal lagi, Daniel Amier Norhisham merupakan pemain yang memilik potensi dan kami telah mendapatkan khidmatnya secara percuma selepas kontraknya bersama Felda United telah berakhir, kita sedang berhubung dengan Isaac Angking sementara seorang penyerang dari Argentina masih lagi dalam proses akhir untuk menyertai JDT.

Tunku Ismail turut menyatakan bahawa dua pemain import, Gonzalo Cabrera dan Endrick dos Santos bakal mendapat kerakyatan Malaysia untuk mewakili negara sebagai pemain naturalisasi.

Begitupun apabila ditanya mengenai sama ada Mohamadou Sumareh akan menjadi rekrut terbaru Harimau Selatan, Tunku Ismail memberitahu, “Jika Sumareh mahu kembali, saya perlu (bincang) dengan Pahang terlebih dahulu. Saya akan meminta restu daripada pihak Pahang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.”

Sumareh ketika ini bermain di Thailand bersama Police Tero FC dengan kontrak pendek 6 bulan selepas membuat keputusan membatalkan kontraknya dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang secara sebelah pihak pada September lalu.

Dia pada awalnya dikaitkan dengan Selangor selepas Tunku Ismail mendedahkan kontrak lumayan ditawarkan Red Giants kepadanya tetapi pasukan itu kemudian mengesahkan dia sudah tiada dalam perancangan berikutan mereka telah memperbaharui kontrak Wan Zack Haikal dan Norhisham Hassan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.