TMJ : “Sebutlah Nama, Cerita Semua! Setakat Main Sembur Badut McDonald Pun Boleh”

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkannya sengaja mencipta cerita sensasi untuk menaikkan populariti.

Terbaru Muhammad Sanusi menyatakan bahawa “dia” sentiasa memantau persiapan pasukan lain malahan ada memberikan bonus kepada pasukan yang berjaya menewaskan Kedah, selain memberitahu bahawa ada banyak lagi cerita yang penyokong tidak tahu.

“Dia order sana, order sini, suruh buat itu, suruh buat ini. Kawan (ada pihak) nak pergi latih sana, kena tanya dia dulu. Lepas tu dia round pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua tu, dia ingat orang tak tahu. Jangan bagi saya cerita semua,” ujar Sanusi sepertimana dikongsikan ramai di media sosial.

Walaupun Sanusi tidak menyatakan “dia” merujuk kepada siapa, penyokong bolasepak tanah air boleh menduga ianya merujuk kepada Tunku Ismail.

Ia adalah kenyataan ‘berani’ terbaru dikeluarkan Sanusi, selepas terdahulu mendakwa bahawa bolasepak Malaysia tidak akan ke mana sekiranya semua pasukan tidak mendapat layanan sama rata selain ada individu yang disembah umpama tokong, juga dipercayai merujuk kepada Tunku Ismail

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama, ceritakan segala-galanya. Ini main sembur badut McDonald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical politician,” ujar Tunku Ismail.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang tahu mengapa tiba-tiba Sanusi mengusik JDT dan TMJ sedangkan tiada isu berbangkit dalam kalangan mereka, apa sebenarnya motif beliau?

Ia ibarat menjolok sarang tebuan, ataupun mengejutkan harimau yang sedang tidur tanpa mengacau sesiapa dan natijahnya baru-baru ini JDT telah membuat keputusan untuk memanggil pulang Syafiq Ahmad yang dipinjamkan ke Kedah.

Syafiq Ahmad menyertai Kedah dengan kontrak pinjaman selama semusim, dan berada dalam landasan tepat untuk memulihkan kariernya. Bukan sahaja mendapat lebih minit permainan tetapi turut berjaya menemui semula sentuhan jaringan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.