Wan Kamal : Mana ada Wan Kuzain nak main di Liga Malaysia?

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Professor Dr Wan Kamal Wan Napi menafikan spekulasi bahawa anaknya iaitu pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain sedang mempertimbangkan tawaran untuk menyertai pasukan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini portal ssdhaliwal.com.my mendedahkan dua pemain berdarah Malaysia yang bermain di Major League Soccer di Amerika Syarikat – Wan Kuzain dan Isaac Angking bersedia menyertai kelab Liga Malaysia, susulan kontrak mereka tidak disambung pasukan masing-masing.

Dengan Isaac Angking memang betul sedang cuba dilamar oleh Johor Darul Takzim sepertimana didedahkan sendiri oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, lain pula ceritanya dengan Wan Kuzain, di mana Wan Kamal memberitahu tiada pasukan Liga Malaysia menghubungi untuk mendapatkan khidmat anaknya itu, sepertimana dilaporkan portal Sukanz.

Tambah Wan Kamal, pemain kelahiran Illinois itu dijangka akan kekal beraksi di Major League Soccer dan ejen pemain  itu sedang berunding dengan beberapa pasukan untuk mendapatkan buatnya bagi musim 2020/2021.

Baca : Wan Kamal tak jadi beli pasukan Kelantan sebab jauh

Baca : Wan Kamal setuju Wan Fayhsal tidak sepatutnya ganggu Wan Kuzri dan Skuad B-19

Sebagai rekod, Wan Kuzain merupakan salah seorang produk Akademi Sporting Kansas. Dia mengikat kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan lanjutan bagi tahun 2021 -dan 2022. Namun, kelab itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya baru-baru ini.

Pemain yang berusia 22 tahun itu pernah menyertai kem latihan skuad kebangsaan Amerika Syarikat bawah 17 tahun (B-17) pada tahun 2013 dan skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) bagi memperkuatkan skuad Sukan SEA pada 2019, tetapi gagal tersenarai dalam skuad akhir berikutan masalah dokumentasi.

Wan Kuzain digelar sebagai Messi Amerika dan merupakan tulang belakang pasukan Swope Park Rangers menjulang USL Western Conference pada tahun lalu.

Pada tahun lalu, Wan Kamal memberitahu pemain tengah itu tidak akan bermain untuk mana-mana kelab di Malaysia memandangkan dia adalah seorang pemain profesional, sambil melabel Liga Malaysia pula sebagai semi-professional.

Malah, Wan Kamal turut menegaskan impian Wan Kuzain adalah bermain di Piala Dunia bersama Amerika Syarikat dan untuk itu dia perlu untuk terus bermain di negara itu dan cuba merebut tempat di dalam pasukan senior.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.