Viva ‘total lost’, ibu tunggal dapat Myvi sebagai ganti daripada pemilik Lamborghini

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Seorang ahli perniagaan, Thomas Heng bermurah hati menghadiahkan kereta Myvi kepada seorang ibu tunggal, selepas kereta Lamborghini miliknya mengalami kemalangan dengan kereta Viva wanita itu.

Akibat daripada kemalangan itu kereta Lamborghini itu remuk di bahagian depan dan kanan manakala Viva pula ‘total lost’ (hancur sepenuhnya).

Dipetik daripada Berita Harian, Thomas memberitahu ketika kejadian Lamborghini itu dipandu rakan perniagaannya yang keluar memberi barang keperluan dan kemalangan berlaku apabila dia tidak sempat mengelak kenderaan di depannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat.

Menurutnya, dia bersimpati dan prihatin dengan kesulitan dialami wanita itu, justeru menawarkan sebuah kenderaan terpakai sebagai ganti.

“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan, malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total lost’ ia akan memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah.

Lamborghini Thomas Heng Viva 'total lost', ibu tunggal dapat Myvi sebagai ganti daripada pemilik Lamborghini

Lamborghini Viva 'total lost', ibu tunggal dapat Myvi sebagai ganti daripada pemilik Lamborghini

“Hati saya tersentuh apabila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan yang dijual secara online,” katanya.

Tambahnya lagi, “Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.

“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah.”

Thomas juga memberitahu bahawa kedua-dua pihak membuat perjanjian bagi mengelak sebarang pertikaian pada masa akan datang.

“Dalam perjanjian itu menjelaskan, saya dengan rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu. Malah, saya tidak akan menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kemusnahan Viva itu juga menjadi hak wanita itu sepenuhnya untuk kegunaan dan keperluannya,” katanya.

Menurut Thomas, dia bercadang menyerahkan Myvi itu kepada ibu tunggal itu pada Isnin ini dengan proses pertukaran hak milik kereta akan diuruskan selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Myvi Viva 'total lost', ibu tunggal dapat Myvi sebagai ganti daripada pemilik Lamborghini

Dia juga menghantar Myvi itu untuk proses reka bentuk iklan bagi tujuan membantu wanita itu mempromosikan perniagaan onlinenya.

“Mungkin ini tidak seberapa, tetapi saya harap Myvi ini menjadi pengganti kepada Viva yang rosak itu supaya wanita itu boleh terus mencari sumber pendapatan macam biasa bagi membesarkan anak-anaknya,” tambahnya.

Foto : Azman Nor, Thomas Heng

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.