Tukar Jurulatih Pun Tak Guna, Dah Memang Itu Jer Level Pemain Harimau Malaya

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Kegagalan di Piala AFF 2020 baru-baru ini menyebabkan ramai yang mendesak jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe disingkirkan, tetapi adakah tindakan itu akan menyelesaikan masalah dan memulihkan prestasi pasukan kebangsaan?

Pemerhati bolasepak tanah air, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim berkata menukar jurulatih sedia ada dan membawa masuk jurulatih import seperti dilakukan Vietnam, Thailand, Indonesia mahupun Singapura tidak menjamin perubahan seandainya level pemain kekal di takuk sama.

Justeru menurutnya fokus utama seharusnya terarah kepada meningkatkan kualiti pemain dan tidak menuding jari kepada barisan kejurulatihan semata-mata.

“Adakah menukar jurulatih akan membuatkan mutu skuad kebangsaan menjadi lebih baik? Saya rasa lebih baik untuk kita melihat perkara ini daripada segala sudut kerana bukan jurulatih semata-mata yang menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan.

“Kekuatan skuad kebangsaan adalah selari dengan kualiti pemain yang ada. Dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memperkasa material untuk skuad kebangsaan khususnya daripada segi pemain, infrastruktur dan sebagainya.

“Seperti kalau kita mahu memasak jugalah, kalau tiada bahan yang bagus, bagaimana mahu memasak lauk yang sedap? Begitu juga dengan skuad kebangsaan, kalau tiada material yang bagus, kita takkan ke mana walaupun dikendalikan jurulatih ternama sekalipun,” katanya kepada BH Sukan.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir turut berpandangan bahawa kegagalan skuad negara adalah kerana pemain yang tidak memberikan komitmen penuh, bukannya barisan kejurulatihan.

“Banyak faktor yang boleh dinilai atas kegagalan pasukan negara kali ini. Tetapi saya lihat masalah sebenar pemain kita ialah kesungguhan dan komitmen mereka bersama pasukan negara.

“Kalau tengok pasukan Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia, mereka memberikan aksi 200 hingga 300 peratus di tengah padang. Ia terbukti dalam aksi separuh akhir baru-baru ini.

“Ini berbeza dengan pemain-pemain negara. Mungkin ada yang takut cedera sehingga bermain ‘ala kadar’. Jadi itu menyebabkan mereka tidak memberikan aksi 100 peratus.

“Sepatutnya, bila mereka dapat panggilan (mewakili negara), kena all out. Tolak tepi soal cedera atau tidak, yang penting mereka tunjukkan kemampuan di tengah padang.

“Macam inilah, dia ibarat bila kita bercinta. Ia melibatkan antara perasaan dan hati, bila perasaan dan hati tak nak tak, maka tak adalah cinta itu.

“Macam itulah juga apabila dapat panggilan ke skuad kebangsaan. Kalau tak ada perasaan dan hati, pemain akan pergi bukan kerana bersungguh-sungguh nak main tetapi kerana terpaksa.

“Bila ditanya, memanglah semua akan cakap akan all out tapi bila kita tengok sendiri permainan di tengah padang, tak ada all out pun kan?” ujar Datuk Jamal Nasir dipetik dari Sinar Harian.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.