Yusoff Mahadi : Pengadil tak lari daripada buat kesilapan

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melihat semula video perlawanan membabitkan Terengganu FC dan Johor Darul Takzim (JDT) bagi menilai prestasi pengadil Wan Tarmizi Wan Ibrahim.

Wan Tarmizi dikritik hebat termasuk oleh pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melabel kualiti pengadilannya sebagai teruk kerana gagal mengawal perlawanan dengan baik.

Wan Tarmizi dikatakan membuat beberapa keputusan kurang tepat pada perlawanan berprofil tinggi itu termasuklah tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada Terengganu FC dan sekadar melayangkan kad kuning kepada Dominique Da Sylva atas kekasaran dilakukan ke atas Natxo Insa.

Baca : TMJ bidas kualiti pengadilan, tegaskan TFC patut dapat 2 penalti

Justeru itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata dakwaan itu akan disiasat tetapi dalam masa sama meminta mana-mana pasukan yang tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan agar mengemukakan aduan atau bantahan rasmi.

“Mungkin pengadil tahu apa keputusan yang mereka buat di atas padang, tapi saya juga tidak menolak pengadil boleh buat kesilapan.

“Jadi, kalau ada bantahan, Jawatankuasa Pengadil akan nilai betul ke tidak pengadil itu buat keputusan.

“Pada asasnya kita terbuka menerima aduan atau bantahan jika ada pasukan yang rasa tidak berpuas hati dan pada masa yang sama FAM mahu memastikan mutu pengadilan kita terus meningkat ke tahap yang lebih baik.

“Kita dalam menguruskan liga mesti nak kualiti pengadilan setiap tahun meningkat kepada tahap yang lebih baik. Selagi ada bantahan, selagi itu kita akan perbaiki,” katanya dipetik dari BH Sukan.

Kualiti pengadilan buruk dalam Liga Malaysia pada hakikatnya bukan sesuatu yang baru dan ia menjadi antara topik yang setiap tahun diperkatakan.

Situasi itu menyaksikan FAM dan Malaysia Football League (MFL) mencipta sejarah apabila buat julung kali melantik pengadil luar dari Jepun, Takuto Okabe yang dibantu dua penolongnya Akane Yagi dan Osamu Nomura untuk mengendalikan final Piala FA 2019.

Sepanjang tahun 2019 juga FAM difahamkan telah menggantung lima pengadil dan memberi amaran kepada 16 pengadil kerana kualiti pengadilan tidak mencapai tahap diharapkan.

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
error: Lebih dihargai jika anda klik butang share, terima kasih.