TMJ : Kalau bagus saya kata bagus, buat apa saya nak dengki?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membidas segelintir penyokong bolasepak tempatan yang menganggap pendedahan dibuatnya mengenai perpindahan Luqman Hakim Shamsudin ke KV Kortrijk sebenarnya didorong kepentingan politik, adalah kerana dengki.

komen tmj 1 TMJ : Kalau bagus saya kata bagus, buat apa saya nak dengki?

“Saya dengki? Haha dengki sebab apa? Apa saya dapat? Janganlah kerana terikut dengan perasaan cemburu atau dengki anda jadi buta dan tak boleh terima fakta dan cerita sebenar,” tulisnya di instastory.

TMJ pada Jumaat mencuri tumpuan apabila mendedahkan pemilik KV Kortrijk Tan Sri Vincent Tan memberitahunya bahawa kelab itu terpaksa mengambil pemain muda berusia 18 tahun itu bermain dengan mereka kerana permintaan dua orang kuat politik tanah air.

“Ada kepala? Semua cakap TMJ dengki. Awak ingat dengan apa yang dah Allah kurniakan dalam hidup saya ni saya ada masa nak dengki atau cemburu ke. Kalau benda bagus saya cakap bagus, kalau tidak saya cakap tidak.”

Walaupun TMJ dilihat seperti memperlekeh keupayaan pemain kelahiran Kelantan itu, baginda tetap mengucapkan selamat berjaya kepadanya selain menasihatkannya supaya tidak menjadi mangsa conman.

“Pakai otak yang ada dan fokus kepada dua baris terakhir kenyataan saya. Dua benda penting dan mustahak tapi takde siapa peduli. Pertama semoga berjaya, kedua jangan jadi mangsa conman (penipu).”

Pendedahan TMJ itu hadir selepas Luqman Hakim menerima panggilan untuk menyertai KV Kortrijk bermula 16 Jun depan, selepas perancangan asal untuk dia ke sana pada Mac tertangguh kerana penularan Covid-19.

Foto : IG hrhcrownprinceofjohor

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.