Tugas berat Dooley pulih reputasi Pahang sebagai pencabar utama Liga Super

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Filipina, Thomas Dooley menjadi pilihan Pahang (Sri Pahang FC) untuk mengemudi pasukan itu dalam saingan Liga Malaysia 2021 menggantikan Dollah Salleh.

Pengendali berasal dari Jerman itu difahamkan sudahpun berada di Kuantan dan akan memulakan tugasnya pada Isnin ini.

Sama ada Dollah Salleh akan kekal bersama Sri Pahang FC atas kapasiti lain ataupun tidak, belum ada sebarang pemakluman mengenainya.

Sebagai rekod, Dooley mencipta nama di Liga Jerman ketika zamannya sebagai pemain di mana dia pernah menyarung jersi pasukan FC Homburg, FC Kaiserslaurtern, Bayer Leverkusen dan Schalke 04.

Di pentas antarabangsa, pengendali berusia 60 tahun ini pernah bermain untuk Amerika Syarikat (USA) malah merupakan pemain utama pasukan itu Piala Dunia 1994, dan kapten USA di Piala Dunia 1998.

Tugas utama Thomas Dooley yang membimbing juara Liga Vietnam Viettel FC pada musim lalu sudah tentunya mengembalikan semula reputasi skuad tok gajah sebagai pencabar utama liga selepas mengharungi musim suram pada 2020, sekadar menduduki tangga kelapan Liga Super.

Baca : Pahang juara Liga Super 2004, bagaimana mereka melakukannya? 

Kali pertama dan terakhir Pahang muncul juara Liga Super adalah pada 2004 dan pencapaian terbaik selepas itu adalah muncul naib juara sebanyak dua kali.

Bagi musim 2021, Pahang telah membuat rombakan besar dengan melepaskan ramai pemain utama antaranya Gopi Rizqi, Sharbinee Allawee, Nik Shariff Haseefy, Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, Adam Reed, Faisal Halim serta R.Dinesh.

Mohamadou Sumareh pula telah meninggalkan pasukan lebih awal pada bulan September setelah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak.

Bagaimanapun Sri Pahang atetap menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian apabila merekrut pemain-pemain baru berkualiti antaranya Lee Tuck, Sergio Aguero, Malik Mat Ariff, Shahrul Aizad Zulkifli, Zharif Irfan Hashimuddin serta Ahmad Jadid Ilias sekaligus menunjukkan betapa mereka serius untuk memulihkan semula kredibiliti yang sedikit tercalar.

Pengurus pasukan, Datuk Suffian Awang sebelum ini memberitahu pasukan itu akan dibarisi rata-ratanya anak jati Pahang sementara kekosongan kuota import pula akan diisi dalam tempoh terdekat oleh pemain yang benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.