TMJ banyak kali tanya Cheng Hoe kenapa ambil ramai pemain JDT

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kenapa Tan Cheng Hoe mengambil terlalu ramai pemain dari pasukan itu untuk memperkuatkan Harimau Malaya.

Daripada 25 pemain skuad Harimau Malaya, 13 daripadanya adalah pemain JDT termasuk lah beberapa pemain yang kurang minit permainan.

Malah ketika tewas kepada Emiriah Arab bersatu tempoh hari, lapan pemain di dalam kesebelasan utama adalah pemain Harimau Selatan, iaitu Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Matthew Davies, La’vere Corbin Ong, Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid dan Guilherme De Paula.

Jika ditambah nama Liridon Krasniqi (pemain JDT yang dipinjamkan ke Newcastle Jets) maka hanya Dion Cools dan Nor Azam Azih sahaja dua pemain yang tiada kaitan dengan JDT.

Lima lagi pemain JDT yang lain adalah Adam Nor Azlin, Arif Aiman Hanapi, Syafiq Ahmad, Nazmi Faiz Mansor dan Akhyar Rashid. Jika Shahrul Saad tidak mengalami kecederaan maka ada lagi tambahan pemain JDT di dalam skuad.

Ketika menjawab soalan spontan daripada penyokong kenapa Tan Cheng Hoe menyenaraikan terlalu ramai pemain JDT dalam perlawanan menentang UAE, Tunku Ismail berkata :

“Tanya TCH (Tan Cheng Hoe). Saya pun tak tahu kenapa dia nak ambik ramai sangat pemain JDT. Saya tak setuju sebab majoriti ini pemain saya dan menambahkan risiko kecederaan kepada pemain-pemain saya. Banyak kali saya bertanya kepada beliau.

“Saya pun nak tengok TCH ambil pemain dari pasukan lain sebab saya juga nak tengok berapa jauh mereka boleh pergi,” ujar Tunku Ismail.

Pada perlawanan menentang UAE, selain Farizal Marlias dan Corbin Ong, pemain JDT yang lain semuanya tenggelam dan tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Malah De Paula teruk dikecam kerana tidak bermain sepenuh jiwa sehingga ada yang meminta status naturalisasinya ditarik balik.

Sebelum ini Tan Cheng Hoe pernah memberitahu salah satu faktor dia memanggil ramai pemain dari pasukan yang sama adalah kerana mereka sudah lama bermain bersama dan mudah untuk membentuk keserasian dan persefahaman.

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.