(Video) Nota yang tidak berguna!

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Manchester United gagal menoktahkan kemarau trofi selepas kecundang dalam aksi final Europa League yang penuh epik pada awal pagi Khamis.

Skuad Ole Gunnar Solskjaer tewas menerusi penentuan penalti 10-11 kepada kelab Sepanyol Villarreal selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan termasuk masa tambahan.

Ketika penentuan penalti, tiada satupun daripada 10 sepakan penalti berjaya diselamatkan.

Gerard Moreno, Daniel Raba, Paco Alcacer, Alberto Moreno, Daniel Parejo, Moi Gomez, Raul Albiol, Francis Coquelin, Mario Gaspar dan Pau Torres menyempurnakan tendangan buat Villarreal manakala Juan Mata, Alex Telles, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Edinson Cavani, Fred, Daniel James, Luke Shaw, Axel Tuanzebe dan Victor Lindeloef menyempurnakan tendangan untuk United untuk kedudukan 10-10.

Selepas Geronimo Rulli menyempurnakan tendangan kesebelas buat skuad Unai Emery, semua mata tertumpu kepada David De Gea namun malang sekali tendangan lemah penjaga gol Sepanyol itu diselamatkan Rulli lantas menghadiahkan kejuaraan bersejarah buat Villarreal.

Apa yang menarik, selepas perlawanan, wartawan Skysports, Anglio Mangiante mendedahkan nota awal yang disediakan David De Gea untuk berdepan sepakan penalti.

Dalam nota tersebut, boleh dilihat David De Gea telah membuat homework mengenai arah sepakan lazim pemain-pemain Villarreal yang akan mengambil sepakan penalti, tetapi jelas ia nota yang tidak berguna buatnya.

Bukan sahaja dia gagal selamatkan walau satupun sepakan penalti, tetapi dia sendiri gagal menyudahkannya.

Sementara itu, penyokong Manchester United bukan sahaja kecewa tetapi menyalahkan Solskjaer yang dianggap telah membuat beberapa keputusan tidak tepat termasuk dalam soal pemilihan penjaga gol.

Sebelum perlawanan bermula, ramai yang mempertikaikan apabila Solskjaer menyenaraikan De Gea dan bukan Dean Henderson yang berada pada prestasi terbaik, malah mereka lebih marah apabila jurulatih tetap mengekalkan De Gea pada penentuan sepakan penalti.

Peminat percaya, Henderson sepatutnya menjadi pilihan sekurang-kurangnya dalam situasi penentuan penalti kerana dia memiliki rekod jauh lebih baik berbanding De Gea, malangnya Solskjaer tidak berani melakukan pertukaran penjaga gol.

Mereka sebelum itu turut kecewa dengan tindakan Solskjaer enggan mengeluarkan Marcus Rashford yang mempamer aksi hambar sepanjang permainan.

Pemain Red Devils dilihat hilang punca dan gagal beraksi di bawah keupayaan sebenar biarpun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Edinson Cavani pada minit ke-55 selepas dikejutkan dengan gol pembukaan Villarreal menerusi Gerard Moreno pada minit ke-29.

“David de Gea melepaskan 25 sepakan penalti berturut-turut buat Manchester United. Mengapa dia tidak masukkan Henderson dalam penentuan penalti?,” tulis pemilik akaun Samuel Luckhurst di Twitter kelab.

“Kali terakhir De Gea menyelamatkan sepakan penalti pada 2016, sejak itu Dean Henderson telah menyelamatkan 6 penalti,” kata UnitedReds.

Beberapa keputusan Solskjaer dalam perlawanan itu turut memberi kesan buruk kepada United, terutama selepas dia enggan melakukan pertukaran ketika saingan memasuki masa tambahan dan membiarkan Villarreal mendapat momentum.

“Solskjaer sepatutnya tahu David De Gea mempunyai rekod buruk dalam menyelamatkan penalti. Mengapa tidak ganti dengan Henderson? Keputusan yang memberi padah buat pasukan,” tulis Liam G.

“Solskjaer tahu De Gea tidak pernah mengambil penalti sejak 2014 tetapi enggan menggantikan dia dengan Dean Henderson!,” kata Sergey Karataev.

“Dean Henderson menyelamatkan 8 daripada 19 penalti sepanjang kariernya, manakala De Gea hanya selamatkan 11 daripada 64. Dea Gea amat menyedihkan, Ole Gunnar Solskjaer lebih menyedihkan,” tulis Country Billy.

“Kekalahan ini sama sekali berpunca daripada kebodohan Solskjaer. Dia tahu De Gea tidak boleh menyelamatkan penalti tapi masih tidak mahu memasukkan Henderson. United tidak akan menang trofi di bawah Solskjaer,” tulis seorang lagi peminat, Shamik Chakrabarty.

Kekalahan ini bermakna, Solskjaer masih gagal menjulang sebarang trofi sejak menjadi pengurus United tiga tahun lalu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.