Wan Badri, figura berkarisma ‘part of the winning team’ Kelantan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) pada hari ini dikenali sebagai persatuan yang bermasalah dan serba pincang dalam segenap aspek.

Tetapi sedekad yang lalu mereka antara pasukan yang mempunyai barisan kepimpinan dan pengurusan belakang tabir yang cukup professional, dan menjadi contoh kepada persatuan lain.

Setiap bahagian ada personel dengan karisma dan kaliber tersendiri, masing-masing menyumbang dan melaksanakan tanggungjawab demi martabat bolasepak Kelantan.

Salah seorang figura yang pernah turut sama terlibat dengan barisan belakang tabir KAFA, bekas penolong pengurus dan pegawai media Wan Badri Wan Omar yang berkongsi pengalamannya sepanjang lapan tahun terlibat dengan bolasepak Kelantan.

Beliau antara orang kepercayaan bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

“Bolasepak ini sudah sebati dengan saya. Ketika era 70-an dulu, saya selalu ikut ayah saya (bekas penolong setiausaha KAFA) menyaksikan perlawanan di Stadium. Ketika di sekolah dan universiti, selain bermain bola, saya juga banyak pegang jawatan dalam persatuan/biro sukan. Malah ketika belajar di Universiti Coventry, saya dilantik sebagai Pengerusi Sukan untuk pelajar.

“Penglibatan saya di barisan belakang tabir pasukan TRW, bermula pada penghujung 2009 apabila dilantik menjadi penolong setiausaha KAFA dan pada 2010, dilantik menjadi pegawai media di dalam usaha Tan Sri (Annuar) menjenamakan semula TRW agar dekat dengan masyarakat.

“Antara program yang dilaksanakan adalah seperti TRW turun padang ke kampung, ke sekolah, membuat kerja amal bersama OKU, sesi bertemu peminat di seluruh jajahan negeri Kelantan seterusnya membina reputasi yang baik bersama media,” jelas Wan Badri.

Wan Badri Apek Wan Badri, figura berkarisma 'part of the winning team' Kelantan

Manisnya, tahun pertama Wan Badri menyertai KAFA, TRW mara ke dua aksi final selepas penantian 39 tahun – final Piala FA kemudiannya Piala Malaysia.

Walaupun tewas kedua-dua perlawanan itu, tahun tersebut menyaksikan bermulanya episod liputan media paling luas dalam sejarah bolasepak Kelantan menerusi kerjasama baik diterap Wan Badri bersama rakan-rakan media di Kelantan khususnya.

HARGAI KEPERCAYAAN DIAMANAHKAN TSAM

Pada 2010, menerusi slogan yang dibawa Tan Sri ‘be part of the winning team” sejarah tercipta apabila Piala Malaysia akhirnya singgah di bumi Kota Bharu. Pada 2011 dan 2012 beliau terus diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawab selaku pegawai media.

Pada 2013, Wan Badri menyerahkan tugas sebagai pegawai media ke tangan Md Zuki Deraman manakala beliau berperanan sebagai penolong pengurus pasukan merangkap penolong setiausaha KAFA.

“Antara tugas saya ketika itu adalah membantu pengurus pasukan dan ketua jurulatih dalam urusan logistik, dokumentasi untuk perlawanan tempatan dan AFC, selain mengemaskini rekod-rekod pemain.

“Saya bertanggungjawab untuk pengurusan pemain dan juga pegawai. Selain itu saya perlu bekerjasama dengan pihak trw.com dalam program-program melibatkan TRW, program bersama penaja dan program kebajikan bersama masyarakat.

“Saya sangat berterima kasih kepada Tan Sri atas kepercayaan yang beliau pernah letakkan ke atas saya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya yang turut pernah menguruskan pasukan Piala Presiden dan bersama KAFA sehingga 2017.

Info tambahan : Wan Badri adalah die-hard fan Manchester United dan menjadikan Eric Cantona serta Peter Schmeichel sebagai idola.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.