“Memang isu-isu seperti ini biasanya akan mengganggu pemain tapi ini perkara yang melibat pengurusan dan pemain. Pihak pengurusan pastinya akan buat yang terbaik bagi memastikan tahap mentalnya (fokus) untuk menjalani persiapan.

Saya percaya perkara ini akan diselesaikan secara baik, (lagipun) Sandro berlatih macam biasa,” kata Elavarasan.

Sebagai rekod, Sandro Mendonca yang berusia 38 tahun merupakan salah seorang daripada beberapa pemain berprofil tinggi Liga Malaysia menyertai Sarawak United awal musim ini, selepas dua musim bermain dengan Selangor.

Sebelum itu dia merupakan tonggak kekuatan pasukan Kedah apabila menyarung jersi pasukan itu selama empat musim dari tahun 2015 – 2018.

Sarawak United yang sedang memimpin carta Liga Premier dengan kelebihan satu mata dijangka dapat meneruskan momentum mereka apabila saingan kembali bersambung dan merupakan calon pilihan untuk menjuarai liga musim ini.