Wan Fayhsal diingatkan tidak guna duit KBS untuk selamatkan bola Kelantan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal diketahui sebagai seorang yang cukup prihatin dan pantas bertindak terutamanya terhadap perkara membabitkan kebajikan.

Ini dibuktikan beliau ketika memanggil bekas penyerang bolasepak kebangsaan Khalid Jamlus untuk bertemu mata dan menawarkan penyelesaian kepada masalah dihadapinya.

Baca : Khalid Jamlus – Saya ada pengalaman, i’m somebody, takkan nak latih tukang kebun? 

Baru-baru ini Wan Fayhsal juga telah bertemu dengan ‘rombongan’ dari Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diketuai Pemangku Presiden Datuk Shaari Mat Hussin bagi mendengar dan memahami masalah mereka dengan lebih jelas.

KAFA diketahui persatuan paling bermasalah dalam arena bolasepak tempatan ketika ini disebabkan masalah kewangan kritikal yang mereka tanggung, dan telah diarah menyelesaikan tunggakan gaji lebih RM5 juta kepada bekas pemain dan pegawai pasukan.

Selepas pertemuan itu, Wan Fayhsal berjanji akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk selesaikan kemelut KAFA itu.

“Sebelum JDT, The Red Warriors adalah antara jenama yang cukup lumayan dalam industri bola sepak tanah air. Kejayaan demi kejayaan menjulang nama Kelantan di persada nasional.

“Hari ini sekali lagi saya bertemu dengan pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Shaari Mat Husin untuk mencari jalan penyelesaian terbaik buat bola sepak Kelantan.

“InsyaAllah doakan yang terbaik buat kami dan sebagai “waghih”, saya cuba bantu yang terbaik demi rakyat dan sukan bola sepak negeri dan negara.”

Malah dengan meletakkan hashtag ‘sek kito jange pecoh’ dan ‘gomo kelate gomo’, Wan Fayhsal memperlihatkan betapa beliau cukup menyayangi negeri kelahiran beliau itu.

TIMBUL ISU CONFLICT OF INTEREST, SEKALI LAGI

Di kala perkongsian itu banyak menerima respon positif terutama dari kalangan penyokong Kelantan, Wan Fayhsal nampaknya tidak dapat lari daripada menimbulkan isu ‘conflict of interest’, sekali lagi.

Pada 16 Julai lalu, tindakan Wan Fayhsal meninjau sesi latihan skuad B-19 kebangsaan yang turut disertai adiknya Wan Kuzri menimbulkan pertikaian hebat kerana kerana bukan sahaja menganggu fokus tetapi bimbang berlakunya ‘conflict of interest’ dalam pemilihan pemain.

Walaupun tidak menyatakan apa jenis bantuan akan diberikan, sama ada ia menerusi inisiatif peribadi atau menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri KBS untuk membantu KAFA, Wan Fayhsal diingatkan supaya berhati-hati dalam setiap tindakan.

Beliau turut dinasihatkan agar tidak sesekali menggunakan dana KBS atau kerajaan pusat untuk membantu pasukan negeri kelahirannya menyelesaikan hutang lapuk dan tunggakan gaji.

“Apa agaknya reaksi umum sekiranya Timbalan Menteri Belia & Sukan berasal dari Johor, kemudian berhasrat membantu pula pasukan negeri kelahiran (JDT FC) dari sudut suntikan dana untuk selesaikan hutang lapuk pasukan bolasepak.” – MN Zaim Zaini –

“Hati-hati rakyat memerhati, duit rakyat jangan spin jika nak bantu, bantu lah sama rata dengan pasukan-pasukan lain juga, jangan kamu berat sebelah.” – Razzy Raz –

“Harap YB hati-hati, dulu TSAM (Tan Sri Annuar Musa) pernah kena … biar TRW tiada piala, dari banyak piala, tapi orang cakap kita guna duit kerajaan pusat.” – Farid Fauzi –

Sebagai rekod, beberapa tahun lalu Tan Sri Annuar Musa pernah terpalit dengan isu ‘conflict of interest’ apabila didakwa menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi MARA untuk menaja pasukan bolasepak Kelantan melalui dana tabung Pelaburan Mara Berhad dan UniKL, sehingga menyebabkannya digantung daripada jawatan itu.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.