TMJ : ‘Dia Mesti Nak Main Asia, Tak Mungkin Nak Join Pengurusan Izhar Moslim’

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

“Kalau loan (pinjamkan) pun mesti dia nak main dengan kelab yang main pertandingan AFC seperti Kedah atau Kuala Lumpur. Tak mungkin dia nak main dengan kelab awak (Selangor) bawah pengurusan Izhar Moslim,” demikian satu ciapan di twitter oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenyataan pemilik Johor Darul Takzim (JDT) itu dipercayai berkaitan dengan cadangan supaya Syafiq Ahmad dipinjamkan ke Selangor bagi saingan Liga Malaysia 2022.

JDT dalam satu kenyataan pada Isnin lalu mengumumkan bahawa sedang berbincang dengan beberapa kelab untuk meminjamkan penyerang mereka itu bagi membolehkannya meraih minit permainan.

Pemain kebangsaan itu mengharungi musim 2021 yang agak suram dan mengecewakan, di sebalik menjulang trofi Liga Super bersama JDT namun minit permainannya cukup terbatas.

Malah beberapa bulan lepas, Syafiq Ahmad seolah kecewa dengan situasi dirinya apabila memuatnaik status ‘seronok tengok kawan-kawan main bola’ di twitternya yang kemudiannya menjadi viral sehinggakan Tunku Ismail membuat kenyataan pemain itu boleh mencari pasukan lain jika mahukan minit permainan.

Berita Berkaitan : “Kalau Tak Puas Hati, Pintu Sentiasa Terbuka” – TMJ Kepada Syafiq Ahmad

Dengan harimau selatan bercadang membuat beberapa penambahbaikkan pada skuad musim baru dalam usaha mempertahankan trofi Liga Super dan juga memperkasa pasukan bagi beraksi di Liga Juara-Juara Asia, masa depan Syafiq Ahmad bersama JDT dilihat masih samar.

Justeru meminjamkannya ke pasukan lain dilihat cara paling baik untuk kelangsungan kariernya.

Ini menyebabkan penyokong-penyokong bolasepak tanah air rancak mencadangkan kepada pasukan mana pemain berasal dari Pulau Pinang itu boleh dipinjamkan, dan kenyataan Tunku Ismail (TMJ) itu merupakan jawapan balas kepada cadangan supaya dia dipinjamkan ke Selangor.

Syafiq Ahmad yang sudahpun empat tahun bersama JDT ketika ini dalam tugasan bersama skuad Harimau Malaya di Piala AFF 2020. Sejak bersama pasukan itu, pada hakikatnya pemain berusia 26 tahun ini tidak berjaya untuk menempatkan dirinya sebagai pemain utama atau regular di JDT.

Dia banyak digunakan sebagai pemain simpanan yang tidak beraksi, kadang-kadang sebagai gantian dan ada ketikanya beraksi dengan pasukan JDT II di Liga Premier.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.