TMJ Tegur Sarawak United Supaya Tidak Buat Perangai Di Liga Super

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Insiden pemain dan pegawai Sarawak United menyerang pengadil selepas berakhir perlawanan menentang Negeri Sembilan minggu lalu nampaknya turut menarik perhatian pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berita Berkaitan : “Inilah Natijah Bila Letak Pengadil Tak Ada Pengalaman” – Elavarasan

Justeru itu, beliau menegur Sarawak United yang telahpun mengesahkan slot beraksi di Liga Super musim depan supaya lebih berdisiplin di masa akan datang.

“Satu perkembangan yang bagus (Sarawak United layak ke Liga Super), tapi kena jaga disiplin staf masing-masing kerana insiden baru-baru ini (menyerang pengadil). Benda itu tak patut berlaku dan FAM ada tindakan lebih keras.

“Kalau tidak benda ini akan berlaku, kita juga kena faham ramai negara jiran yang memerhati sikap kita. Kita nak ada imej yang bagus dalam bola sepak,” katanya dalam rancangan [email protected] di Astro Arena.

Sementara itu, Tunku Ismail juga menyenaraikan Penang FC, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA) sebagai pasukan paling mencuri tumpuannya sepanjang Liga Super musim ini dan berpendapat tiga pasukan itu boleh dianggap sebagai pencabar utama merebut kejuaraan Piala Malaysia yang akan bermula 25 September ini.

Beliau bagaimanapun berkata Kedah perlu lebih menjaga kebajikan barisan pemain mereka dengan lebih baik atas apa yang disumbangkan skuad Helang Merah.

“Pertama Penang, kerana mereka sudah menjalankan tugas dengan bagus, baru layak ke Liga Super dan berada di mana mereka berada hari ini.

“TFC, mungkin turun sedikit kerana tak konsisten. Tapi mereka dalam kelompok teratas dan Kedah. Kedah ini, pengurusan perlu jaga pemain dan juga pasukan dengan lebih baik kerana mereka mantap.

“Setiap tahun, tak kisah apa masalah pun, masalah gaji, tetapi mereka masih memberi sepenuhnya kepada pasukan dan itu saya mengucapkan syabas kepada pemain kerana ada sikap sabar dan sebagainya.

“Tapi kepada pengurusan, saya harap mereka ambil langkah yang proaktif untuk jaga hak ini. Penang di kelas tertinggi, baru naik ke Liga Super dan tamatkan (liga) di kedudukan ketiga,” ujarnya.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.