Kelantan muncul juara saingan Liga Super 2012 sekaligus menjadi pasukan ketiga untuk mempertahankan kejuaraan selepas Kedah dan Selangor.
Skuad bimbingan Bojan Hodak mengetepikan tentangan Lions XII untuk mencatat satu lagi sejarah baru lantas mencetus satu fenomena bolasepak luar biasa dalam arena bolasepak tempatan.
Sejauh mana penyokong-penyokong masih mengingati apa yang berlaku dalam saingan Liga Super musim tersebut. Jom uji ingatan anda dengan menjawab 20 soalan ini, bolehkah anda skor 20/20? Selamat memerah otak, jangan segan untuk kongsikan keputusan anda nanti!
Selamat mencuba.
#1. Kelantan mengumpul 60 mata untuk muncul juara, berapakah beza mata dengan pasukan tangga kedua Lions XII?
#2. Kelantan mengesahkan kejuaraan dengan berbaki berapa perlawanan dalam tangan?

#3. Selepas perlawanan menentang pasukan manakah Bojan Hodak mengambil alih pasukan Kelantan?
#4. Penjaring gol tunggal Kelantan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil?

#5. Zairul Fitri Ishak menjaringkan satu gol ketika menewaskan Perak 2-0. Bagaimana jaringan itu terhasil?

#6. Siapakah penjaring hatrik ketika Kelantan menewaskan Perak 6-0 di Kota Bharu seterusnya mengesahkan kejuaraan?

#7. Berapakah gol penalti yang dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar?
#8. Penjaring terbanyak TRW dalam saingan Liga Super?

#9. Kelantan lebih banyak menjaringkan gol di separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama.
Kelantan menjaringkan 20 gol di separuh masa pertama, dan 33 gol di separuh masa kedua.
#10. Penjaga gol ini diturunkan ketika seri 1-1 menentang PKNS Selangor di Kota Bharu berikutan kecederaan dialami Khairul Fahmi.

#11. Punca utama Peter Butler melepaskan jawatan dan digantikan Bojan Hodak?
#12. Hanya tiga pasukan berjaya menyekat Kelantan daripada menjaringkan gol, iaitu ..?

#13. Ketika menentang pasukan manakah Ghaddar menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti?
#14. Pada perlawanan manakah S.Chanturu menjaringkan gol kemenangan masa kecederaan dengan menolak masuk bola muntah hasil percubaan awal Shakir Shaari?
#15. Kelantan mengharungi 18 perlawanan tanpa kalah sebelum rekod itu lebur di tangan Felda United.
Kelantan mengharungi 16 perlawanan tanpa kalah sebelum rekod itu dinoktahkan Felda, bukannya 18 perlawanan.

#16. Secara keseluruhan, Kelantan menggunakan 6 pemain import dalam saingan Liga Super 2012.
Kelantan menggunakan 8 pemain import secara keseluruhan iaitu Obinna Nwaneri, Emanuel Okine, Zakaria Charara, Mijo Dadic, Keita Mandjou, Mohamed Ghaddar, Denny Antwi dan Onyekachi Nwoha.