Wan Kamal setuju Wan Fayhsal tidak sepatutnya ganggu Wan Kuzri dan skuad B-19

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Wan Kamal Wan Napi, bapa kepada pemain skuad B-19 negara Wan Kuzri, setuju dengan pandangan bahawa Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Fayhsal (juga merupakan anaknya) tidak sepatutnya menganggu tumpuan pemain itu mahupun latihan pusat pasukan kebangsaan.

Wan Fayhsal pada Khamis lalu telah meninjau sesi latihan pusat skuad B-19 negara yang dalam persiapan untuk menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada Oktober, dalam masa sama mengambil kesempatan berjumpa dengan adiknya itu yang melapor diri selepas 14 hari kuarantin.

Tindakan Wan Fayhsal itu menerima reaksi bercampur baur – ada yang tidak melihatnya sebagai isu dan ada juga berpendapat lawatan oleh Wan Fayhsal ketika sesi pemilihan sedang berlangsung boleh menyebabkan wujudnya ‘conflict of interest’ sepertimana disuarakan oleh Youth Football Malaysia.

Mereka turut menekankan bahawa sebarang gangguan ketika latihan pusat walaupun hanya sementara untuk bersalaman mahupun bertegur sapa adalah ‘big NO’ justeru menasihatkan Persatuan Bolasepak Malaysia untuk mengawal publisiti yang diberikan kepada latihan pusat.

Dan pandangan oleh Youth Football Malaysia itu turut dipersetujui oleh Wan Kamal yang menyatakan Wan Kuzri tidak sepatutnya diganggu kerana dia perlu fokus kepada cabaran untuk merebut tempat di dalam pasukan B-19 kebangsaan.

Wan Kamal bapa Wan Kuzri Wan Kamal setuju Wan Fayhsal tidak sepatutnya ganggu Wan Kuzri dan skuad B-19

Sebagai rekod, Wan Kuzri yang bermain dengan Akademi St Louis di Amerika Syarikat tiba di Malaysia pada 1 Julai.

“Sewaktu kuarantin saya banyak habiskan masa dengan tidur kerana saya cuba menyesuaikan diri dengan perbezaan masa yang ketara, 14 jam antara Malaysia dan Amerika.

“Selain itu, saya tetap cuba mengekalkan kecergasan dengan melakukan senaman sendiri termasuk mengayuh basikal dalam bilik bagi melakukan pergerakan yang banyak. Walaupun kuarantin di dalam rumah, saya berjaya ikuti segala garis panduan dan peraturan kuarantin,” ujar Wan Kuzri.

Untuk sesi latihan fasa pertama ini, Brad Maloney telah memanggil 33 pemain dan fasa kedua pada September akan disertai pemain-pemain tonggak yang tidak dipanggil kali ini.

Kejuaraan AFC B-19 akan berlangsung dari 14-31 Oktober depan dengan Malaysia telah diundi bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman di dalam Kumpulan D.

Malaysia layak ke pusingan akhir setelah mengungguli pusingan kelayakan dengan rekod menakjubkan menang kesemua empat perlawanan Kumpulan G.

Foto : twitter Wan Fayhsal Wan Kamal

 

 

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.