United tewas akhirnya, disingkirkan Chelsea FC dari saingan Piala FA

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Manchester United kecundang akhirnya.

Selepas mengharungi 19 perlawanan tanpa tewas, skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer itu tewas 0-3 kepada Chelsea FC dalam aksi separuh akhir Piala FA 2020.

Kali terakhir the red devils tewas adalah pada 23 Januari 2020, 0-2 kepada Burnley.

Bagi Chelsea FC, ia kemenangan pertama mereka dalam empat perlawanan menentang Manchester United pada musim ini. Sebelum ini mereka tewas 0-4 dan 0-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, serta 1-2 dalam aksi Piala EFL.

Kemenangan tersebut membolehkan Chelsea FC bimbingan Frank Lampard menempah tiket final menentang Arsenal yang mara dengan menyingkirkan juara bertahan Manchester City pada 2 Ogos depan.

Ia adalah kali ketiga kedua-dua pasukan akan bertemu di pentas final Piala FA selepas 2001/2001 dan 2016/2017 dalam masa sama menjadi aksi ulangan final Europa League musim lalu yang dimenangi Chelsea FC dengan keputusan 4-1.

Dalam aksi di Stadium Wembley itu, gol pertama the blues dijaringkan oleh penyerang antarabangsa Perancis Olivier Giroud yang menolak masuk umpanan Cesar Azpilicueta pada minit ke-44 menewaskan David De Gea.

Ia adalah gol ketujuh Giroud dalam sembilan penampilan terakhir bersama kelab barat London itu.

Manakala gol kedua dijaringkan oleh Mason Mount menerusi rembatan dari luar kotak penalti seminit selepas permainan separuh masa kedua bermula.

Ketika Red Devils terdesak mencari gol untuk kembali dalam permainan, kapten pasukan yang juga pemain pertahanan termahal dunia Harry Maguire melakukan kesilapan apabila tersepak masuk umpanan Marcos Alonso dari belah kiri ke dalam gawang sendiri.

Bruno Fernandes merapatkan defisit jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke-86, namun ia sudah terlewat dari menghalang Chelsea FC mara ke final Piala FA buat kali ke-14 selepas kali terakhir melakukannya pada 2018.

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.