Untung RM50,000 setahun, memanglah tak lepas

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan bahawa Felda United dan UKM FC kedua-duanya gagal dalam penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat berikutan kedudukan kewangan pelabur baharu untuk menampung kos pengendalian kedua-dua pasukan ini bagi saingan musim depan didapati tidak cukup kukuh.

Felda United dan UKM FC pada hakikatnya telah pun menyelesaikan proses penswastaan pada tarikh akhir 30 September, tetapi timbul keraguan berkaitan sokongan korporat dan pendanaan kedua-dua pasukan muncul.

Baca : Kenapa Sulaiman Hussin seorang yang dipersoalkan, mana tahu kalau saya seorang jutawan?

Ini memaksa FAM untuk meminta penjelasan dan dokumentasi lebih lanjut daripada pengurusan baru yang berhasrat mengambil alih pasukan dua pasukan itu mengenai kedudukan semasa dan kewangan mereka yang perlu diserahkan kepada FAM selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2020.

Selepas penelitian dibuat ke atas dokumen kewangan yang dikemukakan, FAM mendapati bahawa kedudukan kewangan pengurusan dan pelabur baharu tidak cukup kukuh untuk mereka mengharungi satu musim penuh liga pada 2021.

Difahamkan, jumlah keuntungan tahunan pelabur baru dua pasukan berkenaan tidak mencecah RM1 juta malah serendah, RM50,000 sahaja, sedangkan belanja bulanan sesebuah pasukan Liga Malaysia, paling kurang sebulan mencecah lebih RM500,000.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, “Jika sesebuah syarikat atau individu mengambil alih pasukan yang memerlukan belanja RM5 juta setahun, perkara ini harus diperjelas terlebih dahulu bagi memastikan tiada masalah berlaku pada masa akan datang.”

Stuart turut menegaskan, tiada talian hayat diberikan kepada dua pasukan itu walaupun masing-masing belum mahu mengibar bendera putih dan telah mengemukakan rayuan.

“Setiap pasukan terbabit telah diberikan masa yang secukupnya untuk mengemukakan dokumen dan mereka tidak meminta sebarang masa tambahan bagi menyediakan apa yang telah diperlukan. Keputusan yang telah diambil adalah muktamad setakat ini.”

Sebagai rekod, Felda United telah mewarnai kancah Liga Malaysia sejak tahun 2008 dan melakar beberapa pencapaian hebat antaranya muncul naib juara Liga Super 2016; menjuarai Liga Premier 2010 dan 2018 serta mara ke final Piala FA 2014.

Manakala UKM FC pula muncul naib juara Piala Cabaran pada musim pertama di Liga Malaysia manakala pada musim 2020 sekadar menamatkan saingan di tangga kesembilan Liga Premier.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.