Tunggu Sampai Ke Malam Tak Dapat Dikesan, Shahrul Nizam Sah Ditinggalkan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan Shahrul Nizam Ros Hasni tidak dibawa bersama ke Jordan untuk mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa.

Pemain Terengganu FC itu merupakan satu-satunya pemain tidak melapor diri di kem latihan pusat pada petang Jumaat dan Tan Cheng Hoe sebenarnya menanti sehingga malam tadi agar pemain itu akan tiba memandangkan skuad akan terbang ke Jordan jam 3.15 pagi Sabtu.

Begitupun pemain itu bukan sahaja tidak kunjung tiba, tetapi turut tidak dapat dikesan dan tidak memaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia tentang sebab tidak melapor diri.

Pemain kelahiran Kelantan itu disenaraikan pada saat akhir sebagai menggantikan Dion Cools yang cedera.

“Kesemua pemain sudah lapor diri untuk latihan pertama pada petang ini (Jumaat). Dua pemain tidak bersama kita adalah Sharul Nazeem yang tidak sempat pulih sepenuhnya dari kecederaan harmstring dan kita lepaskan dia kembali ke Selangor.

“Shahrul Nizam pula belum laporkan diri, kita cuba mengesan dia, mencari dia melalui panggilan telefon tapi dia tak jawab, kita harap dalam masa terdekat (sebelum malam) dia dapat lapor diri ke sini,” kata Cheng Hoe.

Tanpa pemain kelahiran Kelantan itu, Cheng Hoe mengatakan barisan kejurulatihan telah memutuskan untuk kekal sahaja dengan 22 pemain yang disenaraikan dan tidak memanggil pemain baru kerana kesuntukan masa.

Dua pemain iaitu Dominic Tan yang beraksi di Thailand dan Luqman Hakim yang berpengkalan di Belgium akan terus menyertai skuad di Jordan nanti.

Baca : Tan Cheng Hoe Gugurkan Afro, Shahrul Nizam Tak Lapor Diri

Selain Sharul Nazeem dan Dion Cools, sebelum ini Cheng Hoe turut menggugurkan Syahmi Safari dan Akhyar Rashid kerana kecederaan.

Tempat Syahmi digantikan Ariff Farhan Md Isa manakala tempat Akhyar pula diisi Fayadh Zulkifli Amin.

Mengenai aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan nanti, Cheng Hoe berkata ia pentas pendedahan terbaik kepada pemain-pemain khususnya pemain baru untuk menimba pengalaman mengambil kira kualiti lawan yang sangat jauh berbeza.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.