TMJ : “Pemain kebangsaan cemerlang di JDT kerana saya”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ramai pemain dilihat berupaya tampil dengan aksi cemerlang dan mengagumkan apabila bermain dengan kelab masing-masing, tetapi tidak dapat mengulangi prestasi sama apabila bermain dengan pasukan kebangsaan, sebagai contoh pemain Johor Darul Takzim (JDT). Apa puncanya?

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan ia dipengaruhi kepimpinan yang mantap, dan di JDT, beliau adalah sebabnya.

“Sebagai contoh, selepas (memenangi) 17 piala, pemain JDT bermain setiap game seolah-olah mereka tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus, bagaimana? (Fakta) Ianya kerana SAYA. Saya menuntut prestasi, dan menerapkan disiplin.

“Awak mahu tahu apa perkara pertama saya buat di JDT? Saya kawal akses kepada pasukan. Dari media, wartawan, syarikat-syarikat, malahan penggunaan media sosial pemain. Sulit sepenuhnya, membenarkan pemain fokus kepada tugasan mereka,” ujar Tunku Ismail.

Beliau juga menyatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu lebih tegas dan tidak sewenang-wenangnya menaturalisasikan pemain yang pada akhirnya hanya merugikan slot buat pemain tempatan yang lebih berkualiti.

Saranan itu berikutan kekecewaan disuarakan penyokong berhubung prestasi hambar Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi dalam jersi Harimau Malaya. Malah, Mohamadou Sumareh sendiri sudah tidak menyengat sepertimana dulu.

“Pergi ke tugasan skuad kebangsaan pada hari ini tidak lagi menjadi misi atau tanggungjawab bagi sesetengah pemain, ia seperti cuti musim panas.

“Sistem perlu berubah, naturalisasi jangan diberi kepada sebarang pemain. Ia perlu dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan sama ada pemain itu menepati atau tidak cara permainan yang kita mahukan.

“Sasaran juga perlu realistik, satu per satu, setiap langkahan positif adalah bonus. Jika tidak dapat keputusan yang diinginkan, kena bekerja lebih keras,” ujar Tunku Ismail yang turut menawarkan diri untuk mengambil alih kawalan ke atas skuad kebangsaan.

“Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin), benarkan saya ambil alih skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka fasiliti latihan dan jurulatih terbaik. Saya tidak janjikan kejayaan segera, tetapi saya boleh memberi jaminan akan ada peningkatan,” tambahnya lagi.

Sebagai rekod, Tunku Ismail pernah memegang jawatan Presiden FAM selama setahun dari 2017 ke 2018 dan dalam tempoh itu skuad peringkat umur negara (B-16, B-19 dan B-23) mencatat beberapa kejayaan membanggakan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.